Selasa, 20 April 2010

2 - Q


(salinan tulisan dr mybooknote ketika ganti kelas 2Q)

Sekarang aku relief kelas 2Q. Hati aku agak tersentuh melihat gelagat dan fiil pelajar2 2Q. Melihat mereka, ada yang bersembang, bermain, tidur dan lain-lain. Aku? Pemerhati sahaja. Aku hanya nak melihat aksi dan telatah mereka di kala tiada PnP. 2Q pelajarnya ada 27 orang. Tapi yang ada dalam kelas hanya 20 orang. 7 orang lagi??? aku pun tak tahu ke mana mereka. Walaubagaimanapun, aku ucapkan syabas dan tahniah kepada 20 orang yang hadir kerana kesudian mereka datang ke sekolah. Ada Melayu. Ada Cina. Adi India. Masing-masing membuat aktiviti tersendiri. Di kala aku menulis nukilan ini. Aku tertanya-tanya bagaimana nasib mereka pada masa hadapan? Bagaimana keadaan mereka di luar sekolah sebenarnya? pelajar perempuan melayu berpakaian sekolah, bertudung dan ayu2 semua. Namun, adakah telahan ini hanya di lingkungan sekolah semata-mata, atau itulah wajah sebenar mereka? aku bermain-main dengan persoalan yang sukar aku menjawabnya. Loceng sudah berbunyi. Masa aku ganti kelas 2Q pun sudah habis. Aku membiarkan kaki ini melangkah keluar meninggalkan pelajar-pelajar 2Q yang aku pun tak faham keadaan sebenar mereka.