Jumaat, 18 Disember 2009

Salam - Maal - Hijrah - 1431


Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman yang teguh
Kaum Muhajiran dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu perngorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk Perpaduan

Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman......

Selasa, 8 Disember 2009

Trip - Manjung


best sgt2 w.pon jalan nk k sana memerlukan kesabaran tahap gaban....



g sana wit fahmie....

Khamis, 26 November 2009

salam - eidul - adha


Selamat menyambut Aidil Adha kepada
Mak dan Ayah
Kakak dan Adik
yang Terchinta
sanak saudara
guru-guru
pensyarah-pensyarah
sahabat handai
rakan taulan
dan seluruh muslimin ummat Islam di dunia.....

MUDAHAN KITA SEMUA MENGHAYATI ERTI KORBAN YANG SEBENAR....

~ikhlas fbisp.blosgpot.com~

Sabtu, 21 November 2009

2012 - Pisau Cukur : review

Assalamualaikum n Salam Sejahtera...

semalam (20 Novermber 2009) hari yg amat aku tunggu2... dan yang paling best g tgk wayang citer melayu n citer org putih bersama2 teman terulung (tajuk lagu Anuar Zain)… ahks!!!

Post kali ni ak nk review filem yg menjadi bual mulut org smpai skrg iaitu 2012 dan citer malayu yg amat ‘menjadi’ dan ‘segar’ tp dipandang rendah oleh sesetengah pihak…

Pertama ialah about 2012. Tak perlu la ak nak synopsis kt sini pasal 2012 sbb sume org tertunggu2 citer nie keluar termasuk ak. So, smlm lps tgk citer 2012 yg mendapat 6/5bintang dr seorang rakan ak, tak dinafikan citer tuh mmg mantap dr segi teknikaliti. I mean, dr segi efek dan kesan khas bg menghidupkan sesuatu babak. Dan semua org mungkin tahu, citer ini berdasarkan khabar benar org MAYAN mengenai dunia yang akan hancur disebabkan bencana… n wat we call now is KIAMAT. Namun, selepas ak melihat dan mendengar pandangan sume pihak, ada yg puji dan ada juga yg keji. Terutama ending film. So, timbul persoalan is abot y dis film dibuat???

a. Adakah untuk mengkhabarkan kepada semua org mengenai tibanya bencana pada tahun 2012?
b. Atau Movie ini inginkan semua org bersiap sedia untuk hadapi 2012?
c. Atau movie ini nak menyampaikan khabaran org MAYAN?
d. Atau movie ini nak tunjukkan betapa kesan khas dgn teknologi yg canggih dapat hasilkan babak yang da vass?
e. Dan atau movie ini merupakan movie propa???

Hurm… setiap org mempunyai pandangan masing2, termasuklah ada yg menasihati ak supaya kita kembali kepada ajaran agama kita sendiri I don’t like to talking n kaitkan dgn agama sebab tak mahu menyinggung perasaan org… asalkan kita berpegang pada akidah masing2, we r know mana yg benar n mana yg salah.. dats all…

But, I like to review dis movie as a propa film!!! Sbb yg pertama boley disaksikan oleh semuaaaaaaaaaaaa penonton citer 2012 ini bahawa presiden US adalah saaaaaaaaaaaaangat berperikemanusiaan….. urm… PANAS!!~ itu yg digambarkan di dalam film tersebut… I said dis is a propa sbb ak rasa sume org tahu mcm mana perangai presiden US yg sebenar…. Yg keduanya ialah kesepakatan G8 (negara2 maju) dalam nak menangani masalah 2012 dan tetiba dikaitkan kesepakatan itu dgn negara China, India dan termasuk rakyat Tibet!!! Dis is a issue…. Urm… PANAS!!~~ org yg rajin melihat dunia, dia faham apa yg aku maksudkan…

Anyway, dis film ak kasik 4 ½ star from 5star dlm bab kesan khas… tapi bab penceritaan yg ada org nasihat ak, “kita kenalah tgk dr sudut positif” – (ak org yg kritikal, sori….) lu pikirlah sendri…



Ok, skrg kita citer pasal PISAU CUKUR… urm.. PANAS!!!~ dis film ada baik n ada buruk…. Sblm ak melalut, ak nak la org yg nasihat ak pasal review ak kt 2012 tuh pun kene fikir dr sudut positif…. If u pandai nk nasihat org, sama2 la kita nasihatkan diri kita juga…. (nasihat ikhlas ak)…

bagi ak, film nie very fresh!!! N sooooo sweet gediks2 dlm movie ini… wah!!!~~ untuk pengetahuan korg, ak nie bukanlah penggemar film melayu… tp, pisau cukur berjaya menawan hati beta!!! Plz clap hand uolss..!!~~ (tetiba ak plak gediks) ahks!!! Mmg la ada pihak yg keji citer nie sbb gediks2 itiew… tp, jgn la bersikap skeptikal sgt…. Plz open da mind!!! Ada msg yg ingin disampaikan dlm citer tuh…. Cuma… kene la kritikal!!!~ opss!!

Anyway, citer nie mmg sgt kelaka… babak yg pling best ialah babak rafidah ckp ngan fazura…. “nnt sy suruh pekerja sy tunggang penyu balik cari minyak cengkih!!!” waaaa……. SEWEL!!!~ hik3…. Dan lakonan fazura mmg sgt gediks yg menjadi… dan yg paling penting, penyiasatan kematian dato’ RAHIM RAZALI (dlm citer tuh laa….) yg sgt urmm….. PANAS!!~ hohohohoh……

Takmo komen pnjg2 pasal PC mcm 2012 sbb durasi citer tuh tak la lama mcm 2012…. Ak kasik 4/5 star!!!

