Sabtu, 28 Mac 2020

Winter Sonata Trip 2019 - Seoul - Day 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Alhamdulillah 
sementara berada dalam PKP ni... 
maghi teman ceghite pasal trip hujung tahun lepaihh...
KITA KE KOREA!!!
btw persiapan utk ke KOREA ni aku akan buat post khas...
sekarang meh tengok apa yang berlaku sepanjang 9 hari di korea
BERMULA kita di SEOUL

16hb DISEMBER 2019

trip ni bertiga... bukan aku sorang... hahahaha~~ masing2 eksited sebab perancangan ke korea ni dah lama dahhhh~~ macam2 dah beli bagai... yang paling penting tiket... YES tiket penerbangan!!! takdak tiket macam mana nak sampai korea... hahahhaha....

JADI... pagi tu penerbangan pukul 7.15am.... jadi kami mesti berada di sana sekurang2nya 4 jam untuk international flight... maka perancangannya... kami tumpang berteduh di rumah JOHN...sebab nak minta tolong dia hantarkan ke airport... jadi kereta kami boleh tinggal di rumah dia...


so pagi tu bertolak dari rumah agak lewat... sampai di rumah John dalam pukul 2 lebih pagi tak silap... sampai di visitor parking... ahli rombongan ada nak terbuang air besau... so tunggu la kejap... John turun ke bawah pickup kitorang... bawa ke lot parking kereta rumah dia untuk simpan kereta... rasanya pukul 3 lebih pagi baru gerak ke airport... jadi memang tak sempat nak berteduh ke ape ke... memang macam dah lewat... terus gerak ke airport...

sampai airport... sorang lagi ahli rombongan sakit perut... puaihhhhh~~ tunggu la kejap... then setel masalah negara... kita setelkan checkin bag pulak... pada awalnya just nak bawa jer luggage naik atas... tapi memandangkan takut terlebih berat... kita beli jugak la luggage dalam 25kg tak silap...

buang air besau done! checkin bag done! Lepas imigresen done! sarapan done! Security check done! so dalam pukul 6am dah terpacak kami di pintu masuk no. berapa tah tak hengat~~ hahahahah.... TAZABARRRRRR!!!!!

ramainya orang nk ke koreaaaaa~~!!!! *terdetik di hati kecilku... :D arrghhh... tunggu lama pulakkkkk nak masukkkk.... mengantukkkkk dah nihhh... memang plan atas flight kita lawan bunyik laaa!!! hahahahhaha~~~ DAN tiba-tiba terdengar panggilan masuk oleh pramugarai untuk siap sedia berlepas.... YAYYYYYYY!!!! kita lihat siapa yang kenaaa... hahahah~~~  tadak kena apa pun... saja ja tulis nihh... hiks!!

SO... berlalu la kami berjalan menuju ke jalan yang lurus...  maksudnya jalan ke pintu masuk kapal terbang la... hiksss!!! muka dah baraiiii... ngantuk wehh!!

duk belakang skit nampak kurus... hiks!
siapa paling kacak?? hahaha...
hahh... benda ni kaki travel mmg tau... WAJIB isi for declaration...
finally!!! after 7jam 30minit lebih kurang...
"kepada semua penumpang... kita akan mendarat sebentar lagi... sila pastikan bla bla bla~~"
hahhh macam tuh lahhh announcement nya kannn~~~
DAN kita sampai di Incheon International Airport~~
nampak takkk?? kau sekolah ke takkk???

so lepas dah sampai... as usual lah... kita kene lalu imigresen... time ni jangan lupa la selit borang declare kau tu single ke kawen dah ke bercerai anak satu ke... eheheh~~ gurau2... dan seterusnya.... bila dah setel hal2 negara tadi... so perkara pertama yang kami kena buat ialah pergi ambil DISCOVER SEOUL PASS!!! apa tu??? hahhh... ni nak habaq mai... Pass ni aku beli melalui Klook... harga dia lebih kurang RM115 satu kalau tak silap... aku ambil yang 24hrs punya... dats mean dlm tempoh 24jam... hang akan dapat masuk tempat2 tarikan pelancong dengan percuma atau dapat diskaun!!! so kena pandai2 adjust la masa... ada jugak yang 48jam dengan 72jam kot tak silap... hangpa pi la ghajin search kat Klook tengok apa dia bagi lagi... macam2 kot... hahh... lagi satu Pass ni boleh jadi kad T-Money... apa pulakk tuh??? hahh... T-Money ni pulak macam Touch N Go kita la kat mesia... depa panggil T-Money... untuk apa? hahh... Touch N Go kad kita guna untuk apa?? sama la lebih kurang function dia... FAHAM??? tak faham jugak... pi google dulu tengok!!!

