Ahad, 29 Julai 2012

Hak - Etnik - Rohingya - Dinafikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
hari ini apabila abai melihat satu gambar masjid di Burma telah dibakar... 
hati abai meruntun hiba... mengenangkan nasib saudara seagama...
Etnik Rohingya yang hak mereka dinafikan di sana...


Sebelum ini abai ada melihat gambar-gambar lain...
tentang kezaliman, pembunuhan, penindasan...
yang berlaku terhadap etnik Rohingya...

Mayat etnik Rohingya yang dihumban di dalam longkang
hiba hati apabila terfikir...
wajarkan etnik yang beragama ISLAM ini dilayan...
seolah-lah mereka TIADA HAK UNTUK HIDUP DI ATAS MUKA BUMI ALLAH ini...

YA ALLAH...
siapa golongan yang berani membunuh...
melawan KUASA YANG MAHA ESA...
menentukan nasib umat ISLAM di sana...
hati ini terus hiba dengan persoalan itu...

setakat abai tahu tentang etnik ini...
baru-baru ini... konon PEJUANG DEMOKRASI MYANMAR
Aung San Suu Kyi juga MENOLAK etnik ini di Myanmar...
ALLAHUAKBAR... dugaan etnik ini cukup hebat...

Aung San Suu Kyi
pada permulaanya, SIAPAKAH ETNIK ROHINGYA ini???
abai mula google untuk mencari jawapannya...
dan akhirnya, melalui 
ada menceritakan tentang etnik ini...
abai ingin berkongsi dengan rakan semua...

Siapakah umat Islam Rohingya?

Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.


Apakah nasib mereka?


Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
Anak-anak Rohingya menagih simpati dunia antarabangsa.

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan.

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar.

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.


itu adalah serba sedikit tentang etnik Rohingya...
kalau rakan-rakan nak tahu lagi tentang etnik ini...
try google lagi...
banyak sangat maklumat yang akan dijumpai...
ALLAHUAKBAR...


Di Malaysia, rakyat baru tersedar...
setelah katanya selepas segelintir etnik ini yang bekerja di Malaysia...
membuat demontrasi untuk memohon bantuan...
apa-apa pun... marilah kita memohon dan menadah tangan...
berdoa kepada ALLAH YANG MAHA ESA...
untuk selamatkan saudara seagama kita di sana...

**YA ALLAH YA TUHANKU, di bulan yang mulia ini, KAU selamatkanlah saudara ku di sana... KAU berikanlah perlindungan kepada mereka... dan KAU berilah balasan yang setimpal kepada golongan yang menindas mereka... Sesungguhnya KAU jua YANG MAHA MENGETAHUI lagi MAHA BERKUASA... AMIN YA RABB~**

-WALLAHUALAM-
abai.is

Sabtu, 28 Julai 2012

My - Way - Movie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

...abai is baru sahaja habis tengok movie My Way...
sebuah movie Korea tentang peperangan...
sebenarnya sebelum ini ramai yang kata movie ini BEST!
so, abai beli DVD ORIGINAL cerita ini untuk layan...
dah lama dah beli, tapi baru sekarang sempat nak layan...

respon abai, MEMANG TERBAIK!!!!
berbaloi produksi melabur dan menjadi movie yang termahal...
katanya mahal lebih dari RM100 milion~~
memang puas hati la tengok...
durasi cerita ini lebih dr 2jam~
jalan cerita nya memang diatur dengan baik dan teliti...
suasana perang dan zaman kolonial dulu diwajahkan seperti real~
penghayatan watak yang sangat baik~
walaupun kadang2 nampak juga efek CGI tapi tetap terbaik!!!
antara movie perang yang abai suka... sbb abai memang suka layan movie perang... :)

sinopsis MY WAY seperti berikut :-


Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik.
Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.
Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.
Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, France. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon.
Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.