Di akhir ini, ak takmau la compare film FC n 2012 sbb dua crite yg berbeza… tp, kdg2 saje nk bagik PANAS!!!~~~ hehheh….. daaa….

WASSALAM.

P/S : teman terulung… urmm… PANAS!!~~ (^ - ^)

Selasa, 10 November 2009

Bukan Cinta Biasa


Kali ini kusedari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
Karena kamu memang untukku

Cinta ku bukan cinta biasa
Jika kamu yang menemani
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku

~~~from mysoul juz for you~~~

Ahad, 8 November 2009

final - xzam - end


(click da image for large image)

Assalamualaikum n Salam Sejahtera,

final xzam is coming back!!! starting da final from 2th - 20th Novermber 2009. however, myfinal juz 4 paper at 6th, 10th, 12th, and 13th Nov. 2009. dis final is a last for finish my degree studies. wish me to get a better, better, n better result. adios!!!

Sabtu, 24 Oktober 2009

update - blog - template


Assalamualaikum n hye...

i just now update my blog template for good looking n make some delicious when any eye reading my blog. so, start today i try to write my blog in english. if i make some mistake or wrong using the language, please notice me. i am in learning. just to improve my english. however, sometimes i will also write in bahasa.

this week actually i have more times for my self. i am just stay in my single room and 'playing' a facebook. very nice and very entertain. and this week, i had went a trip with my best friends; Alfred and Hanafi. we make a trip from penang to Sungai Petani n come back to penang go to Feringgi and at the end we sent Hanafi at DUP cuz he had a latihan drama JEPUN.

until now, actually i have some feeling. i dont know this feel is good for me or not. but, what can i say i will miss all of things in USM. this semester is my final semester in USM. so, i try to involve whatever things before i left from USM. next year, i will start my semester also can say my practical or latihan mengajar in Sungai Petani. so close with my hometown. i hope when i left from USM, i can feeling a satisfaction when i grow up together with USM.

and next week, study week is start!!! and at normally, i am not make any preparation for final xzam a.k.a the last my xzam in USM. maybe i just waiting some power like moon power (mcm citer Sailormoon plak) to raise my spirit n spank me to study for final in November. huhuh.... this ok. be a normal now... ehem... i stop now before i melalut ntah pape lgik...

c uols soon... daaa....

Sabtu, 17 Oktober 2009

merindukan - MU


Saat aku tertawa diatas semua
Saat aku menangisi kesedihanku

Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan ku kan slalu memujamu
Meski ku tak tahu lagi engkau ada dimana
Dengarkanlah aku ku merindukanmu

Saat aku mencoba merubah segalanya
Saat aku meratapi kekalahanku

Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Sabtu, 10 Oktober 2009

rayuan - rindu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pembuka Bicara…

Sudah lama aku tak mencoret apa-apa di dalam blog ak nie… terakhir pon, rasa hati sebelum raya dan yang terbaru lagu I don’t wanna miss a thing. Sebenarnya, dalam hati terpendam niat untuk menulis semula penulisan dan blog seperti pada awal-awal kemunculan blog aku ini. Namun, dek kerana kesibukan melayani karenah dunia dan hati yang petah ragamnya, tak ketersampaian aku nak melakar apa-apa di dalam blog ini… kali ini, aku bersyukur terlebih dahulu kepada Tuhan kerana di beri kesempatan kepada aku untuk mencoret selayang tinta dalam melabuhkan sedikit runtunan idea dan rasa dalam pemikiran yang kerdil ini….

Pertama sekali, ucapan kepada YANG TERSAYANG dengan lafaz Selamat Memasuki Fasa Baru dalam Kehidupan bermula minggu hadapan ini. Aku berdoa agar dia tabah menempuh cabaran yang mendatang dan sentiasa happy selalu… aku sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan dia… jangan lupa daku di sini… hope u enjoy with ur new life… jaga diri dan jaga kesihatan… moga hari-harimu penuh dengan keceriaan dan kegembiraan… amen…..

Yang ke-dua ialah mengenai stadi aku. Bulan 11 nie dah final xzam untuk sem1 sidang 2009/2010. Pejam celik pejam celik, aku dan berada dalam semester 7 dalam stadi aku di USM nie… semester 2nd last ak… dan semester hadapan, ak akan menjalani praktikal dan keputusan awal penempatan praktikal (Latihan Mengajar) pon dah keluar.. aku dapat LM di SMK Bandar Sg. Petani… ramai kawan-kawan yang dapat LM di SP… hope we r enjoy praktikal di SP awal tahun hadapan nnt…

Ak nak hold dahulu pasal cerita LM, sebab hati aku sekarang dalam keadaan yang hiba kerana semester ini merupakan kehidupan ak yang terakhir di USM… teringat aku ketika baru memasuki USM pada tahun 2006. Hampir 4 tahun ak di sini. Pelbagai cerita dan cereka. Ada yang suka dan ada yang duka. Banyak ak belajar di USM sehingga ak jd ak skrg….

Yang ke-3 ialah isu-isu semasa yang sentiasa mengamit perhatian aku. Dari isu local sehingga ke isu global. Isu politik, ekonomi, social, pendidikan, alam sekitar, dll. Mcm2 ragam dan rencam ak perhati. Ak cuba cerap setiap isu dan aku cerna dengan idea ak sendiri. Berfikir di luar Kotak!!!! Yah… itu yang aku cuba lakukan… baru kita dapat melihat dunia yang sebenar…

