Isnin, 22 Disember 2008
list - song - my - love
dewan - masyarakat - december2008
Selasa, 2 Disember 2008
bengang - bengong
sebelum aku ke langkawi lagi aku dh rasa macam2, memang betul hati aku tak pernah tipu, start hari pertama di langkawi sehingga sekarang, bala-bala tentera masalah datang menerjah menghentam aku!!!! wah!!! berpuitis la plak!!!!
masalah aku sekarang nie yang berulang ialah external hardisk aku kena format balik untuk kali yang ke-3!!!!! hadoiiii!!!! sumer ilang!!! yer lah klu format, mesti ilang sumer kan!!!!! dan yang paling aku bengang bertambah bengong gambar yang aku amik kat langkawi guna fbisp5200 aku sumer lost!!!!! hadddooooooooooooooiiiina...... kenangan sumer tue.... jadik terpaksa aku amik gambar2 kat kawan2.... thanks kawan2....!!!! nanti aku load gambar2 aku yang pi langkawi nanti.... erm.....
sekarang sehingga 6hb disember 2008 InsyAllah, aku n myteam fieldwork dok menyiapkan data2 yang terkumpul dari langkawi dan esok bersamaan 3hb disember 2008 hari rabu, aku n mygrup ada perbentangan mengenai "Langkawi As A World Class Geopark And Its Sustainability".....
jumpa lagi... da..... (sambil hati dok sadis.....) erm.....
Jumaat, 21 November 2008
Debat - Diraja - 2008
Tarikh: 28 November 2008 - 3 Disember 2008
Tempat:
Kulliyyah Undang-Undang & Kulliyyah Ekonomi (Kategori BM)
Kulliyyah Kejuruteraan & Kulliyyah Senibina (Kategori BI)
Kulliyyah Sains Kemanusiaan (Kategori BArab)
Usul :
POLITIK
1) Pembangkang Di Malaysia Tidak Bijak
2) Kemenangan Obama Memberi Kita Satu Petunjuk
3) Rumah Putih Cuma Bertukar Warna
4) Kita Tidak Bersatu Dalam Isu Kepentingan Negara
5) Pengunduran Musharaf: Sinar Buat Pakistan
6) Demokrasi Malaysia: Retak Menanti Belah
7) Krisis Kehakiman Diada-adakan
8) Dunia Perlukan Kawalan Keselamatan Perairan Antarabangsa
9) Barisan Nasional Perlu Menjadi Satu Parti
10) Politik Berteraskan Kaum Masih Relevan
11) Politik Malaysia Mengancam Perpaduan
12) Debat Politik : Pemimpin Kita Belum Bersedia
13) Dunia Sudah Tidak Perlukan Kuasa Veto
14) Sidang Damai Annapolis Adalah Penamatnya
15) Politik Malaysia Sudah Stabil
16) Mahasiswa Malaysia Matang Berpolitik
17) Mengiktiraf Kemerdekaan Kosovo Adalah Tepat
EKONOMI
1) Kawalan Harga Barang Hanya Ilusi
2) Sistem Perbankan Islam Jawapan Kepada Krisis Kewangan Dunia
3) Kenaikan Gaji Jawapan Kepada Inflasi
4) Halangan Perdagangan Antarabangsa Wajar Dihapuskan
5) ASEAN Perlukan Matawang Sendiri
6) Pengurangan Subsidi Minyak Adalah Tidak Wajar
7) Pasaran Terbuka Berat Sebelah
8) Air Asia Punca MAS Lemas
9) Sistem Bretton Woods Perlu Diganti
10) Mahasiswa Kita Boros
SOSIAL
1) Masalah Perkauman: Salah Media
2) Demi Perpaduan: Kebebasan Media Perlu Dikawal
3) Perpaduan Kita Terus Kukuh
4) Bloggers: Duri Dalam Daging
5) Bahasa Melayu Penyatu Bangsa Malaysia
6) Setelah 51 Tahun, Bahasa Melayu Semakin Dilupakan
7) Pindaan AUKU: Mahasiswa Sudah Bersedia
8) AUKU: Menyebab Mahasiswa Lesu
9) Krisis Makanan Global: Kita Sudah Bersedia
10) Pendidikan Kita Bertaraf Dunia
11) Sukan Adalah Medium Perpaduan
12) Generasi Muda Kita Patriotik
13) Semangat Kesukarelaan Kian Pudar
14) Industri Hiburan Tidak Tentu Arah
15) Kerjasama Antarabangsa Mampu Menyelesaikan Masalah Alam Sekitar Dunia
16) Perubahan Iklim Dunia Tanggungjawab Negara Dunia Ketiga
17) Pemimpin Politik Tidak Wajar Menerajui Persatuan Sukan
HUMOR / PERIBAHASA
1) Hijau Perlu Kekal Hijau
2) Semut Sudah Setanding Gajah
3) Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
4) Kerana Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar
5) Berambut Lebih Baik Daripada Botak
6) Pisang Sudah Berbuah Dua Kali
last - day
esok aku ada taklimat kajian lapang yang akan aku jalankan di langkawi start 23hb hingga 29hb nov.... so, aku harap aku enjoy dengan kajian lapang nie w.pon hati nie mcm tak keruan kebelakangan ni.....
lepas2 abes keje aku sumer insyAllah, aku start post balik makalah2 yang ilmiah.... hu3... aku pon nak doakan kepada team debate USM yang akan ke royal debate di UIA pada ujung bulan nie... semoga berjaya.... amin....
sekian, adios!!!
