Khamis, 21 Oktober 2010

ujian - personaliti - sesi - 1 - guru - MARA


(klik pada gambar untuk besar)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Alhamdulillah, pada 18hb Okotober 2010 harituh keluar pula keputusan panggilan temuduga nak jadi guru/pensyarah MARA. Dan permohonan aku telah berjaya. Syukur...

Walaupun dalam kalangan kawan-kawan aku kurang yang apply untuk jadi guru MARA (aku tak tahu kenapa diorang tak apply; antara tak tahu atau buat2 tak tahu), ada juga yang aku tahu tidak dapat untuk panggilan temu duga ini. Yer lah... mungkin persaingan sangat sengit sebab sesiapa sahaja sama ada yang ada ijazah pendidikan mahupun tidak ada boleh memohon nak jadi guru MARA.

Setakat yang aku tahu, nak jadi guru MARA bukanlah mudah. Tambahan untuk pengambilan kali ini (berdasarkan pendapat orang ramai juga) adalah bertambah ketat. Kalau dulu, tak ada pun (katenyer...) ujian personaliti (sesi 1 - yang akan aku ambil sabtu ni) ni... dulu hanya pengajaran mikro dan temu duga macam biasa... tapi mungkin disebabkan persaingan yang hebat, maka MARA wujudkan ujian personaliti ini mungkin untuk memilih calon yang benar-benar layak menjadi guru (sebab yang apply macam2 jenis orang)...

Mengenai ujian personaliti ini, aku pun tak dapat gambaran yang jelas apakah bentuk dan jenis soalan yang bakal di tanya... ada yang ckp macam MTeST (test KPLI) dan ada yang cakap mcm MedSI (test yang pohon ijazah pendidikan)... kalau ikutkan pengalaman, aku pernah ambil ujian INSAK (test jadi guru KPM), ujian personaliti SPA, ujian Munsyi (nak masuk USM) dan ujian kecenderungan kemasukan MRSM (pun ada ujian personaliti)... maka, yang mana satu formatnya?

Ujian personaliti sesi 1 untuk pengambilan guru MARA ni seperti yang dinyatakan di dalam gambar di atas, dijalankan selamat 45 minit dan semua soalan berbentuk objektif. Berapa soalan? kalau ikutkan pengalaman, selalunya ujian macam ni memang banyak... 100 hingga ke 300 soalan. hurmmm.... cuma tips yang aku dapat dari kawan aku (yang dah kerja jadi guru MRSM) jawab kecenderungan jawapan ke arah bidang yang kita pilih... kita tengok jer la Sabtu ni macam mana... kalau berjaya, maka akan layak untuk ke Sesi 2 (Pengajaran Mikro) dan Sesi 3 (temu duga)....

Selamat Berjaya semua!!! amin...

Wassalam.

Isnin, 18 Oktober 2010

Jalan - jalan - KL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru sekarang boleh nak update blog selepas masa yang agak sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Memang dah niat nak update blog selepas balik dari KL hari tuh. Post kali ini pun mengenai percutian aku (cuti kah) ke Ibu Kota, tempat lahir tipu daya.... (juz follow da skrip! ) ahks!

Plan atau perancangan nak ke KL ini sebenarnya dirancang dah lama dah. Dan akhirnya, tanggal 8hb Oktober 2010 menjadi juga aku bercuti ke KL bersama teman. Sebelum bercuti, aku agak risau gak kerana kesihatan aku yang terumbang ambing (sakit gigi lorrrr...) tuh. Tapi alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Secara ringkasnya aku tulis di blog aku ini tentang perjalanan aku ke KL....

8hb Oktober 2010 (Jumaat)

Aku bertolak ke KL bersama teman dari Manjung (naik kereta teman... aku jadi co-driver jerk) tepat pukul 10am... perjalanan yang mengambil masa 4 jam (lebih kurang) tiba di hotel yang telah ditempah pada pukul 2pm... sampai sahaja bilik, rest kejap... then, pukul 4pm terus keluar dari hotel memulakan perjalanan (mmg berjalan2) di KL... wow! Hari pertama sahaja aku telah melawati (lawat ke?) area masjid jamek, jalan TAR, Sogo dan Mid Valley... senang jer berjalan dan naik LRT dan Komuter... tak perlu nak terperangkap dalam trafik... TAPI! terperangkap dalam asakan manusia (ketika naik komuter) adeii!! balik hotel pukul 10pm lebey... 1st day letey sudah!

9hb Oktober 2010 (Sabtu)

Hari ini memang dirancang untuk ke KLCC dan Petrosains. Keluar dari hotel pukul 11am (selepas sarapan dohh) dan naik putra ke KLCC... sampai saja KLCC, memang terus naik atas ke Petrosains (takut ramai orang, jenuh pulak menunggu nanti...) sampai saja di atas, memang ramai! tapi yang menarik, pergi beli tiket, tak perlu nak beratur, terus masuk!! (tapi beratur gak jap nak naik train tuh!) memang excited kut sebab dah lama tak masuk petrosains!! (sangat ilmiah punya jalan2)... duk dalam petrosains dari pukul 12 tengah hari hingga pukul 3pm!! mmg lama... tp siapa pernah masuk, mesti faham kenapa lama... :) balik hotel kejap, bersihkan diri dan rest... nak dekat malam, bergerak ke bukit bintang... WOW! memang bestt! boleh tengok macam2 orang... hahahah~~ balik hotel pukul 10pm n rest....

10hb Oktober 2010 (Ahad)

Lepas check out hotel, bergerak ke Damansara (ni kena naik kereta lahh....) pergi IKANO, IKEA, CURVE~ pergi sana tengak perabot2, barang2 rumah (best tengok2 nieh)... dan orang tersangatlah ramai!! (maybe weekend kut)... lepas tuh, boleh pulak sempat layan movie 3D (cerita sammy si kura-kura) kat e@curve... movie start pukul 3.30pm tapi pukul 4pm baru start.. (sebab projektor wayang rosak... DAMN!!)... sampai pukul 4pm, balik semula ke ibu kota stay satu lagi malam di satu lagi hotel... wah! memang berjalan sakan! rest kejap dan bersihkan diri, malam tu plan nak jalan2 area chow kit, tapi dah tak larat... jalan kejap tapi mcm takde apa2 yang menarik... balik hotel semula (lepas dinner) dan rest....

11hb Oktober 2010 (Isnin)

selepas sarapan, pukul 10am bertolak balik ke Manjung... 4.30pm bas dari Manjung ke Butterworth... dan akhirnya sampai rumah di Penang pada pukul 8.30pm... OUCCHHHH!!!! sangat penat dan BESTTTTTTTTTTTTTTTT!!! berjalan2 saja sampai nk tercabut kaki ni... pengalaman yang tak dapat di lupakan...

Thanks to Mie yang sanggup keluar bercuti dengan diri ini... (dan menghabiskan duit bersama-sama)... adeh! anyway, kenangan travel ini tak akan aku lupakan sampai bila2... (walau lepas ni boleh jer lagi nk turun KL... bukan susah pun... ahks!)...

Terima kasih la kerana sudi baca sampai habis.... JOM KE KL! *tetiba jadi promoter... ahks!

Wassalam.