Dan yang terkini, isu yang paling dekat dengan aku dan isu yang sangat mengerikan ramai pihak ialah isu PENEMPATAN GURU pada tahun hadapan. Tahun ak lah tuh….. semua gara-gara paparan dan cetusan yang digarapkan di nak tahu dengan lebih lanjut, klik kat link tuh dan cari isu penempatan guru….

Sebenarnya, macam-macam dalam kepala otak aku…. Tapi kerana kesuntukan masa dan kesengsaraan jiwa yang diterkam rasa rindu dan sedih yang bergelora (Hanya Kau Yang Tahu), aku berhenti di sini dahulu… aku harap aku lebih tabah dan bersemangat pada masa hadapan.. doakan aku….

Wassalam….

Rabu, 30 September 2009

I - Don't - Wanna - Miss - A - Thing


I could stay awake just to hear you breathing,
Watch you smile while you are sleeping,
While you're far away and dreaming,
I could spend my life in this sweet surrender,
I could stay lost in this moment forever,
When every moment spent with you is a moment I treasure,

I don't wanna close my eyes,
I don't wanna fall asleep,
Cause I'd miss you babe,
And I don't wanna miss a thing,
Cause even when I dream of you,
The sweetest dream would never do,
I'd still miss you babe,
And I don't wanna miss a thing.

Lying close to you,
feeling your heart beating,
And I'm wondering what you're dreaming,
Wondering if it's me you're seeing,
And then I kiss your eyes,
And thank God we're together,
I just wanna stay with you in this moment forever,
Forever and ever.

And I don't wanna miss one smile,
I don't wanna miss one kiss,
I just wanna be with you,
Right here with you, just like this,
Well I just wanna hold you close,
And feel your heart so close to mine,
And just stay here in this moment,
For all the rest of time

Don't wanna close my eyes
Don't wanna fall asleep, yeah
I don't wanna miss a thing

Khamis, 17 September 2009

Salam - Lebaran - Aidilfitri


Di hari lebaran hari yang mulia ini,

aku memohon ampun dan maaf kepada semua ummat islam
terutama kepada ayah dan ibu aku,
kepada kakak-kakak dan adik aku,
kepada seluruh famili,
sanak saudara,
kepada yang tersayang,
kepada guru-guru aku,
kepada pensyarah-pensyarah aku,
kepada sahabat handai
dan seluruh kaum muslimin muslimat, mukminin dan mukminat....

moga Aidilfitri kali ini memberi nikmat dan hikmat dalam hidup kita.... bergembiralah selalu dan berhati-hati di mana jua anda berada.....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN....

-ikhlas daripada www.fbisp.blogspot.com-

Sabtu, 12 September 2009

KenApA??

Assalamualaikum, pembuka bicara buat tatapan semua yang sudi meluangkan masa bersama coretan yang serba tidak kena.....

Lebih kurang seminggu lagi, umat islam di seluruh dunia akan menyambut perayaan Aidilfitri... dan dalam jangka masa ini, semua golongan bertungkus lumus membuat persiapan raya yang akan mendatang... ada yang bersiap serba lengkap, ada yang hanya bersederhana, dan tidak kurang juga yang hanya me'nganga'.....

Namun, syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Ilahi Rabbul Jalil ditadahi tangan semua umat islam yang berpuasa sebelumnya kerana diberikan kemenangan yang mutlak kepada kita semua...

--::_________________________________________________::--

Namun, bagi diri ini, aku tidak mengerti kenapa Ramadhan kali ini seperti tidak menjadi... takkala memujuk hati nan sepi ini dek mungkin dugaan dari Ilahi, diri ku seolah meronta-ronta ingin keluar dari perangkap entah siapa yang memasangnya...

Aku masih mencari jawapan di setiap persoalan, aku masih mencari jalan di setiap persimpangan, namun aku buntu... buntu... dan terus buntu... entah aku tidak tahu mengapa perlu diri aku yang begitu...

Aku sedar siapa diri aku... aku sedar di mana berpijaknya kaki ku... namun, semakin aku sedar, semakin itulah diri aku terasa begitu lemah dan hina... siapa yang tidak terasa kiranya diri diperkotak katikkan, disepak terajangkan, di baling humbanan ke belukar kesengsaraan... siapa yang sudi??? siapa??? takkala semua menanti tibanya Aidilfitri, namun diri ini terasa semuanya mati.... kenapa?? kenapa???

Disebalik celahan rimbun kelukaan ini, aku mencari sinar kekuatan, aku mencari nur pengharapan... tapi, entahlah... semakin aku mengembara mencari sinaran, semakin kuat badai tersebut melanda... semakin aku mengemudi bahtera menuju cahaya, semakin goncanga lautan bergelora....

Di akhir kata ini, dengan penuh jiwa pengharapan, semuanya berakhir di sebuah pengkalan sinar kedamaian.... aku sangat memerlukannya... aku sangat mendambakannya... tolonglah....

coretan hamba yang hina...
Wassalam.

Ahad, 23 Ogos 2009

Salam - Ramadhan - Untuk - Semua

Saya tujukan ucapan ini kepada

Ibu Bapa dan keluarga yang tercinta....
Yang tersayang....
Guru-guru, pensyarah-pensyarah,
Rakan-rakan, sahabat handai,
adik-adik, abg-abg, kakak-kakak,
pakcik-pakcik, makcik-makcik,
datok2, datin2, tan sri, puan sri,
tun teja, hang tuah, hang jebat,
dan seluruh muslimin muslimat,
mukminin mukminat yang berpuasa untuk Ramadhan kali ini...

Semoga ALLAH SWT memberkati dan merahmati kita semua... Amen...

ikhlas daripada fbisp.....

Isnin, 10 Ogos 2009

Eksklusif : Nur - Qasiff - 'Aisyaa

Nie la anak buah aku yang baru..... he3....




Comey macam pakcik dia tak...???? ahks!!!!

Jumaat, 7 Ogos 2009

dihari - persandinganmu