Rabu, 19 November 2008
im - yours
Jason Mraz
I'm Yours
Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
Now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
And nothing's gonna to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some
But I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours
Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment, maybe sing with me
All - ah peaceful melody
And it's our God-forsaken right to be loved love loved love loved
So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours
Scooch on closer dear
And I will nibble your ear
I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what I'm be saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue
I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours
Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Ahad, 9 November 2008
best - OF - luck
Salam Aspirasi untuk Mahasiswa Bersatu
aku punya paper dah start 4hb nov ritu dan last 21hb nov nanti....
jadi doakanlah kejayaan aku dan aku juga mendoakan kejayaan korang...
3 paper yg lepas aku hadapi dengan penuh kegelisahan dan keperitan.....
aku tempuhi juga walaupun keadaan kesihatan aku dalam kesakitan....
aku harap 3 paper (10hb, 11hb dan 21hb) nanti dapat aku tempuh dengan cemerlang....
untuk kover balik 3paper yang dah lepas....
aku berdoa padamu Ilahi agar PNG dan PNGK aku kali ni berada dalam tahap yang baik....
dan juga ku pohon pada-MU untuk keberkatan ilmu yang aku peroleh....
selepas xzam aku akn bz plak ngan fieldwork aku yang start 23hb Nov. hingga 6hb Dis. 2008...
fieldwork aku akn berlangsung di pulau peranginan terkemuka di Malaysia iaitu Langkawi...
aku akan buat kajian lapangan mengenai Geopark Langkawi...
jadi pada orang2 Langkawi... Nantikan anak jati Langkawi pulang semula ke sana....
Rindu aku dengan pulau kelahiran aku ni....
selepas fieldwork, umat Islam di seluruh Dunia akan menyambut satu perayaan...
yang akn mengenangkan kisah pengorbanan seorang nabi....
dan aku berharap sewaktu ini aku dapat menghayatinya dengan sempurna....
maka blog aku akan berada dalam keadaan yang sepi seketika....
walaupun sebenarnya banyak benda yang aku mahu wartakan...
kumohon agar dipermudahkan segalanya....
lastly, aku harap perjuangan aku pada masa hadapan...
diberkati dan dirahmati oleh Yang Maha Esa....
Ameen.....
mantera + BERADU
nak ajak korang sumer hayati song ni yang hasil koloborasi antara M.Nasir ngan Malique (Too Phat)... veri powerful song... liriknya sangat puitis....
Mantera Beradu - Malique feat. M.Nasir
masih belum sempurna...
gerakkan hati... hati gerakkan...
pandanglah aku... aku lah dia...
kulitku tebal... ku kebal... ingatku kebal...
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang... hidup tak pernah lenang...
ku schizo paranoia takut pecah tembelang
pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang...
lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena... tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum
ikut gerak hati... pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah segarang
takat meradang
tanya... abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main acap belakang parang
kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat
ramai saudaraku yang baik telah dipijak...
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
YO!!... ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi
peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina
lu bikin dosa.. ku bikin prosa
Testosterone testarosa
citacita sosa K.L. K.L. kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
kucing bawa tidur... rimau bawa igau
masuk tempat orang... bawa otak bukan pisau
naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang
sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara temeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja
panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut.. lompat atau paut
kalau lari mati... jika jerut maut
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku... palu hatiku
kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku... kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu
akhirnya sempurna...
Ahad, 2 November 2008
Dewan - Masyarakat - Nov - 2008
gambo-gmbo ni merupakan cover majalah kesayangan aku iaitu Dewan Masyarakat keluaran November 2008....
untuk keluaran ini, DM memaparkan laporan mengenai "Misteri Lubang Tikus' iaitu rencana mengenai lolosan atau pencerobohan yang berlaku di sempadan-sempadan negara seperti di sempadan Malaysia-Thailand. Laporan Khas mengenai 'Hidup Mati Politik Cina'. selain itu juga, DM telah merencanakan melalui penulis Datuk dr. Hassan Ahmad dalam makalah Kaca Di Jendela yang menganalisis secara kritis mengenai UMNO selepas Mac 2009.