Tarikh Tayangan : 19 April 2012
Pengarah : Kang Je-Kyu
Pelakon : Jang Dong-Gun, Odagiri Joe, Fan Bingbing, Kim In Kwon, Han Seung
Hyun , Do Ji Han & Lee Yeon Hee
Genre : Aksi / Perang
Bahasa : Korea / Jepun / China / Rusia / Jerman
Terbitan : Directors Production
Fan page : www.facebook.com/FilemMyWay


trailer MY WAY

sesiapa yang suka movie perang dan belum saksikan movie ini...
abai sangat rekemen tengok cerita ini...
rate abai untuk cerita ini 4/5

WASSALAM

kesalahan - fakta - BRYAN NICKSON LOMAS - Official - Website - LONDON 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

abai is sangat teruja menanti pembukaan Olimpik London 2012 pagi tadi...
dengan penuh gah dan plan yang sangat menarik pembukaan London 2012...
syabas diucapkan kepada team Open Ceremony London 2012...
SANGAT MENARIK bagi abai is...

NAMUN!
tadi abai is buka laman web rasmi London 2012...
sengaja nak tengok foto-foto yang ada di dalam laman tersebut...
agak bangga juga sebab gambar atlet2 Malaysia pun...
 di pilih untuk diletakkan di dalam laman tersebut....

TIBA-TIBA
abai is terkejut bila tengok satu pic ni...
keterangan pic mengatakan itu penerjun negara kita BRYAN NICKSON LOMAS...
namun malangnya dikatakan Bryan dari negara MALDIVES!!!

ENTAH
siapa yang salah, siapa yang silap...
sebab pic itu tak berapa jelas siapa...
namun, sebagai laman web rasmi, penganjur mestilah sedar...
kalau nama BRYAN NICKSON LOMAS mesti dari MALAYSIA...
tak tahu lah kalau ada dua orang nama yang sama...
negara berbeza-beza...

SEBAGAI
warganegara MALAYSIA yang sentiasa mendukung daulatnya...
agak terkilan lah di atas kesilapan ini...
diharap agar pengajur lebih peka di atas info yang diberikan...
SUKAN OLIMPIK disaksikan oleh penduduk seluruh dunia...
satu kesilapan bermakna seluruh penduduk dunia akan tertipu...

di bawah ini bukti gambar yang diperkatakan~

ini pic keseluruhan...

 pic di crop untuk dijelaskan lagi tentang maklumat yang salah...

ini lah dia BRYAN NICKSON LOMAS...
from MALAYSIA... :)

harap2 diperbetulkan...
-WASSALAM-

Jumaat, 27 Julai 2012

TRIP - to - SABAH - (Kundasang-KK) - 2012 - last day~


HARI KEEMPAT (TERAKHIR)
(29hb MEI 2012)

dan tibalah masa hari terakhir di Sabah...
atcually kitorg ada plan nak ke pulau2 yang menarik di KK...
tapi sebab faktor masa dan kesihatan... akhirnya kami cancel...
yer lah... abai is baru sahaja baik dari demam selama 2 minggu...
teman pulak duk demam time tuh...

anyway, moment di Sabah kali ni tak akan abai is lupakan...
walau hadapi pelbagai masalah, itu semua akan jadi kenangan...
next time ada rezeki kita jumpa lagi SABAH~~

flight bertolak balik dr KK ke KL pukul 1055 pagi~
pesawat pilihan kali ini ialah AirAsia...
sampai di KL pukul 1330 lebih kurang...
then pergi ambil kereta teman di Bangi, dan kami terus balik ke Kedah sama2...
abai is time tu cuti sekolah...
maka itu sahaja trip ke SABAH untuk kali ini....
thnks so much kepada semua yang sudi membacanya....
ini semua kenangan abai is yang pasti tidak akan dilupakan...

BYE2 KK.... WASSALAM~~

**sory takde pic untuk kali terakhir... lupa nak ambil... maybe sedih sangat kot.... huks! XD

TRIP - to - SABAH - (Kundasang-KK) - 2012 - 3rd day

HARI KETIGA
(28hb MEI 2012)

...bangun pagi badan penat... tp mood trip belum hilang!!!
pagi2 lagi bersiap, untuk apa?
pergi cari kedai laundry... nak basuh baju~~ hahahahha....