Salam.... tetiba aku rasa nak post lirik lagu di bawah ini dalam blog aku.... memang menyanyat hati bait lirik dan lagu ini.... walaupon lagu ini di nyanyikan oleh artis veteren, tapi cukup mencengkam kalbu aku pabila menghayatinya...... lagu ini aku dapat daripada seorang rakan.... terimalah....


Di Hari Persandingan Mu
Yunizar Hussein

Dalam sepi ku terbayang
Wajahmu bermain di mataku
Lantas bercucuran airmata
Berlinangan dipipiku

Mengenangkan peristiwa
Di suatu masa kita berdua
Bermesra dan saling menyinta
Namun perpisahan akhirnya

Betapa sedih betapa pilu
Melihat kau berdua di situ
Bersama duduk di atas takhta
Di hari persandinganmu

Burung-burung pun turut berkicau
Menyanyikan lagu indah
Sanak saudara sekelian yang ada
Semua turut gembira

Selamat ku ucapkan padamu
Semoga kau bahagia dengan pilihanmu
Selamat ku pinta izin pergi dahulu
Membawa diriku ke alam baru

Selamat wahai pengantin baru
Semoga bahagia ke anak cucu
Selamat tinggal oh! sayangku
Semoga gembira selalu

klik pada link nie http://www.youtube.com/watch?v=RcNvMAk0joc untuk melihat video lagu tersebut.....

wassalam.....

Khamis, 6 Ogos 2009

minggu - dugaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

untuk post kali ini aku nak stori sket, minggu lepas merupakan minggu yang sangat menduga aku. takkala keluarga aku menyambut ahli keluarga baru (anak ke-2 kakak aku), tiba-tiba aku dikejutkan dengan kemasukan ayah aku ke hospital akibat di serang strok!!! namun Alhamdulillah, hanya satu malam dimasukkan ke hospital, ayah aku pulih seperti sedia kala. kata kakak aku, darah tinggi ayah sangat tinggi. jadi mulai sekarang, family akan buat apa sahaja demi menjaga kesihatan ayah.

Dan nak dijadikan cerita, aku balik rumah pada hari Selasa (28hb Julai 2009) untuk menjenguk ayah aku dan baby kakak aku. dan bermula hari itulah sehingga sekarang aku diserang demam yang belom kebah lagi. sekarang nie panas badan dah turun tap selesema, batok dan pening kepala belom hilang. Risau takut dijangkiti wabak yang menyerang dunia sekarang, dua kali aku ke klinik tapi Alhamdulillah, dr. kata nie demam panas biasa. cuma dia bagi kata dua gak la kat aku. ahks!!

sebab itulah, minggu lepas (kecuali hari isnin) aku tak g kelas. huk3.... berkampung di rumah sendiri. Apa2 pon, aku nak nasihatkan kepada semua orang agar menghadkan diri kita dalam berada kelompok orang ramai. pesanan daripada penaja.

Wallahu'alam.

Khamis, 23 Julai 2009

gud - luck


Ditujukan kepada team debate USM yang nak ke Pertandingan Debat Alam Sekitar pada hujung minggu ni di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak.
Semoga Berjaya!!!!!

Selasa, 21 Julai 2009

Kaki - Wayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam (20hb Julai 2009), aku pi tengok wayang dengan sorang kawan kat queensbay, penang. Aku pi tengok dua filem iaitu filem Skrip 7707 (4.10pm-5.30pm) dan filem Drag Me To Hell (5.50pm-7.45pm). aku malas nak bagi ulasan yang panjang lebar mengenai filem2 ini. Bukan sebab tak best tapi malas nak menaip. ahks.

Mengenai Skrip 7707 filem ini bagi aku, produksi cuba berusaha untuk keluar daripada unsur steriotaip, namun agak kurang berjaya sebab penonton seperti sudah menjangka apa yang akan berlaku selepas itu. Dan dilihat filem ini semacam kurang kekuatan dari segi jalan penceritaan seramnya dan juga realistiknya.

Filem terbitan Primeworks Studios Sdn. Bhd. ini menggunakan barisan pelakon yang cukup ramai dan 9 buah cerita seram disatukan di dalam filem ini bagi aku agak menjadi kelam kabut sebab sesuatu cerita yang dikisahkan seakan hanya seperti melampiaskan batuk ditepi tangga. Bagi aku yang mengharapkan cerita yang total seakan tidak puas kerana tiadanya kekuatan penceritaan yang baik dan mantap.

Mengenai Skrip 7707 ini, filem ini sebenarnya telah tamat pengambarannya sejak 3 tahun yang lalu. sebab itu, penonton boleh melihat pasangan kontroversi iaitu Abby Abadi dengan Norman Hakim masih boleh berlakon bersama-sama serta pelakon veteren iaitu M.Rajoli sebelum beliau sakit. aku bagi 3 daripada 5 bintang untuk filem Skrip 7707.

Kalau korang nak baca sinopsis filem ini, boleh type URL ini http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Skrip_7707_583

Seterusnya, selepas kelam kabut aku keluar daripada panggung, aku ajak kawan aku g makan dulu sebab aku kata filem seterusnya lambat lagi nak start (sebab beli tiket filem ke-2 sama-sama dengan tiket filem pertama). Filem pertama (skrip 7707) habis dalam kol 5.30pm. dan aku ingat filem ke dua (drag me to hell) start pukul 6.50pm. jadi ada masa lagi la nak pi makan. rupa2nya, perhitungan aku silap, kawan aku cakap filem ke-2 start pukul 5.50pm, bukan 6.50pm. wah...... 'berlari' la aku..... tak sempat nak memanaskan badan (sebab dah sejuk tengok filem pertama), sambung pulak menyejukkan badan untuk filem ke-2... ahks!!!!Jadik, aku cakap kat kawan aku harap2 filem Drag Me To Hell ini ini best dan tak akan menyebabkan aku terboring dalam panggung (sebab filem pertama mcam sket boring la....)...

Al-kisah mengenai filem Drag Me To Hell, seperti yang dipercayai filem terbitan Universal Pictures dari USA ini berjaya membuatkan aku tersumpah dengan jalan penceritaan yang sangat menarik.

