Jumaat, 30 Julai 2010

tips - INSAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu depan aku akan menghadapi temu duga guru di Alor Setar. Sangat penting untuk aku siapkan diri bagi menghadapi interview ini setelah 4 tahun aku berhempas pulas untuk menyediakan diri menjadi guru yang cemerlang Insyallah. so, saja2 aku search tips2 nk jwb Insak sbb ada calon2 terdahulu, yang bagus time temu duga tapi failed time jawab INSAK (minta dijauhkan aku dr mslh2 mcm ni). Jadi, kat bawah ni adalah review dr pensyarah2 maktab knp ada calon yang boleh gagal INSAK. harap dpt membantu aku dan kwn2 yg bakal menghadapi INSAK ini.

Tipsnya ialah :

1. kegagalan utk kenalpasti dan untuk memberi definisi yang jelas tentang apa yang calon mahu dalam hidup mereka

2. sifat bertangguh, dgn sb anta tanpa sb biasanya digunakan bermacam alasan

3. sukar membuat keputusan,mempunyai tabiat pass kpd org lain dlm semua urusan, tidak mahu bertanggungjawab, suka berselindung dan mahu melarikan diri dr masalah

4. Cepat berpuas hati.

5. Terlalu lembut, tidak tegas menghadapi situasi yg memerlukan keyegasan

6. tidak sistematik, tidak mempunyai perancangan dan pelan yg khusus

7. memgambil mudah satu2 perkara tanpa mengetahui akibatnya

8. banyak berharap tp tidak sanggup menghadapi risiko

9. tidak boleh dikritik dan menerima kritikan'

10. tidak suka merebut peluang

Mungkin ada lagi yang lain2... So, moga kita semua berjaya mengecapi kejayaan... AMEN....

Wassalam.

Cinta - Terakhir


Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....

Penyanyi : Aiman
Lirik/Lagu : Hafiz Hamidun

Khamis, 29 Julai 2010

Temu - Duga - GSTS


Tahniah

Anda berjaya dipanggil temu duga Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) keluaran IPTA.

Berikut adalah maklumat panggilan temu duga tersebut :

No. Kad Pengenalan : XXXXXX - XX - XXXX
Nama : Muhammad Faizal bin Ismail
Tempat Temu Duga : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Kompleks Pendidikan Jalan Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah.
Tarikh Temu Duga : 4 Ogos 2010
Masa Temu Duga : 8.00 pagi.

Mohon dipermudah segala urusan dan kejayaan... amen...

Khamis, 15 Julai 2010

Nur - Fatima - Az - Zahra

tembamnyer anak buah aku nie...



perkenalkan botol susu dan bantal busuk saye!!! nge~

ouch!

ralitnyer...

suke dapat baju upin! :-)

hobi no.1 saya ialah makan! adeh!~ *mcm pakcik dia... huhuH~

Khamis, 8 Julai 2010

Listen


Listen to the song here in my heart
A melody I start but can't complete
Listen to the sound from deep within
It's only beginning to find release

Oh, the time has come for my dreams to be heard
They will not be pushed aside and turned
Into your own all 'cause you won't
Listen

Listen, I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried to say what's on mind
You should have known

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I've gotta find my own

You should have listened, there is someone here inside
Someone I thought had died so long ago
Oh, I'm screaming out and my dreams'll be heard
They will not be pushed aside on words
Into your own all 'cause you won't
Listen

Listen, I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried to say what's on mind
You should have known

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I've gotta find my own

I don't know where I belong
But I'll be moving on
If you don't, if you won't

Listen to the song here in my heart
A melody I start but I will complete

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you think you gave to me
But now I've gotta find my own, my own

Singer : Beyonce

Ahad, 4 Julai 2010

penolong - pegawai - penyelidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni aku terbangun awal dr biasa. Ntah kenapa boleh macam tuh. dan tiba-tiba aku terasa nak menulis dalam blog ni. huhuh~~ Sekarang, demam piala dunia sedang berlangsung di setiap pelosok tempat. Aku tak la fans sangat, namun tersungkurnya Brazil pada suku akhir di tangan Belanda membuatkan aku rasa tersentap gak. Aku kan penyokong setia Brazil. heheh~~ (kata tak fans tadik) ape2 lah... Anyway, post kali ni bukan pasal world cup. Tapi kerjaya sementara aku sebelum aku posting. Insyallah.

Selepas aku tamat praktikum atau Latihan Mengajar, aku mendapat tawaran untuk menjadi Pembantu Penyelidik (RA) di bawah Ketua Projek Dr. Shafrin iaitu lec aku semasa aku belajar dulu. so, tanpa berfikir panjang aku terima jer tawaran ni untuk tambah pengalaman selain dari mengisi masa lapang. Alhamdulillah. rezeki Allah nak bagi kan. Tak elok tolak2. Aku dengan sorang kawan lagi yang juga baru tamat LM datang pada 2hb Mei 2010 untuk lapor diri.