ok sambung cerita... jd nak ambil Pass ni, aku dah pilih nak pickup dekat Incheon Airport... sebab Pass ni hang boleh pilih nak ambil dekat mana... jd sebab aku nak ke Seoul... aku kena la ambil dekat airport Incheon... kan! kan! kan!

 ini la Pass yang aku cerita tadi tuh... sangat berguna!!! lagi satu... dpt masuk FREE tempat2 yang terpilih... itu yang paaaaling penting!!! sebab dah JIMAT dekat situ....

THEN
dah setel ambil Pass tu... kita kena la gerak ambil train dari airport Incheon nak ke Itaewoon...
kenapa Itaewoon?? sbb kami booked hotel di sana...
untuk pengetahuan sedare mare yer...
Incheon ni bukan Seoul tau... so airport dia jauh nak ke Seoul...
macam kami nak ke Itaewoon ambil masa 1jam lebih nak sampai melalui train...
tp nk ckp pasal train di Korea mmg 👍👍👍 cenggini!!!
jadi bagi korang yang nak ke Korea... download apps KakaoMetro atau Subway
saaaangat membantu bila nak naik train... easy peasy~~

ni mesin nak Topup T-Money kad... mcm mesin reload Touch N Go jer...
cuma ada la satu kisah...
kami ingat Pass Discover tu boleh guna untuk naik AREX (train dari airport nak ke Seoul)...
rupanya kena beli lain kad untuk naik AREX ni...
so kena la beli kad baru khas utk naik AREX... mcm nak naik KLIA Express la kan~

pic kenangan gitu... padahal nak tunggu AREX... macam kat mesia jer...
tapi kat sini dah mula sejuk!!! kat dalam airport tadi panas lagi.... tu yang pakai jaket yg cunnn tuh... hiks!!!
macam dekat Malaysia jer kan kan kan kan kannn~~
bersama peserta rombongan... hahahaha~~
LUPA kan nak bagitau... sebenarnya kami ke KOREA bulan 12 ni sebab nak rasa time winter!!! sebab tu la nama trip ni Winter Sonata!!! gigih yer layan drama Winter Sonata 20 episod tu sebelum nak fly~~ TAPI... tak habis 20 episod pun sebelum fly... Hahahahah~~ but now dah habis la tengok..... jangan duk ngutuk pulakkk!!! kah3... so persiapan untuk musim winter ni lain macheimmm travel dia... sebab kita bukan negara winter kan... so persediaan tu perlu ada ya tuan tuan dan puan puan semua... OK sambung cerita... 

dalam AREX

nampak disiplin masyarakat di sini??

Kad ni dipulangkan semula... sebab dah tak guna... so ada mesin Deposit Refund...
mudah kan!!! tak perlu ke kaunter...

Daripada Airport, kami tak turun di Seoul Station... just tukar line di Gongdeok Station ambil line 6 untuk ke Itaewoon Station. Kalau tengok map Subway di atas memang pening. sebab banyak line. Jadi tips memudahkan perjalanan, pastikan anda tahu line yang tepat untuk ke destinasi yang dituju. Jadi mudah dan tak buang masa. Train sentiasa ada dan cepat.


So keluar sahaja di Itaewoon station. Ya Allah. sejuknyaaaaa!!! tak silap time tu 1-2⁰C... asap keluar ikut mulut oiiiii!!! hahahaha... satu hal nya nak mencari Itaewoon Inn yang kitorang booked melalui Agoda. buka maps jalan ikut arahan. pusing kanan pusing kiri akhirnya... JUMPA!!!! Alhamdulillah.

so Itaewoon Inn ni kami ambil Family Room with Private Bathroom untuk 4 hari 3 malam. penat juga la berjalan naik tangga tingkat 3. TAK ADA LIFT!!! hahahaha... takpa2... boleh kurus. hiks! btw Itaewoon inn ni high recommended dalam Agoda. dan receptionist dia bukan orang Korea. dan ramai orang mesia duk situ. So ok la sepanjang duk Itaewoon Inn. tak ada apa2 masalah. Dan memang dekat dengan Itaewoon Station. banyak gerai kedai di bawah. senang nak beli apa2.
ini la bilik dia. ada 2 katil. 
nak masuk bilik ni ada pintu luar. dalam nya ada 3 bilik. tapi kami tak pernah la terserempak dengan jiran tetangga.
OK lepas letak beg semua. Hari pun dah mula gelap. KAMI LAPAQ!!! mana nak cari makanan halal ni?? dah lah baru sampai. So turun ke bawah... jalan sikit nak ke station Itaewoon. Nampak kedai arab jual roti kebab! Terima kasih Ya Allah. mendengar rintihan hamba-MU ini...