Dengan hanya menggunakan elemen binatang iaitu lalat sebagai alat sumpahan dan syaitan yang membuat kacau, telah menyebabkan ada penoton yang menjerit di dalam panggung. dan aku ucapkan syabas kepada pihak produksi kerana keluar dari steriotaip cerita kerana agak jarang melihat filem yang sad ending. mungkin bagi aku, produksi mahu menunjukkan relevennya tajuk filem ini, maka dipertontonkan scene 'Drag Me To Hell'.

Tiada apa yang perlu komen bagi aku sebab teknologi dan kreativiti pihak poduksi barat dalam menghasilkan sesuatu filem memang sentiasa memberi kepuasan kepada para penontonnya. kalau nak tahu maklumat filem ini, boleh tekan URL ini http://www.dragmetohell.net/
4 daripada 5 bintang aku bagi untuk filem Drag Me To Hell.

Hujung minggu ini insyAllah, aku nak gi tengok crite Harry Potter and the half blood prince pulak iaitu filem yang sentiasa aku nanti-nantikan sequelnya......
Filem Transformers aku dah tengok minggu lepas. tapi aku tak mahu komen sebab memang SUPERB!!!!!! 5 Bintang aku bagi untuk Transformers!!!!

Sekian.

Ahad, 19 Julai 2009

kaulah - segalanya


Kau merubah segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinari
Mekar semula hatiku,

Kau lukis hidupku
Kau hias hatiku
Kau sambut cintaku
Tulus ikhlas suci hatimu kasih

Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai
Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu, ikhlas sejati

Hulur tanganmu kasih,
Sambut cintaku,
Jangan tinggalkan aku seorang diri
Tak sanggup lagi dilukai

Maafkan aku, jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu, betapa pahit mu,
Menerima sejarah hidupku

Kaulah segalanya,
Yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai
Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu, ikhlas sejati

Cintaku padamu, ikhlas sejati

Jumaat, 17 Julai 2009

USM - di cerca....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mungkin semua orang terkejut dengan aku punya tajuk post kali ini kan. hurm.... beginilah al-kisahnye....

Semalam bersamaan 16/7/2009 aku bersama seorang kawan dan dua orang pensyarah aku keluar makan tengahari same2. jadi, macam2 topik bualan kami bincangkan sambil makan tengahari yang dibelanja oleh salah seorang pensyarah. sampai la satu topik iaitu mengenai kesilapan teknikal USM sewaktu menyenaraikan calon yang berjaya masuk ke USM bagi sidang 2009/2010 nie....

Biasa la, sekarang nie semua warga USM agak boleh berbangga dengan pengiktirafan oleh kerajaan sebagai universiti APEX yang pertama di Malaysia.... mengalahkan 3 universiti yang di senarai pendekkan iaitu UM, UKM dan UPM. jadi, bila dah berlaku kesilapan sebegitu rupa, ramai la yang menunding jari ke arah USM yang dalam proses untuk memperkembangkan mercu APEX. ramai orang mempertikai, bagaimana universiti APEX boleh membuat kesilapan teknikal sebegini???

Dalam perbualan kitorang hari tu, semua mengakui, biasa la, bila dah diiktiraf, semua nak cari kesalahan. yang baiknyer datang la 10 kali pon, blom tentu orang nak layan. tapi, yang paling aku sentap sekali, bila kawan aku bagitau yang ada junior nya dapat masuk ke salah sebuah IPTA yang agak tersohor juga (bukan USM la...) sewaktu orientasi pelajar baru junior kawan aku tuh cakap, USM telah diperlekehkan, dicerca, di hina.... apa yang di hina tuh??? telah dikatakan bahawa ada la pegawai IPTA tuh menempelek USM bahawa IPTA nya tak jadi apa2 masalah teknikal pon berbanding USM yang telah diiktiraf sebagai APEX yang pertama di Malaysia.... jadi pegawai tu cakap, IPTA nya lebeh bagos la daripada USM sebab tadak masalah teknikal pengambilan pelajar baru!!!!!

wah.. memang menyakitkan hati... aku tak mau la bagitau IPTA mana yang buat macam tuh. nanti jadik isu plak. cuma aku pelik. manusia nie. kalau selagi dia busuk hati. tak puas hati. selagi tuh dia akan terus menyerang dan menghaburkan kata2 nista. hurm... kalau aku, boleh jer balas mcm nie, IPTA pegawai tuh tak perlu nak pilih2 mcm USM student nya sebab UPU dah buatkan untuknya. At least, USM mampu berdikari sebab mempunyai sistem pemilihan pelajarnya yang tersendiri..... kalau bab kesilapan, Havard Universiti pon pernak buat kesilapan. sebab aku percaya, mana ada benda yang perfect atas muka bumi nie.... tapi itu lah, manusia...... hurm....

sebenarnya, IPTA yang mencerca USM nie memang dah tak puas hati dari dulu lagi selepas USM di iktiraf sbg APEX. sebab aku pernah tengok satu program bual bicara yang menjemput 2 Naib Canselor IPTA (bukan NC USM dijemput) dan wakil dari KPT yang membincangkan mengenai APEX. memang nampak sangat apabila NC IPTA ini mempertikai kenapa IPTA nya tidak mendapat pengiktirafan APEX. tapi dengan penuh hemah (bagi aku la...) wakil KPT pon menjawab, "kalau tak, memang kita nak bagi semua IPT mendapat status APEX tapi disebabkan kos dan peruntukan, kita iktiraf satu IPTA dulu".....

Sampai mcm tuh skali..... ishk3..... tengok la selepas nie.... aku percaya, mata2 yang sedang memerhati USM smakin bertambah..... dan mata2 ini akan sentiasa mencari kesalahan USM untuk dijadikan isu.... tunggu dan lihat...... hurm... apap2 pun, aku nak ucapkan thanks a lot kepada lec aku yang belanja makan tengahari tersebut...

wassalam.

Khamis, 16 Julai 2009

