Selasa, 17 Februari 2009

Student - yo - yo - ooo

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.....

Start bulan nie (Februari) hingga hujung bulan Mac, memang aku rasa sangat busy dengan kerja2, tugasan selaku pelajar di sebuah IPT tersohor di Malaysia (tetiba rasa bangga!!!) ahks!!!.... tapi aku rasa semester nie macam busynyer tak macam sem2 yang lepas.... aku pon taktau kenapa.... nak cakap sebab dah masuk 3rd year tapi aku bukan final year... herm.... apa2 pon aku memang dok pening kepala (rasa macam migrain nak datang balik) start selepas cuti raya cina hari tuh....

Report Kajian Lapangan (HGT218) aku dah siapkan last minit... biasalah... perangai aku yang suka buat keje last2 minit nieh... dari dulu lagi.... ahks!!!! macam separuh nak mati aku buat report yang bertajuk "Pembangunan Pelancongan Geologi di Langkawi" dan akhirnya, literature review aku tak buat!!!! kuang3...... papepun aku dah hantar report tuh pada due date yang dikehendaki.... cuma orang suruh hantar sebelum 12tengahari, aku hantar kol 7 malam.... kuang3.... nasib baik Dr. Wan terima lagi.... thanks ayahanda!!!! huhuuhu....

tugasan yang ke-2 ialah paper ASEAN and ASIA PASIFIC .... he3.... paper ni lagi cantek cara aku buat.... konsep last minit masih dipraktikkan.... aku buat mengenai negara PAPUA NEW GUINEA..... org suruh hantar hari jumaat (13hb Feb 2009) tapi aku hantar 15hb Feb 2009 (ahad) bersamaan pukul 11malam!!!! hu3.... tyme nieh aku nak ucapkan thanks kat fad sebab printkan aku punya asigmnt n bg pinjam moto..... hu3.....

sebelum nak ke tugasan ke-3, aku ada test Asean 16hb tuh.... seb bek soalan senang2 belaka... tapi maintai hentak kromo menjawab!!!! kuang3....

tugasan yang ke-3 ialah paper asia selatan.... paper dr.anbalakan... hu3.... asal2nyer due date 16hb feb 2009 (isnin) tapi atas jasa dan budi baik dr. Anbalakan, dia tunda ke tarikh 20hb februari 2009 bersamaan hari jumaat nieh.... hasilnya, aku blom buat lagi.... hu3... bukan malas tp dari segi rujukan, ada masalah sket la.... but dont worry, aku akan habiskan sblm hari jumaat... ahks!!!!

tugasan ke-4 ialah report kajian sungai.... wah.... paper nie yang paling aku ****.... nnt aku cerita sket pasai paper nieh... spesel post untuk paper HGF328 (hidrologi dan geomorfologi)...

tugasan ke-5 ialah paper history of modern europe..... huuhuhuh.... paper nie submit 27hb februari 2009 iaitu ujung bulan nie.... lama lagi kan??? ahks!!! aku memang tak buat apa2 lagi mengenai paper nie..... percaya tak???? tajuk agmnt dlm BI dan aku tak brapa faham kehendak tajuk asgmnt nie... yang aku tau, pasai Hitler ngan dasar2 luar yang dia buat tyme perang dunia ke-2..... huk3....

tugasan ke-6 ialah projek video teaching method geografi... ahks!!! ni lambat lagi nk submit... ujung bulan MAC.... tindakan???? blom lagi bincang apa2 dengan ahli kumpulan!!!! meletop tak??? ahks!!!!

huh!!! penat aku menulis.... ada lagi...

aku ada 2 presentation iaitu paper asia selatan ngan paper history of modern europe yang aku hitung akan dipersembahkan dalam tutorial dalam bulan MAC nieh..... any action??? hu3... macam biasa.... tadak apa2 lagi perbincangan dalam kumpulan dilakukan atas alasan nak siapkan asgmnt yg bulan 2 nie dulu.... kuang3.... teruk tak tindakan mcm tuh????

pastuh bulan april mcm biasa lah.... prepare nak final xzam... tyme tuh lah sibuk cari nota2 kuliah yang tertinggal sebab tak gi kelas.... ahks!!! pastuh tyme tuh gak jadik rajin ke kuliah sbb nak dapatkan tips xzam!!!! wakakakak..... dan selepas final xzam, ada plak Latihan Induksi Kendiri kat sekolah lama aku selama 5minggu...... wah........ penatnyer.....

hu3....itu bru cerita pasal tugasan akademik aku... mcm mana plak ngan aktiviti luar????? herm.... begitulah nasib seorang student yang yo yo oooo.... huauahuahuahua....

wassalam....

Ahad, 8 Februari 2009

Kebaikan - Coca - Cola - Coke


Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.

Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya".

Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

Wahh...mesti buat overhaul ni! Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.

Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll.

Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu.

Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu. Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot? Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak?

Selasa, 3 Februari 2009

Hanya - Tuhan - Yang - Tahu

Hanya Tuhan yang tahu.... itu yang mampu ku ungkapkan setakat ini bagi mengambarkan betapa bersimpang siurnya hati ini dalam mengharungi kehidupan sebagai pencinta yang abadi....

Entah mengapa di kala aku menghitung hari, menyelesuri hidupku yang semakin lesu ini, bisikan kasih menyapa diri yang amat sukar untuk di tafsirkan oleh akal yang waras.....

Kadang-kadang aku sedar, kadang-kadang aku tidak sedar.... takkala waras kurang menjelma, aku berasa tiada lagi kecapi nikmat seperti sejarah lama.... takala waras kembali nyata, aku seolah sedar sebenarnya aku perlu berpijak pada bumi yang nyata....

Berbicara pada hati yang sentiasa berparah dengan mainan cinta yang belum kesudah, aku tidak dapat menerima lagi apa yang perlu diterima seadanya..... kerana cinta itu adalah indah... perlu aku untuk berusaha mengecapi keindahannya....

kini, dilema itu menjelma lagi... sudah lepas meninggalkan aku pada sejarah lalu... kembali semula pada insan yang sentiasa mendamba cinta sejati... apakan daya nasib aku yang telah ditetapkan begitu.... aku pasrah dan aku hanya mampu berdoa pada Ilahi.... kerana itu semua hanya bakal menyaksikan drama bersiri yang bagai tiada episod akhir.....

Kepada Mu ya Tuhan.... aku berdoa dan aku berharap agar Kau limpahi segala kurniaMu dan rahmatMu kepada insan ini dan berikanlah kekuatan untuk aku menempuh hidup yang penuh pancaroba ini.... hanya padaMu aku berserah dan padaMu jua aku akan menyerah selaku hambaMu yang hina ini..... HANYA TUHAN YANG TAHU betapa aku sangat mendamba kasihmu yang tulus.....

Who - needs - a - house -t hen - ?













cool right...???? belive it or not??? belive it......