Selepas aktiviti lapor diri selesai, maka aku dapat surat lantikan sebagai Penolong Pegawai Penyelidik- N26 (guna STPM). Alhamdulillah, sekarang ni office ak di Unit Penyelidikan Pendidikan Asas, Universiti Sains Malaysia. So, sekarang dah lebih dua bulan aku bergelar PPP nie.

Nak cerita sikit pasal keje aku ni. Aku sekarang under geran RU (Research University) di bawah Dr. Shafrin selaku Ketua Projek. So, sekarang aku sedang setelkan mengenai geran yang bertajuk PEMBINAAN TANDA ARAS, MATRIKS DAN DESKRIPSI EMOSI REMAJA MALAYSIA. Sebab tu awal bulan jun rituh aku n opismate kene outstesen untuk menjalani penyelidikan di beberapa buah sekolah yang terpilih di putrajaya dan sekitar Johor Bharu.

Sekarang ni fasa memasukkan data sebelum data dianalisis dan di akhiri dengan fasa penulisan. Kehidupan aku macam biasa jer. tadak pape yang lain pun. Kerja penyelidikan ni kerja yang pernah juga aku buat ketika belajar dulu. So sekarang aku harap aku dapat kerja nie hingga aku dapat posting Insyallah (geran ni tamat hujung tahun ni).

aku rasa sampai sini saja kut. tiba2 rasa pening kepala. thanks yang sudi baca. kita jumpa di lain masa. adios. wassalam.

Sabtu, 3 Julai 2010

rindu - setengah - mati


aku ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku selalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati
aku rindu....

setengah mati....
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu....
aku rindu....

Video Clip Rindu Setengah Mati : http://www.youtube.com/watch?v=IlckdIig8Fw

Khamis, 1 Julai 2010

Latihan - Mengajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aku baru saja tukar tamplate baru untuk blog ni. Dah lama rasanya aku tinggalkan penulisan blog yang pernah satu ketika dahulu aku sentiasa memikirkan apa yang patut aku tulis dalam blog setiap hari. Anyway, aku tetap berusaha untuk memastikan blog ini tidak mati di sini sahaja.

Kali ni, aku ingin meluangkan masa untuk bercerita pengalaman aku ketikan Praktikum atau Latihan Mengajar (LM) aku yang tamat pada bulan april yang lepas. Banyak ceritera yang dapat dikongsikan di sini. Kalau korang perasan, aku ada post pic2 anak2 murid aku sebelum ini. Aku LM di SMK Bandar Sungai Petani, Kedah. Sangat dekat dengan rumah aku. Jadi, aku bersyukur la sebab dekat. Save baget.

Aku ditugaskan mengajar untuk subjek Geografi (major aku) bagi tingkatan 1 dan Sejarah (minor aku) untuk tingkatan 2. Maka, secara tak langsung aku kena la mengajar untuk sekolah sesi petang sebab tingkatan 1 dan 2. Jadual aku hanya 9 waktu satu minggu. Suasana sekolah di situ aku suka, rakan2 guru sangat membantu dan pihak pentadbir yang ok bagi aku (walau ada sorang dua yang suka wat kacau).

Menjadi seorang pendidik sebenarnya sangat mencabar. Faktor kemenjadian pelajar perlu diutamakan dalam sistem pendidikan kini. So, aku sentiasa sedaya upaya memastikan setiap pelajaran sampai kepada pelajar. Di dalam kelas, aku cuba memberikan suasana yang selesa kepada pelajar supaya mereka tidak tertekan untuk belajar. Aku sentiasa ingatkan murid2 aku supaya mereka sedar akan sebab kenapa mereka harus belajar.

Selaian tugas mendidik, aku juga sertai acara2 dan program2 yang diatur oleh pihak sekolah. Aku selaku guru pelatih sedaya upaya membantu pihak sekolah dalam mencapai misi dan visi sekolah walau untuk seketika. Rakan2 guru sangat sporting dan baik. Mereka selalu beri tunjuk ajar (walau aku rimas kat sorang yang nak aku join bisnes ape tah..)

Aku tak mahu ingat benda2 yang menyakitkan hati ketika LM (sebab ada yang aku moody ketika LM) tapi aku sangat merindui suasana LM. Aku harap aku dapat posting ke sekolah yang baik dan OK segalanya.... sekarang ni, semua tinggal kenangan.... aku merindui anak2 murid aku dan semuanya.... aku doakan mudahan murid2 aku berjaya di dunia dan akhirat. amen....

Wassalam.