Michael - Jackson - : - jangan - terlebey - suda - ....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? kali ini aku just nak kongsi pandangan buat kali pertama selepas berehat seketika dalam dunia penulisan blog ini. Masyarakat dunia sekarang semua bersedih dan meratapi permergian seorang yang cukup berbakat dan cukup hebat pada 25 Jun 2009 yang lalu. Siapa lagi kalau bukan Michale Jackson, Raja Pop Dunia. Cerita mengenai penyanyi ini kalau mengikut perkembangan seninya sejak kanak-kanak lagi. Pelbagai kisah, kontroversi, gosip dan sehingga cara kematiannya termasuk hak milik hartanya mendapat liputan media seantero dunia. Secara peribadi, saya juga terasa pemergian Raja Pop yang pernah popular dengan lagu Thriller ini kerana ketidaksampaian untuk melaksanakan konsert siri jelajahnya yang telah dirancang.

Saya rasa semua orang mengikuti perjalanan kisah selepas kematiannya. kenapa dia mati, bagaimana dia mati. dan pelbagai citarasa dan kehendak perbicara berbincang mengenai Michale Jackson.

Cuma terdetik di hati saya, ratapan masyarakat dunia terhadap Raja Pop yang sangat popular sehingga jualan album yang sangat meletup ini macam terlebey suda!! (kata Stacy..). apa yang terlebey? Iaitu cara masyarakat dunia terutama di Malaysia meratapi pemergian MJ. lagu2nya dimainkan sama ada melalui stesen radio, MP3, atau apa cara sekali pun sehingga ke hari ini. tiada masalah nak dengar lagu nya sebab lagu2 MJ memang best. saya pon dengar gak. tapi jangan la sampai mcm ke tahap yang mengagung-agungkan penyanyi MJ. macam tak berapa elok dengan norma ajaran Islam.

Lagi cerita perjalanan kematiannya. memang di seluruh dunia mempunyai peminatnya. saya pon peminat MJ. cuma yang saya rasa terlebey suda, kontroversi-kontroversi yang di buat oleh pihak media sudah semacam membuatkan permergian MJ menjadi tidak tenteram. bak orang cakap, apabila seseorang itu tidak kira baik atau buruknya meninggalkan dunia ini, biarlah dia pergi dengan tenteram dan aman. kita mendoakan kesejahteraannya. semua orang tahu, MJ tertekan dengan hidupnya. jadik, jangan menekan lagi kehidupan selepas kematiannya. tak gitu??

Saya tak tahu la apa pandangan orang lain terhadap hal ini. bagi saya setiap orang ada pandangan tersendiri. saya pon peminat MJ. tapi saya takut disebabkan peminat MJ yang over, akan menyebabkan orang menyampah dengan keadaan sebegini. yang penting kita rakyat Malaysia hormati dan jangan terlebey suda...

Wassalam...

*Teringin kalau orang alim ulamak atau golongan cerdik pandai yang meninggal dunia di havoq sebegini juga.

Selasa, 14 Julai 2009

come back!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Fuh... dah lame aku tak nulis dalam blog nieh.... bukan tanak tulis... tapi mengambil masa berbicara bersama diri sendiri yang lara.... bermuhasabah dan berfikir sejenak mengenai masa hadapan yang entah masih punyai ruang untuk aku trus berkelana di dalam dunia ini.....

fikiran aku sentiasa ligat berfikir, berfikir, dan terus berfikir mengenai cita-cita, impian, misi dan visi, masa depan, harapan dan macam-macam lagi.... entah mengapa aku terdiam seketika di dalam penulisan blog ini.... mungkin ingin memberi ruang dan peluang kepada kehidupan sendiri untuk menentukan apa yang perlu terjadi pada keesokannya....

sekarang semester baru sudah bermula.... aku dah masuk tahun yang ke-4... seperti biasa, aku meneruskan perjuangan dalam merangka kejayaan dan kegemilangan di bumi Minden ini demi masa hadapan..... pejam celik, pejam celik, rupa2nya aku dah tahun final... dah senior... teringat waktu kali pertama melangkah ke USM pada tahun 2006 dulu.... bila melihat budak2 1st year yg masuk sekarang, terimbau diri mengenang kembali pengalaman yang membawa seribu satu erti dalam kehidupan ini....

hurm.... juz nak ucappak selamat kembali kepada sume kawan2 dalam meneruskan cita-cita masing2 dan tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas... dan kepada kawan2 yang dah abes blajar, tunggu nak grad bulan 8 nieh, aku merindui korang sumer..... dan kenangan kita sumer sentiasa terpahat di dalam diari hidupku.....
wassalam....

Khamis, 9 April 2009

final - back - next - week

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.....


sekarang nie sedang berlangsungnya minggu belajar atau lebih dikenali sebagai minggu stadi week untuk budak2 USM sbb start 13hb April hingga 30hb April merupakan tarikh peperangan dan pergelutan antara bdk2 USM ngan paper2 final xzam.... hu3...... untuk tatapan anda semua, dengan penuh rasa bangganya aku persembahkan jadual pertarungan aku...!!!! waaaaa.................


tp aku...... maintain dok ngantuk lagi........ huarghhhh................. hurm.....

Khamis, 26 Mac 2009

kisah - minggu - ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Betapa berat diri ini untuk berkongsi bersama-sama ceritera hiba yang terjebak tanpa perancangan yang tersusun rapi. Minggu ini yang penuh ranjau berduri serta liku-liku yang perlu ditempuhi sementelah menyelusuri kehidupan yang penuh pancaroba..... Dengan kudrat yang tersedia, kekuatan yang dikurnia, kaki ini melangkah penuh longlai menghadapi segala macam dan rencam yang tidak terpernah diteroka oleh fikiran yang hilang kewarasan seketika.....