ini la kedai pak arab tu... harga jangan lah tanya... hiks!!

tapi memang kenyang la... dan sedap!!! mungkin sebab lapaq...

ini pun nak ambil gambaq.
Nak dijadikan cerita... aku dah buat jadual trip ni untuk rujukan. Maka sampai2, kita tak ada masa nak rest!!! walau penat kan... tapi kita kena teruskan perjalanan kita. Jadi tempat pertama kita ialah N Seoul Tower atau Namsan Tower. so dari Itaewoon Station - Samgakji - Myeongdong. Keluar dari train station. kami berjalan melalui macam kawasan perumahan naik mendaki bukit nak ke cable car. Sebab tower ni terletak di atas bukit yaww~~ Ya Allah. dah penat dari tadi tak hilang lagi. mendaki pulak!!! nasib la sejuk kan... jadi demi Namsan Tower. aku gagahi juga. yang penting jumpa org mesia naik flight sama. hahahahah... kat sini memang aku tak sempat la nak ambil gambar bagai. sebab berjalan mendaki dah macam separuh nyawa dah!!!

ini la Namsan Tower @ N Seoul Tower
DAN akhirnya... setelah naik pulak anak2 tangga yang banyak... kami tiba di cable car nak naik ke tower. fuhhhh... actually banyak cara nak naik ke tower tu. korang rajin2 la search yer. tapi kami pilih guna cable car. terus sahaja ke kaunter tiket dengan menunjukkan Discovery Seoul Pass. anda mendapat tiket dengan PERCUMA. Bijak tak?? hahahhaha... 

tadaaaa.....

Sekali tu nak naik cable car ingat macam cable car genting. nahhh kau!!! walau tiket free... macam dah naik train waktu peak hour!!! takutnyaaaa.... ramai2 macam ni kang ada pulak cable car terjatuh bawah... fuhhhhh!!!

Bila dah sampai di atas... kau kena lagi panjat tangga untuk sampai ke tower. Weiiiiii!!! ni dah zalim!!! dah la macam nak pengsan!! lagi kena panjat berkali2... ok sabar! tolong sabar.... tarik nafas dalam dalammmmm.... hembusssss~~~ ok sambung panjat.

Ok dah sampai atas. apa lagi bergambar la. takkan tengok jer kan. so nak naik atas deck tower. kene la pergi kaunter lain pulak. as usual tunjuk aja pass itu. hiks! dan sampai atas. nikmatilah permandangan yang indahhhh~~~ Night Mode Activate!!!








4 gambar ni ruang2 yang ada di dalam tower itu. Nak naik deck. ada staf yang bawa anda ke atas.

Permandangan Seoul Night View
hahh nampak tak??? KL tuhhh...
gambar kenangan hiksss~~



gaya apoooooooo
Banyak gambar yang di ambil. tapi takkan nak share sini semua kan. kang jemu pulak tengok. hahahahah~~~ lama jugak la di Namsan Tower. agak dah bosan. dengan sejuk nya ya hamattt... kami turun ke bawah balik. mcm mana turun? terjun jer ke bawah... ok gurau! mcm naik tadi la. takkan nak cerita lagi. penat menaip ni. hahahahah~~




sepanjang turun tu... kita ni layan kan ajer peserta rombongan punya perangai. hahahaha~~

ya Allah... rindunyaaa!!! serius sedappppp!!! sempat kan beli... kat mesia mana ada pack mcm nih... hikss!!

Sebenarnya. apa yang menarik di Korea ni. diorang ada underground shooping mall. salah satunya Myeongdong Underground Shooping Centre. bila kau turun jer nak ke Myeongdong Station. kau akan nampak deretan kedai2 macam gambar di bawah ni. dan ia boleh menjadi laluan jalan kaki  bawah tanah selain train bawah tanah kalau kau takut sejuk kan kat luar. sebab apa aku cakap laluan jalan kaki. sebab kau boleh jalan dari Myeongdong terus ke Itaewoon melalui Samgakji guna laluan bawah tanah ni. so tak la risau sangat bila time sejuk di luar.