GOOD MORNING KK!!!!

selepas hantar baju ke laundry yang berdekatan...
kami cari kedai2 makan yang terdekat dan nampak best (wajib best) untuk sarapan...
pic kedai makan tu lupa pulak nak ambil... huks!

asyik kami duk sarapan, datang la budak2 yang ntah dari mana pagi2 datang minta sedekah...
aduh~~ ini sudah memburukkan suasana KK sebagai tempat pelancongan...
ntahlah budak2 ini sindiket ke atau betul2...

 makcik yang duk duduk tuh korang ignore jer yer... huks!
tuh... fokus kat 4-5 orang budak duk main... 
tu la budak yang datang minta sedekah kat kami time sarapan tuh...

habis sarapan, kami terus menuju ke destinasi utama...
iaitu PASAR BASAH dan PASAR FILIPINA...

 posing tetap perkara wajib yer... haks!
ni kat Pasar Filipina...

 ini dalam pasar filipina... ramai peniaga baru nak buka kedai...
awal sangat ka kami datang terjah?? huks!

 nahhhhhh~~ kat kedai kakak ini la kami borong habis2an....
memang rezeki kakak ni la pagi2 dia buka kedai...
semua barang kami beli kat dia dengan harga yang sangat berpatutan... heheh~~

selepas penat berborong, kami balik sekejap ke hotel...
then, turun semula cari teksi untuk ke destinasi yang seterusnya.... SURIA SABAH~

 ini kat depan Suria Sabah... posing tetapppppp!!
di sini, tak ada apa yang sangat menarik pun...
biasalah, konsep shoping complex~ semuanya sama...

 ini dekat ruang medan selera dia... ada ruang open air~
sebelah petangnya, kami lepak kat sini sambil menikmati pemandangan yang indah ini... :)

 ini menu lunch abai is... 
NASI LEMAK ANTARABANGSA...
melantak jer apa yang ada... hahah~~

 ini goreng pisang dekat restoren nasi lemak antarabangsa tuh...

 ini suasana dalam restoren tersebut... ada kat dalam Suria Sabah...

 ini menu teman... nasi goreng apa tah... lupa... huks!

selepas lepak2 dekat Suria Sabah~ balik semula ke hotel untuk mandi...
untuk Diner, kami sekali lagi melantak dekat pasar malam seperti hari kedua...
mentain melantak seafood... yer lah~ bukan senang nak datang lagi kan....

so aktiviti malam tak ada apa sangat... selepas diner, kami balik ke hotel...
rest dan rest... esok dah nak balik~~~ huhuuh....

ini pic senja di KK~~~ hari terakhir sebelum berangkat pulang keesokannya....
miss dis moment...
to be CONTINUE next post~~~

TRIP - to - SABAH - (Kundasang-KK) - 2012 - 2nd day

 HARI KEDUA
(27hb MEI 2012)

...bangun pagi abai is dikejutkan oleh teman sebilik yang tak sihat tuh...
WEIIII!!! CUBA TENGOK KAT LUAR NI!!!!
katanya....

sekali keluar.... SUBHANALLAH!!!!!
 kan abai is dah kata... bilik kami menghadap Gunung Kinabalu...
tengok pic kat atas, sempat posing lagi!!! dengan muka yang tah pape... hahahah~~
bukannya apa, semalam sampai resort, Gunung Kinabalu tak kelihatan...
sebab diliputi awan yang tebal...
nak tau tak, pic di atas di ambil seawal jam pukul 6.30 pagi!!!

ini antara room yang ada di Kundasang Pine Resort~

selepas bersiap chekout dr resort...
sebelum balik ke KK, kami plan nak ke Ranau dulu...
nak g snap2 pic kat Poring Kolam Air Panas~

dan ini pic abai is yang comel di sign bord Poring... hahah~~
nak masuk sini pun kena RM3...

 antara suasana di Poring... ramai sangat orang time tuh...
mungkin sebab cuti sekolah kot...

 Bilik mandi tertutup pun ada... 
siapa yang malu nak mandi dekat luar, boleh lah mandi kat dalam ini... XD
tapi katanya, bilik ini kena datang awal2... takut penuh kalau lewat datang~

 di Poring, bukan sahaja kolam air panas sahaja yang ada...
lain-lain pun ada... :)

selepas menghabiskan masa di Poring...
kami sambung semula perjalanan balik ke KK...
TAPI sebelum itu, kami kembali di pasar Kundasang...
untuk masuk lawat ke KUNDASANG WAR MEMORIAL... :)

 Ini pintu gerbang masuk ke memorial tersebut...
sekali masuk RM1 dikenakan...

 ini antara bahan2 sejarah dan maklumat untuk pengunjung...

 chewahhh~~ berlakon membaca... hahahah~~

 ada gaya model bunga tak? hahahah~~ :P

 di sini diabadikan semua nama askar dan perajurit yang terbunuh dan perang tersebut...
banyak sangat nama tu~~ 

 posing lagi! ini pic pandangan ke luar dr memorial tersebut... 
cantik kan! XD

 posing jangan tak posing! :P

sesudah penat posing di memorial, kami menyambung perjalanan balik...
serius! jalan KUNDASANG - KK memang sangat menakutkan!
yer lah... mendaki dan menuruni gaung2 gunung...
sekali tuh kabus tebal! hujan lebat!
serius abai is nasihatkan hati2 lah ketika memandu...
nasib baik teman yang duk demam tuh mampu memandu dengan baik...
TERIMA KASIH... XD

sampai sahaja di KK, kami cari hotel yang ditempah untuk penginapan di KK...
nama hotel lupa... tapi hotel murah jer ni... dekat area Kampung Air...
disebabkan kereta sewa itu hanya ambil satu hari sahaja...
maka kami menggunakan perkhidmatan teksi untuk bergerak di KK...

atcually tak guna sangat Teksi sbb hotel kami memang di dalam bandar...
so berjalan jer lah sambil membakar lemar...
dan feeling2 macam pelancong luar... hahahah~~ XD

 selepas chekin di KK, kami decide nak ke 1Borneo pada petang tuh...
then pergi 1Borneo jalan2 mcm biasa...
tak ada apa2 sangat pun di sana...

selepas jalan2 di 1Borneo, kami ke pasar malam yang di tepi Pasar Filipina tuh...
PERGHHHHHHHH.....
makanan seafood dia mcm2... EXCITED kawan bila tengok.... heheh~~
abai is mcm biasa jer tengok sbb sebelum ini dah pernah sampai di sini...

 ini antara seafood yang dijual di sana...

ini seafood yang kami makan...
err... chicken wings tu bukan seafood yer... hahahah~~ XD

then lepas melantak tak ingat dunia...
kenyang memang tak terkata... balik hotel terus tak ingat dunia...
hahahah~~ ok, kita sambung hari seterusnya!!!
WASSALAM

TRIP - to - SABAH - (Kundasang-KK) - 2012 - 1st day

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

kali ini, abai.is nak berkongsi dengan teman semua...
ceritera TRIP ke SABAH yang abai.is plan pada bulan MEI 2012 yang lepas...
Alhamdulillah, plan ini sebenarnya dirancang sejak tahun 2011 lagi dengan teman abai.is...
dan akhirnya menjadi jugak trip ini... syukur~~
Trip ini abai.is plan sewaktu cuti sekolah bulan MEI yang lepas
selama 4 hari 3 malam dari 26hb - 29hb MEI 2012...
untuk catatan hari PERTAMA adalah seperti di bawah~

HARI PERTAMA
(26hb Mei 2012)

flight abai.is dengan teman tepat pukul 9.10 pagi
 berlepas dari BINTULU ke KOTA KINABALU...
pesawat pilihan kali ini ialah MASWINGS...
Sambai sahaja di airport, abai.is dan teman terus cari kereta sewa untuk kegunaan percutian kali ini...

 ini pic di airport KK sewaktu tiba di sana...

 lepas deal ngan kereta sewa, akhirnya kami dapat SAGA BLM AUTO... 
sehari RM100++ (lupa harga sebenar) huks!

So bermulalah perjalanan kami menggunakan GPS yang tah pape... SAMPAI SESAT OK!!!!
kami plan nak ke kundasang dulu untuk hari pertama...
sedar tak sedar, sesat hingga ke mana tah...
dan ALHAMDULILLAH akhirnya bertemu semula di jalan yang benar... huhuuh~~

 dalam perjalanan, kami singgah sebentar ke KINABALU PARK (pic di atas)
rasa dingin jer di sana... singgah kejap dengan harga tiket RM3~

 sempat lagi posing di depan KINABALU PARK dengan jam tangan hadiah... hiks! XD

 ini dia pic dari jauh KINABALU PARK...