Yang menarik bagi aku ialah mengenai stadium Gajah Putih, makalah di Halam Terakhir iaitu ISA bukan Guantanamo dan paling eksklusif bagi aku adalah di halaman catatan kepada pembaca (yang ditulis sendiri oleh Editor Mohd Shukri MohdAriff) yang bertajuk 'Mereka melatah Lagi'....
selamat mendapatkan DM yang terbaru ini.....
sial - punya - lori
aku - balik - terbalik
Jumaat, 24 Oktober 2008
Souls - Code
Rabu, 22 Oktober 2008
Program - Sepetang - Bersama - Pemimpin
Dewan Budaya USM
Sebelah pagi pada tarikh yang sama telah diadakan siri syarahan yang aku dah post sebelum ni... sebelah petang plak IKMAR telah mengambil inisiatif untuk bersama-sama Naib Presiden UMNO itu untuk menganjurkan satu majlis sepetang bersama pemimpin (sebab YB merupakan orang Johor).. majlis yang dipengerusikan oleh En. Kharul Erwan (Pegawai HEP) itu telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwan dan Pembangunan Pelajar), Prof. Madya Dr. Omar Osman dan penasihat IKMAR iaitu En. Mohd Maliki.... Kehadiran dipenuhi oleh para pemimpin pelajar daripada pelbagai kelab dan persatuan termasuk daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUSM)...
Politik - Melayu - Islam: - Kemelut - dan - Penyelesaian
Semalam iaitu pada 21hb Oktober 2008 hari Selasa, aku ke Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia kerana telah diadakan satu siri syarahan ISDEV yang ke-7 yang bertajuk Politik Melayu-Islam: Kemelut dan Penyelesaian. Syarahan ini telah disampaikan oleh YB. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin iaitu menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.
Syarahan ini yang sepatutnya dijadualkan bermula pada 9.30pagi tetapi telah bermula hanya tepat pada pukul 10.10pagi iaitu dengan ketibaan YB. Ini bermakna aku n myrumate(helmi) serta myfriend(Sani) telah tunggu 1jam lebih sebab ketibaan kami yang tidak disambut oleh sesiapa pun tepat pada pukul 9pagi di Dewan Budaya yang akan bertukar nama kepada Pusat Budaya USM nanti (sebab status Universiti Apex).
Siri syarahan ini telah dianjurkan oleh Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen. Syarahan yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu Cik Mat PRO USM. Ketibaan YB telah disambut oleh Tn. Hj. Azman Abdullah (Pendaftar USM) yang mewakili Naib Canselor USM, Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Pengarah ISDEV dan orang-orang lain yang terasa pentingnya. ahks!!!...
Kehadiran orang ramai yang terdiri daripada bukan sahaja para pelajar, malah termasuk para pensyarah, penganalisis politik, dan orang ramai (termasuk masyarakat daripada Permatang Pauh)... Oleh itu, sememangnya tajuk syarahan ini dinantikan oleh mereka yang ingin mengetahui senario politik di Malaysia khususnya... dan mungkin ada juga seorang dua yang hadir hanya untuk menganggu majlis (sebab ada orang yang terpekik-pekik tak tahu kenapa sewaktu YB memberi syarahan- tapi terkawal...).... Majlis dimulakan dengan bacaan Asmaul-Husna..
YB. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin memulakan syarahannya dengan bacaan ayat suci al-Quran dengan tenang.... dan cuba membawa para hadirin untuk mengimbau kembali sejarah Kesultanan Melayu Melaka (kerana perkaitan politik Melayu-Islam amat rapat dengan sejarah tersebut) sehingga berlakunya penjajahan asing yang akhirnya berlakunya keruntuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka....
Secara rangkumannya, syarahan yang diberikan oleh YB adalah berkisar mengenai senario politik yang berlaku selepas pasca Pilihan Raya Umum yang ke-12 iaitu pada bulan Mac 2008... Naib Presiden UMNO itu berkata beliau tidak menduga dengan kekalahan UMNO sebagai parti politik yang tertua di Malaysia yang akhirnya beliau berpendapat bahawa kuasa politik Melayu telah tergugat... dan kekalahan ini kerana beliau berpendapat adalah disebabkan oleh persepsi dan mindset masyarakat kepada kerajaan yang memerintah (seperti corruption, kroni, ketidakadilan, ketidakkeikhlasan, dsb)... Calon Timbalan Presiden UMNO itu juga sentiasa menyentuh aspek Kontrak Sosial yang masih ada pihak terutama golongan muda yang belum memahami konsep tersebut.
sewaktu soal jawab, para hadirin berkesempatan untuk meminta penjelasan daripada YB dalam pelbagai perkara... ada yang tanya dengan nada yang tenang, ada yang bernada gugup dan ada juga yang bernada emosi!!!!aku dapat lihatlah YB sentiasa bersedia untuk menjawab pelbagai persoalan yang timbul... beliau juga sentiasa berhati-hati dalam menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan...
Siri syarahan tamat pada pukul 12.30tghr dan diadakan jamuan di luar dewan... (sedap ooo makanan time tengah hari tue...) dan YB bergerak ke press conference....Setakat ini sahaja ulasan yang dapat aku bagi (walaupun sebenarnya nak tulis banyak lagi)...apa-apa pun, kita sebagai warga Melayu yang beragama Islam, kembalilah ke pangkal (nasihat YB dalam syarahannya) kerana sesungguhnya kita akan berada kembali dalam suasana seperti sediakala...
Wallahualam...
Selasa, 21 Oktober 2008
BBQ - Nitez
Isnin, 20 Oktober 2008
Latest - Dewan - Masyarakat
Sekian...