Minggu ini adalah minggu yang sukar bagi aku untuk berhadapan dengan tohmahan dan ujian yang berlaku.... Takkala kesibukan yang berlangsung di dalam hidup yang fana ini, satu demi satu getiran rintangan datang melanda tanpa belas kasihan.... menerkam dan terus menerjah ke dalam lubuk hidupku tanpa memberi salam yang suci.....

Kemelandaan keresahan mula melanda takkala Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan iaitu pusat pengajian aku tidak mengotakan janji-janji yang ditaburi oleh mereka.... takkala diri ini terasa tertipu dek kerana mereka yang berkuasa, ramai orang yang menjadi mangsa.... seiring dengan perhimpunan UMNO yang sedang berlangsung pada ketika ini, seiring dengan itulah mangsa-mangsa keadaan akan dilanda kecewa tanpa berbelah bahagi.... persoalannya, KENAPA HARUS MEREKA YANG MURNI PERLU DIHITUNG KEWAJARANNYA??? sedangkan yang bermaharajalela adalah mereka yang senantiasa menebarkan dogma dusta secara rakus....!!!! apakah ini dikatakan keadilan yang suci di atas muka bumi ini??????
.....hanya aku yang mampu mengerti kegetiran ini..... dan aku terima segala-galanya selaku hamba yang hina ini.... Aku hanya mampu berdoa kepada Ilahi mudahan mereka yang menzalimi agar diberi petunjuk yang sewajarnya.... kerana itulah doa orang yang teranianya akan dikabulkan oleh Yang Maha Esa......

Tidak terhenti likuan di situ, kerana di hadapan itu ada satu lagi likuan yang sangat menikam terus di kalbu ini.... kata orang, kita hidup mesti perlukan pengorbanan.... likuan di hadapan ini memang sangat mengajar aku erti pengorbanan yang sangat perit nilainya... menjangkau 22 tahun 6 bulan 8 hari iaitu kehidupan aku sebagai manusia di atas dunia ini, memang banyak perkara dan likuan yang mengajar aku dalam pelbagai perkara bagi mematangkan aku dalam membuat keputusan.... dan sememangnya bagi manusia adalah untuk mengelak kegagalan yang serupa berulang dalam kehidupan pada masa akan datang.... tapi bagi mereka yang bergelar manusia, sifat atau lumrah ketidaksempurnaan dan kelemahan itu adalah sangat sinonim dalam kehidupan manusia... tiada siapa yang mampu menghalangnya...

Wassalam.....

Ahad, 15 Mac 2009

AFUNDI - hafiz - ke - 32999

Salam....

Selepas melihat konsert pertama AF7 semalam yang padanya bagi aku satu tranformasi (trademark af7) ke arah yang lebey teruk penganjurannya, aku jadikan HAFIZ sebagai calon fav aku.... ahks!!!



Profil Penuh Hafiz

Agama
Islam
Bangsa
Melayu
Status
Bujang
Asal
Kuching, Sarawak
Tinggi
170cm
Berat
68kg
Hobi
Memancing
Pengalaman Bidang Hiburan
Menyertai pertandingan nyanyian di Kuching, Sarawak.
Penyanyi Idola
Faizal Tahir
Impian
Berjaya dalam pelbagai bidang satu hari kelak.
Adik-beradik
Sulung daripada tiga beradik
Deskripsi:
Anak muda dari Sarawak ini mula menyanyi sejak umur 10 tahun. Mendapat dan mengasah bakat melalui pelbagai pertandingan nyanyian di sekitar Kuching. Bukan sekadar menyanyi, dia juga mampu memasak dengan baik
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Semasa umur saya 10 tahun, itulah kali pertama saya menyanyi di kahlayak ramai ketika menyambut hari jadi nenek saya di majlis besar-besaran.
Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak pernah
Apakah bakat lain yang anda miliki?
Memasak di dapur.
Apakah matlamat hidup anda?
Berjaya dalam hidup
Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Kaer, Vince, Bob dan Aizat.
Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada
Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda?
Mendapat tawaran memasuki Akademi Fantasia
Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Tiada
Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Kenangan manis saya ialah ketika keinginan saya untuk mendapat lesen memandu tercapai oleh ayah saya.
Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008
Kenaikan harga minyak
Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50
Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.
Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7?
Menyambung pelajaran saya
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Saya ingin memberhentikan peperangan di dunia dan membawa keamanan.
Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Saya ingin meletakkan industri muzik Malaysia ke persada dunia.
Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama?(1 sahaja) kenapa?
Saya akan membawa bendera Malaysia dan ingin memasak masakan Malaysia di bulan.
Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya?
Saya ingin memelihara hamster dan di beri nama Coco. Ini kerana saya ingin melihat Hamster tersebut memahami kehendak tuannya seperti dalam filem Home Alone 3.
Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Helang, kerana helang mempunyai penglihatan yang tajam, mempu terbang dengan tinggi dan bebas dan kuat.
Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda?
Peramah
Suka mencuba sesuatu yang baru
Tidak mudah putus asa.
AFUNDI HAFIZ KE 32999

Rabu, 4 Mac 2009

Wali - Dik



Dedicate this song to mylife...
Dik
aku pinta
kau akan selalu setia
dik
aku mohon
kau selalu menemani
saat ku tengah terluka
kala ku tengah gundah
ku akan menjagamu
dibangun dan tidurmu
di semua mimpi dan nyatamu
ku akan menjagamu
untuk hidup dan matiku
tak ingin..tak ingin kau rapuh

dik
jangan engkau
pergi tinggalkan aku
ooo...
dik
ingin aku
cinta dan cinta selalu
saat kau tengah terluka
kala kau tengah gundah
ku akan menjagamu
dibangun dan tidurmu
di semua mimpi dan nyatamu
ku akan menjagamu
tuk hidup dan matiku
tak ingin..tak ingin kau rapuh

**kau akan menjagaku
dibangun dan tidurku
di semua mimpi dan nyataku
kau akan menjagaku
tuk hidup dan matiku tak ingin..tak ingin kau rapuh

Isnin, 2 Mac 2009

emel - FW - Fwd - Maksud - singkatan - " Akum"

Mesej ini adalah dipetik daripada emel aku iaitu abid_syeikh02@hotmail.com yang telah diforwardkan oleh sweetmikata@hotmail.com pada 19 Mac 2007, pukul 1.14PM...

Bacalah...


Hi Teman2,

Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Selasa, 17 Februari 2009

Student - yo - yo - ooo

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.....

Start bulan nie (Februari) hingga hujung bulan Mac, memang aku rasa sangat busy dengan kerja2, tugasan selaku pelajar di sebuah IPT tersohor di Malaysia (tetiba rasa bangga!!!) ahks!!!.... tapi aku rasa semester nie macam busynyer tak macam sem2 yang lepas.... aku pon taktau kenapa.... nak cakap sebab dah masuk 3rd year tapi aku bukan final year... herm.... apa2 pon aku memang dok pening kepala (rasa macam migrain nak datang balik) start selepas cuti raya cina hari tuh....

Report Kajian Lapangan (HGT218) aku dah siapkan last minit... biasalah... perangai aku yang suka buat keje last2 minit nieh... dari dulu lagi.... ahks!!!! macam separuh nak mati aku buat report yang bertajuk "Pembangunan Pelancongan Geologi di Langkawi" dan akhirnya, literature review aku tak buat!!!! kuang3...... papepun aku dah hantar report tuh pada due date yang dikehendaki.... cuma orang suruh hantar sebelum 12tengahari, aku hantar kol 7 malam.... kuang3.... nasib baik Dr. Wan terima lagi.... thanks ayahanda!!!! huhuuhu....

tugasan yang ke-2 ialah paper ASEAN and ASIA PASIFIC .... he3.... paper ni lagi cantek cara aku buat.... konsep last minit masih dipraktikkan.... aku buat mengenai negara PAPUA NEW GUINEA..... org suruh hantar hari jumaat (13hb Feb 2009) tapi aku hantar 15hb Feb 2009 (ahad) bersamaan pukul 11malam!!!! hu3.... tyme nieh aku nak ucapkan thanks kat fad sebab printkan aku punya asigmnt n bg pinjam moto..... hu3.....

sebelum nak ke tugasan ke-3, aku ada test Asean 16hb tuh.... seb bek soalan senang2 belaka... tapi maintai hentak kromo menjawab!!!! kuang3....

tugasan yang ke-3 ialah paper asia selatan.... paper dr.anbalakan... hu3.... asal2nyer due date 16hb feb 2009 (isnin) tapi atas jasa dan budi baik dr. Anbalakan, dia tunda ke tarikh 20hb februari 2009 bersamaan hari jumaat nieh.... hasilnya, aku blom buat lagi.... hu3... bukan malas tp dari segi rujukan, ada masalah sket la.... but dont worry, aku akan habiskan sblm hari jumaat... ahks!!!!

tugasan ke-4 ialah report kajian sungai.... wah.... paper nie yang paling aku ****.... nnt aku cerita sket pasai paper nieh... spesel post untuk paper HGF328 (hidrologi dan geomorfologi)...

tugasan ke-5 ialah paper history of modern europe..... huuhuhuh.... paper nie submit 27hb februari 2009 iaitu ujung bulan nie.... lama lagi kan??? ahks!!! aku memang tak buat apa2 lagi mengenai paper nie..... percaya tak???? tajuk agmnt dlm BI dan aku tak brapa faham kehendak tajuk asgmnt nie... yang aku tau, pasai Hitler ngan dasar2 luar yang dia buat tyme perang dunia ke-2..... huk3....

tugasan ke-6 ialah projek video teaching method geografi... ahks!!! ni lambat lagi nk submit... ujung bulan MAC.... tindakan???? blom lagi bincang apa2 dengan ahli kumpulan!!!! meletop tak??? ahks!!!!

huh!!! penat aku menulis.... ada lagi...

aku ada 2 presentation iaitu paper asia selatan ngan paper history of modern europe yang aku hitung akan dipersembahkan dalam tutorial dalam bulan MAC nieh..... any action??? hu3... macam biasa.... tadak apa2 lagi perbincangan dalam kumpulan dilakukan atas alasan nak siapkan asgmnt yg bulan 2 nie dulu.... kuang3.... teruk tak tindakan mcm tuh????

pastuh bulan april mcm biasa lah.... prepare nak final xzam... tyme tuh lah sibuk cari nota2 kuliah yang tertinggal sebab tak gi kelas.... ahks!!! pastuh tyme tuh gak jadik rajin ke kuliah sbb nak dapatkan tips xzam!!!! wakakakak..... dan selepas final xzam, ada plak Latihan Induksi Kendiri kat sekolah lama aku selama 5minggu...... wah........ penatnyer.....

hu3....itu bru cerita pasal tugasan akademik aku... mcm mana plak ngan aktiviti luar????? herm.... begitulah nasib seorang student yang yo yo oooo.... huauahuahuahua....

wassalam....

Ahad, 8 Februari 2009

Kebaikan - Coca - Cola - Coke


Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.

Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya".

Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

Wahh...mesti buat overhaul ni! Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.

Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll.

Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu.

Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu. Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot? Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak?