Khamis, 30 September 2010

Root - Canal - Treatment - Saluran - Akar - Gigi - Endodontik


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini dah masuk hari ke-5 gigi aku sakit dan bibir serta muka aku bengkak. Azab nya hanya aku dan orang yang pernah alaminya tahu betapa siksanya. Kata orang, sakit gigi ni adalah yang ke-2 paling sakit bagi lelaki (pertama-MATI) dan ke-3 paling sakit bagi perempuan (pertama-MATI, ke-2-MELAHIRKAN ANAK). Aku redha apa yang telah berlaku pada diri aku yang hina ini. Bila ALLAH tarik balik nikmat sihat tu, baru aku nak terkapai2 dan terjerit2 betapa siksanya azab dunia ni.


Aku jumpa doktor dan option yang diberikan adalah cabut atau buat rawatan akar. HAH!!? Rawatan akar?? Apa tu? Aku tak pernah tahu dan memang tak tahu. Dalam duk sakit gigi ni, aku berusaha google cari apakah rawatan akar itu? Dan akhirnya. Aku dapat jawapan sendiri. Di sini dapatan yang aku dapat.


Latar belakang

Rawatan salur akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah dijangkiti atau rosak atau mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.


Apakah ciriciri gigi yang memerlukan rawatan akar?

Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.

Gigi yang telah mati


Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?

Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat

mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.


Apakah akibatnya jika rawatan ini tidak dilakukan?

Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk

Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut

Gigi itu mungkin terpaksa dicabut


Prosedur

Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temujanji.

Salur akar (kanal) gigi akan dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan peralatan dan ubatan sebelum ianya ditutup.


Bagaimana dengan penjagaan gigi?

Amalkan penjagaan kesihatan gigi seperti biasa. Ingat untuk :

berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan ubat gigi berflourida.

kurangkan kekerapan pengambilan makanan manis.

dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala


Soalan yang kerap ditanya

1. Adakah rawatan ini menyakitkan?

J: Kebiasanya rawatan ini tidaklah menyakitkan. Bius setempat kadang – kadang digunakan jika perlu.

2. Adakah saya memerlukan korona selepas rawatan salur akar?

J: Rawatan salur akar tidak semestinya memerlukan korona. Rawatan korona hanya perlu jika kehilangan struktur asal korona gigi sangat teruk.

3. Di mana saya boleh mendapatkan rawatan ini

J: Anda boleh ke klinik pergigian yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat, pemeriksaan dan maklumat lanjut mengenai rawatan ini.


Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Rawatan%20Salur%20Akar.pdf


imej dari : http://www.maximbaini.com/pages/ourservices/endo.htm


Itu dapatan yang aku dapat. Dan aku goole image gak pasal rawatan ini. Yayy!!! Memang ngeri la aku tengok! Macam nak kena bedah pulak! Tapi…. Sebab sakit kan. Tak tahan rasanya… dengan bengkak muka dan bibir lagi. Aku kena jugak la buat rawatan ini. Bila survey. Adoi!!! Kalau buat kat private clinic, memang mahal! Mencecah RM300 – RM1000. Tapi kalau government katanya RM4-RM5 jer. Hurm…. Aku dilemma sekarang…


Dah la aku duk tunggu result posting. Lepas tuh datang pulak penyakit ni kan. Memang dugaan sangat! Mesti ada hikmah di setiap kejadian. Aku pasrah. Aku berdoa pada ILAHI semoga dikurniakan semangat dan kekuatan bagi aku menempuhi dugaan ini. Dan juga dipercepat aku sembuh dari azab dunia yang siksa ini… Amin…


p/s : Aku dah buat temu janji dengan dr. kat penang tapi hujung bulan 10. Tak boleh sebab posting. Maka aku plan nak pi Sungai Petani pulak buat temu janji dengan dr. di sana. Kalau lewat jugak. Maka private la last choice. Tak kisah. Janji sembuh! Aku dah tak tahan….!!!! Urm~~~

Ahad, 26 September 2010

Magika - The - Owls - Of - Ga'hoole

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam g tgk dua movie kat Queensbay. Movie baru kuar. Magika dan Legend of The Guardians : The Owls of Ga'Hoole. 1st movie tengok Magika. Rasa macam dah lama tak tengok movie melayu. Last rasanya Mantra kut. Tapi Magika ni memang plan nak tengok. Sebab 1st movie dari Edry KRU. Lepas tu, pelakon2 dia ramai yang popular.

Movie nie bagi aku biasa jer la. Jalan cerita pun biasa. Dah boleh agak ending. Disebabkan ini filem muzikal dan genre fantasi, so bunyi2 dan CGI filem ni tak perlu kut nak pertikai sebab KRU punya studio memang canggih. Jadi, ada la kepuasan di sini walau jalan cerita nya biasa sahaja. Kredit untuk Edry la sebab berjaya hasilkan filem muzikal melayu yang boleh di banggakan. Tapi, majoriti pelakon nya pun memang penyanyi. Adakah sebab filem ni muzikal, sebab tu pelakon nya penyanyi??? pelakon yang betul2 pelakon tak boleh nyanyi k??? sape nak jawab? heheh~~ aku rate filem ni 3/5.

Selepas tengok Magika. Aku tengok movie burung hantu ni. COMEL! itu yg terlintas kat kepala aku setelah tengok burung2 hantu ni. :) tengok versi 3D. macam biasa la. aku ni bila pakai spek mata 3D ni. mula la rasa macam pening2. tapi, layan gak la movie nie. Cerita pasal burung hantu. Best gak! walau fantasi, tapi layan la jalan ceritanya. aku rate 3.5/5

Terima Kasih daun keladi pada teman yang sudi belanja aku tengok movie ni. Lepas ni boleh belanja lagi. heheheh~~

Sekian.

Ahad, 19 September 2010

Sambutan - terkesima

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Sempena ulang tahun kelahiran kali ini, sambutan sangat menyentuh hati aku... tatkala aku sedang menanti keputusan penempatan dengan penuh debaran...

Terkejut aku dapat hadiah jam ni! yer la... aku tak pernah kut dapat hadiah mcm ni... terkesima!



nah! selamat menambah berat badan yang dah berat itu! huhuh~~

nasi menjadi pilihan utama jugak! huhuh~~

ada orang silap pilih bahagian ayam... nak ambil 1/4 terambil 1/2... maka tertambah la berat badan itu... nge~

ni kick starter~~ tak habis makan... hadoi! penuh perut...

Jutaan terima kasih kepada si dia yang bawa aku makan-makan... sedap sgt! :) suke3!!! ahks!

Harapan - 24

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Semalam aku menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-24. Wah! Dah tua aku sebenarnya… kedut muka dan tambah satu… apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi utuskan ucapan Happy Birthday dan Selamat Hari Jadi melalui kiriman SMS. Terharu rasa bila ada kawan-kawan yang mengingati hari bersejarah dalam hidup aku. Dan kepada insan yang aku sayang dan rindu selalu dan selamanya, sungguh terkesima hadiah yang diberikan dan sambutan yang dibuat. Nangis dalam hati dibuatnya. Huhuh~~

Tatkala umur aku menjangkau 24 tahun ini, aku masih menunggu keputusan penempatan yang dijangka antara hujung bulan september atau awal bulan oktober. Aku sentiasa berdoa, berdoa, berdoa dan terus berdoa kepada Mu Ya Rabbi moga aku berada dalam keputusan penempatan ini. amin... pengharapan ini cukup bermakna buat diri aku yang sudah meningkat umur ini untuk masa depan aku.

Bila dah umur 24 tahun ni. Seperti insan-insan lain, sesungguhnya aku berharap dan memohon agar kehidupan aku diperbaiki menjadi lebih baik. Terutama kerjaya aku. Setelah bertungkus lumus selama 4 tahun belajar di menara ilmu tercinta, maka bermulalah pula masa aku memiliki kerjaya yang baik dalam memperbaiki kehidupan aku serta keluarga. Ramai yang tertanya, kenapa dalam pilihan penempatan aku pilih Labuan dan Sabah. Susah bagi aku ingin menjelaskan kenapa itu yang dipilih. Sedangkan banyak lagi negeri di semenanjung. Sebenarnya, kalau nak ikutkan diri aku, tak kisah pun ditempatkan di mana-mana, kerana aku percaya rezeki ada di mana-mana. Maaf kiranya jawapan aku tidak memuaskan hati mana-mana pihak...

Facebook. Hurm... ramai yang bertanya kenapa aku tutup facebook aku. Jawapan yang sama aku berikan ialah ingin berehat sekejap dari facebook. Sampai masa aku dah bersedia untuk ON semula. Aku akan ON. Terima kasih yang mengambil berat terhadap diri aku. Aku sangat menghargainya. Dan aku sebenarnya juga merindui kawan2 di facebook. Umur panjang, kita semua akan ketemu lagi. Maaf jika aku ada menyusahkan sesiapa disebabkan penutupan fb ini...

Yahoo Messenger (YM). Aku baru sahaja membuat emel baru aku di alamat faizal.ismail86@yahoo.com. Kepada kawan2 yang kenali aku, add la aku menggunakan alamat emel baru ini. alasan aku buat baru sebab aku nak nama aku yang tersemat di emel sendiri. Maaf sekiranya aku dah menyusahkan mana-mana pihak. Ini antara persediaan aku dalam mengharungi kehidupan selepas ini.

Hingga ke saat ini, dalam fikiran aku hanya tertumpu mengenai kerjaya, kelurga dan si dia! Aku amat berharap dan memohon kepada DIA YANG MAHA KUASA untuk memberikan aku semangat dalam mengharungi kehidupan aku pada masa mendatang. Amin. Dan aku juga ingin memohon kepada kawan2 untuk mendoakan aku kebaikan dan kesejahteraan kita semua. Amin.

Sekian dari fbisp. Wassalam.

Ulang - Tahun - Kelahiran - Ke - 24

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembuka bicara,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kurniaan nikmat dan rahmat NYA, aku masih lagi bernafas di bumi penuh fatamorgana ini... Selawat dan Salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda...

Tanggal 18hb September 2010 bersamaan 9 Syawal 1431 merupakan hari bersejarah buat diriku yang bernama MUHAMMAD FAIZAL BIN ISMAIL. Tatkala negara menyambut Hari Malaysia pada 16hb September, ummat islam masih menyambut Aidilfitri, diri aku pula menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke-24. Alhamdulillah...


Sejambak penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada kedua-dua ibu bapa aku yang tidak jemu mendidik dan membesarkan aku sehingga menjadi besar macam sekarang. Tidak lupa juga kepada keluarga yang tercinta kerana bersama-sama aku dalam mengharungi medan perjuangan hidup aku ini. Kepada yang tersayang, terima kasih daun keladi kerana sudi bersama-sama menyambut ulang tahun kali ini dan terima kasih dengan pemberian hadiah yang cukup berharga buat diriku. Kepada kawan-kawan yang mengutuskan ucapan, ribuan terima kasih diucapkan kerana masih mengingati hari bersejarah diriku ini.


Dan kepada diriku sendiri, aku ingin ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-24… Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudah segala urusan… amin.


Wassalam.

Isnin, 6 September 2010

Salam - Aidilfitri


Salam Aidilfirti,

Di kesempatan kehadiran Syawal yang mulia, diri yang hina ini ingin memohon ampun dan maaf, andai kata wujud sebarang kesilapan dan kekhilafan. Moga kita semua gembira di hari lebaran ini. Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

Ikhlas,
fbisp.

Jumaat, 3 September 2010

Kenapa - ALLAH - temukan - kita - dengan - orang - yang - SALAH - ???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~


WASSALAM.