Isnin, 23 Januari 2012

Ya Allah...


YA ALLAH YA TUHAN KU...
ujian apakah yang Engkau berikan kepada hamba Mu ini...
sesungguhnya aku tak mampu menanggung derita ini lagi...
besarnya kekuasaan MU YA ALLAH...

Aku pohon kepada Mu...
Kurniakanlah kekuatan dan ketabahan...
kiranya aku tak mampu lagi menempuh dugaan ini...
Kau tunjukkanlah jalan kepada aku...
Sesungguhnya Kau Maha Penyanyang lagi Maha Pengasih...

Aku manusia yang lemah lagi hina Ya Allah...
Ampunkanlah segala kesilapan aku...
segala kedhaifan aku...
Hanya pada MU aku berserah...
dan kepada MU jua aku menyerah...
YA ALLAH....

amin ya rabbal alamin....
-abai.is-

Sabtu, 21 Januari 2012

Tahun Baru Cina 2012


Salam sejahtera semua....
Cuti sekolah sudah bermula sempena Tahun Baru Cina...
Sekolah aku cuti selama seminggu untuk TBC ini...
Aku tengok di FB ramai yang update status balik kampung...
Bestnyer mereka yang dapat balik kampung....
Sebelum aku berceloteh banyak lagi...
Aku nak kongsi sejarah tentang TBC ini...

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.


SELAMAT BERCUTI
dan
SELAMAT TAHUN BARU CINA

-abai.is-

Selasa, 17 Januari 2012

Al-Easid SyuAd

...khas untuk teman di FB nak nama dia termaktub dalam blog ini... terimalah~~



Al-Easid SyuAd

hehehhehe.... ini jer yang mampu.... 
harap suke yer... haks!! ;)

-abai is-

Isnin, 16 Januari 2012

2012 ...kembali~


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Dah lama aku tak update blog nie... sekian lama di tinggalkan... 
hari berganti hari... tahun berganti tahun...
sedar tak sedar dah setahun aku tak post apa2 pun... 
mungkin kekangan masa... atau kekangan jiwa...
sempena tahun baru 2012, aku cuba menggorak langkah semula... 
cuba mengubah identiti... maka....
FBISP bertukar kepada ABAI IS... :)
tema pun bertukar... daripada
ONE LIFE kepada SATU RASA JIWA....

selamat bertemu kembali di dunia blog!!!! 
-abai is-