Jumaat, 17 Oktober 2008

Cetusan_Minda - LTR.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Korang pernah dengar istilah long term relationship?? atau akronimnya ialah ltr?? atau dalam bahasanya ialah hubungan atau pertalian dalam jangka masa yang panjang???
kalau pernah, dari mana korang dengar?? apakah maksudnya yang sebenar?? siapakah yang terlibat dalam ltr ni?? di manakah kerelevenan ltr dlm kehidupan manusia?? apakah keistimewaanya?? apakah kepentingannya??

Kepada mereka yang belum pernah mendengar, thats very important to all of you to know how to define and feel the ltr nie... dan kepada mereka yang pernah mendengar atau pernah merasai ltr ini, pasti setiap korang adalah berbeza pandangan dan keadaan nya yang tersendiri....

ltr ini sangat subjektif. setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai ltr. ada yang cakap ltr berkaitan dengan hubungan persahabatan, ada juga mereka yang menyatakan bahawa ltr ini adalah untuk menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja dan tidak kurang hebatnya ada yang beranggapan bahawa ltr ini digunakan hanya untuk mereka yang mempunyai hubungan songsang!!! jdi, dimanakah sebenarnya kedudukan ltr?? adakah ltr ini hanya bertaut kepada nafsu dan perasaan semata-mata?? kepada mereka yang bercouple, adakah korang merasai ltr ini???

Terpulanglah pada setap individu untuk mencirikan maksud yang sebenar ltr ini.... bagi aku, konsep ltr ini lebih daripada satu hubungan yang sangat murni dan sangat suci.... ltr ini boleh dikatakan satu perhubungan yang didasari dengan nilai-nilai yang murni seperti kasih sayang, keikhlasan, kejujuran, hormat menghormati, dan sebagainya... dalam erti kata yang lain, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.... sama-sama bersuka duka....
sebab itu aku rasa ltr ada dalam pelbagai hubungan.... suami isteri, persahabatan, dsb... satu persoalan yang aku ingin wujudkan, bolehkah ltr berada dalam dunianya yang tersendiri...???

Aku ingin berkongsi fakta daripada Dr. Sternberg iaitu seorang pakar psikologi yang mengkaji mengenai love... secara ringkasnya menurut beliau, disebabkan cinta ini mempunyai pelbagai definisinya yang tersendiri, oleh itu ada tiga kompenan yang diperlukan untuk membina sebuah hubungan cinta yang sejati iaitu keakraban (intimacy), perasaan cinta yang kuat (passion), dan komitmen.

intimacy atau keakraban menurut dr. Sternberg perkara pertama untuk membina hubungan yang sejati, hal ini melibatkan pembinaan hubungan persahabatan seperti kamu suka memluangkan masa bersama-sama dan sewaktu inilah kita mencuba untuk close dengan pasangan kita... menilai hati budinya...

selepas kompenan intimacy ini berjaya, teruskan dengan langkah yang kedua iaitu passion iaitu perasaan cinta yang sangat kuat atau keghairahan atau kemesraan yang sejati. sewaktu ini menurut dr. Sternberg, ramai yang kehilangan nilai perhubungan sebelum ini dek kerana ciri-ciri intimacy yang tidak lengkap. kerana apa ramai yang kehilangan hubungan tersebut?? sewaktu passion, sesuatu hubungan meningkat kepada satu tahap yang menyebabkan perubahan persepsi kepada pasangan masing-masing. oleh sebab itu sewaktu intimacy perlulah setiap pasangan menilai dan mengenal diri setiap pasangan masing-masing bagi membolehkan hubungan cinta itu mekar...

dan yang terakhir ialah komitmen. menurut dr. sternberg lagi, komitmen ini terbahagi kepada dua iaitu short-term dan long-term. short-term komitmen iaitu perkara-perkara yang berbentuk sederhana seperti "I am willing to love this person". kenyataan ini bukan sesuatu yang perlu dalam long-term komitmen, tetap pilihan untuk kita mengadakan hubungan yang panjang. manakala long-term komitmen pula ialah pilihan yang tinggal untuk melangkah kepada hubungan yang lebih erat.

Itu yang diulas oleh dr. sternberg dalam satu topik mengenai how to have a long term relationship (http://www.wikihow.com/Have-a-Long-Term-Relationship) ...secara konklusinya, dalm ltr ini juga perlu ada persaan cinta yang sejati...

oleh itu, jawapan sebenar mengenai persoalan-persoalan ltr ini hanyalah terletak pada tangan anda.... andalah yang menentukan segala-galanya... yang penting bagi aku, biarlah kita ikhlas dan jujur dalam sesuatu perhubungan walaupun hubungan itu dalam masa yang hanya sekejap sahaja....

terima kasih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan