Isnin, 12 Januari 2009

jadual - aku - sem - ini


inilah jadual aku untuk sem ini..... saja nak gitau... huhuhhuu..... nampak tak???

Khamis, 8 Januari 2009

USM - PERKENAL - UJIAN - KHAS - TAPIS - KEMASUKAN - PELAJAR - BARU


PULAU PINANG, 6 Dis – Para pemohon berkelayakan yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) perlu bersedia menduduki penilaian khas yang akan mula diperkenalkan untuk sesi kemasukan bagi sidang 2009/2010 tidak lama lagi.
Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, peniliaian tersebut yang julung kali diperkenalkan bertindak sebagai saringan untuk memastikan calon benar-benar mengikuti kursus yang sesuai dengan minat mereka. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan International Counseling and Social Work Symposium (ICSWS) 2009 anjuran bersama Pusat Pengajian (PP) Ilmu Pendidikan dan PP Sains Kemasyarakatan di sini hari ini.
Beliau menambah, peniliaian yang dikenali sebagai MunsyI tersebut akan dikendalikan sepenuhnya oleh panel pemilih dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Jelas beliau, panel ini akan bertindak secara bebas dan profesional. USM tidak akan terlibat dalam sebarang urusan pengendalian dan kandungan ujian tersebut.``Kita hanya akan menerima keputusan yang dikeluarkan oleh panel berkenaan sebelum menghantar surat tawaran kepada pelajar. Perkara ini pertama kali diperkenalkan dan selari dengan hala tuju USM sebagai universiti APEX,’’ katanya.
Dzulkifli turut berkata, pengambilan pelajar baru USM bagi sidang pengajian 2009/2010 bermula pertengahan tahun ini secara keseluruhannya dibuat oleh USM tanpa melalui Unit Pemilihan Universiti (UPU) seperti tahun-tahun sebelumnya. ``Dengan pemilihan sebagai universiti APEX, USM diberi mandat untuk menguruskan pengambilan pelajarnya sendiri. Justeru, pemohon boleh terus membuat permohonan menerusi talian dan ikuti langkah yang tertera,’’ jelas beliau.
Katanya lanjut, laman web USM boleh dilayari di www.usm.my dan proses pengambilan sudah dibuka kepada lepasan matrikulasi, diikuti lepsan diploma dan pengajian setaraf serta lebih tinggi seperti 0 level, diploma-diploma terpilih dan sebagainya.Selain itu ujarnya, USM turut memperkenalkan beberapa inisiatif khas bagi menarik minat pemohon mengikuti kursus-kursus yang dikategorikan sebagai kurang popular seperti Sains Kemasyarakatan. Ilmu Kemnusiaan, Pendidikan dan sebagainya.``
Kursus-kursus ini bukannya tidak bagus tetapi sedikit tenggelam ekoran kebanyakan pemohon memilih untuk mengikuti bidang lain seperti perubatan, kejuruteraan, sains komputer dan sebagainya,’’ ujar beliau.Antara inisiatif tersebut termasuk zamalah pengajian atau fellowship, pengecualian yuran, subsidi tambang perjalanan dan baucer khas buku untuk calon-calon yang berkelayakan dan menepati perwatakan dan aspirasi Universiti untuk kemasukan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
USM menawarkan lebih 70 program pengajian di peringkat Ijazah pertama dalam bidang sains, sastera, teknologi dan kejuruteraan melalui 24 pusat pengajian dan permohonan kemasukan secara dalam talian telah dibuka kepada calon-calon dari kalangan Matrikulasi mulai 17 Disember 2008.Manakala calon-calon lepasan diploma dan setaraf dengannya akan dibuka mulai 4 Januari 2009, jam 6.00 petang. Calon-calon lepasan STPM pula boleh memohon melalui talian, dijangka mulai 2 Februari 2009.
USM dijangka mengambil kira-kira 3,500 orang pelajar untuk kemasukan mulai Jun 2009 ini dan maklumat lanjut tentang cara permohonan dan program pengajian terdapat di laman web USM: http://www.usm.my/ver4/main.asp?tag=intake2009
-suntingan dari www.usm.my.