selepas lepak sekejap, kami teruskan perjalanan mencari tempat penginapan yang ditempah sudah...
dan akhirnya kami sampai di KUNDASANG PINE RESORT... 
serius BEST resort ini!!!
abai is tempah bilik yang berhadapan dengan Gunung Kinabalu...
sejuk dan dingin resort ini sampai dalam bilik, TAK ADA AIRCOND!!! 
sbb guna real aircond dari luar.... fuhhhhhhhhhh~~~

 ini pemandangan dari bilik kat resort~

 cantik tak pic ni? ini pic dari depan bilik resort yer... XD

sampai sahaja di bilik, kami berdua rest... namun, kesian kat teman... dia tak sihat~~ Y.Y
petangnya kami plan nak cari klinik untuk teman ambil ubat...
maka kami pergi ke pekan Kundasang... namun malangnya, klinik dah tutup...
oleh itu kami buat keputusan, jalan2 sebentar di area pasar tepi jalan dekat pekan Kundasang itu...

 sayur2 semuanya segar!!!!!!!!! rasa macam nak beli bawa balik~~~ huks!

ini pasar sepanjang jalan di pekan Kundasang...

aktiviti malam lebih kepada rest di resort sambil menikmati udara yang dingin...
sampailah tertidur~~~~ hehhe..
kita sambung cerita di catatan yang kedua....
WASSALAM

Hadiah - Birthday - 25th


Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
JENG...JENG...JENG...
kalau baca tajuk post pun semua dah tahu...
tgk pic di atas pun semua dah agak...

Alhamdulillah dan syukur...
dalam meniti umur yang semakin meningkat...
masih ada insan yang sudi memberi hadiah mybesday!...
walaupun dah lewat~~ huhuhuh...
atcually ini hadiah besday untuk tahun lepas...
diberikan oleh seorang teman yang sentiasa ikhlas dan tak jemu2 melayan karenah abai.is...
terharu bila dapat hadiah ini pada penghujung bulan Mei yang lepas...
walaupun lewat bagi... walaupun tema hadiah sama dengan dua tahun yang lepas...
abai.is tetap nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada dia yang menghadiahkannya...

atcually abai.is ngidam jam G.SHOCK ni dah lama dah...
tak sangka rezeki menunggu nak dapatkan jam ini akhirnya...
ALLAH berikan rezeki macam ni...
ALHAMDULILLAH....

kepada teman yang ikhlas memberinya...
THANKS FOR EVERTHING n memahami hati ini yang duk ngidam jam ni sejak dulu kala lagi...
huhuhuh~~~

untuk tahun ini, sebulan lebih lagi umur abai.is akan meningkat lagi...
what? azam? sedih? harapan?
no....no...no...
just myhope! ALLAH SENTIASA MEMBERKATI HIDUP abai.is....
amin~
-Jazakallahukhairankasiran-
WASSALAM

Keputusan - INDUKSI - KISSM - 2012 - KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera~

Alhamdulillah...
Setelah sekian lama menunggu dari bulan Jun hinggalah penghujung Julai ini...
Akhirnya keputusan Induksi Abai.is dah keluar...
Dan Alhamdulillah keputusannya LULUS semua....
Syukur ke hadrat ILAHI kerana di atas keizinan-NYA....

Cuma di sini abai.is nak beritahu pasal keputusan ini...
gigih abai.is menunggu dan chek keputusan dekat...

rupa-rupanya KISSM ini ada link baru untuk semak keputusan...
patut la abai.is duk chek kat link atas tak keluar pun keputusan...
link yang lain untuk KISSM ialah...

link yang baru abai.is tahu tu bukan sahaja boleh chek keputusan...
juga boleh chek tawaran atau semakan...
dan juga lain-lain tentang KISSM...

HARUS DIINGAT!!!
link itu hanya untuk sesiapa yang ambil KISSM di bawah
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA sahaja...

keputusan abai.is adalah seperti di bawah ini...


sekali lagi ALHAMDULILLAH...
WASSALAM~

Salam - Ramadhan - 1433H - 2012M


Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Alhamdulillah... kembali dalam dunia blog yang dah lama tertinggal...
kerna dek kesibukan melayani karenah kehidupan...
tak sempat nak update apa2 dalam blog yang terchenta ini...

untuk new post kali ini, abai.is nak ucapkan
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN....
atcually seminggu sudah umat islam berpuasa...
abai.is pulak baru nak wish melalui blog ini...

apa2 pun kepada rakan di luar...
jangan tinggalkan puasa saja2...
ok~ WASSALAM.