Dan kat sini... sapa yang suka stokin comel2 mcm2 corak kartun dsb semua ada jual di sini dengan murah!!! kalau kat mesia mahal katanya... aku pun lupa berapa harga. tapi si fifi dengan haffiz memang memborong stokin2 kat sini. barang2 lain pun aku tengok murah2 gak. so recommanded untuk siapa yang nak datang sini nanti.

Sementara aku tunggu diorang berdua duk bershooping. aku laparrrr!!!! last2 aku nampak macam benda menarik~~ pergi tengok... ada tanda halal! hahhh apa lagi... aku beli la... DeliManjoo~~ dia macam ada inti kastad dalam dia. sedapppp!!! memang sedap la bila lapaq kan... tapi ni memang sedap!!! bila search rupanya ramai yang suruh try makan bende ni... ok done!




nampak kedai DeliManjoo tu dekat simpang tu bagi mereka yang nak try nanti...
kau pernah nampak eskalator kecik mcm ni??

OK last sebelum penutup hari 1. Bagi mereka yang suka shooping. pasti tahu Myeongdong Street. bagi perempuan, di sini la syurga barang2 facial murah2. macam2 ada dekat sini. memang ramai orang!!! so kami ni saja la lalu... ambil bau kata orang... hahahhahah~~~ hati ni memang mengucap panjang la weiiii~~~ tengok tu nak beli. tengok ni nak beli. macam mana??? tak mau cakap banyak la... tengok jer la gambar kat bawah nih...


tersenyum lebar yang hujung tuhhh~~~ ada makna senyum tuh... hiksss!!!



OK begi ni mmg menggugat keimanan aku... sangat!!!! kau rasa apa kesudahannya???
Dah habis cuci2 mata di Myeongdong Street... tiba masa mencari jalan pulang... hahh!! kena la cari kannn... dan cerita Myeongdong Street ni tak habis di sini yaaa.... hahahahahah~~~ So ini la kisah hari pertama kami di Seoul. Panjang kan??? so esok apa pulak ceritanya??? ke mana pulak kita??? hahhh~~ nantikanlah post yang seterusnya... harap semua terhiburlah... kah3!!! ok selamat malam semua!!!! 

-Wassalam-
-Abaiis-

Jumaat, 27 Mac 2020

Lembaran - 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
ya Allah...
dah lamanya tak update blog ni...
last 2017... 3 tahun bersawang!!!
ada ka orang nak baca blog ni???

apa2 pun aku bersyukur sbb aku berjaya berhempas pulas...
dapat cari password akaun blog ni...
apa taknya... 3 tahun weiii tak bukak langsung...
mcm2 berlaku... aku tak update kat sini...
dan AKU MASIH HIDUP weiii!!!
hahahah... 
mana tau kot ada ingat aku dah meninggal ke sbb tak update kan...

gambar takmau kalah ya... hahahaha~~
KENAPA aku update skrg?
bukan semalam? bukan bulan lepas? bukan tahun lepas lepas???
YESSSS...!!!
semuanya tahu kan...
skrg ni RAKYAT MALAYSIA berada dalam 
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
atau
MOVEMENT CONTROL ORDER
yang diperintahkan oleh kerajaan
untuk memutuskan rantaian COVID-19


watdahel COVID-19 pulak??
hahh... aku tulis mcm ni sbb nnt 10 20 tahun akan datang
kalau blog ni masih wujud dan di baca...
mesti generasi time tu terpinga2...
yang rakyat MALAYSIA dalam sejarah moden ini...
DUNIA diserang wabak virus yang sangat merbahaya...
sehingga artikel ini ditulis (chewah artikel katakau)
MALAYSIA sudah 2161 kes positif dan 26 kes kematian...


ya ALLAH... 
selamatkan MALAYSIA dan rakyatnya drpd penyakit berjangkit ini...
aamiin....
dan hari ini sudah hari ke-10 PKP dilaksanakan...
untuk nak tau lebih lanjut... 
sila lah ask en google as usual ya rakan2...
jangan malaih sgt... heheheh~~

ok berbalik kpd blog ini...
untuk pengetahuan sedare mare semua yer...
bila dah ada dlm PKP... mcm2 dlm kepala ni...
nak buat apa?? 
dah lah disambung tempoh PKP sampai 14hb April...
wattttttt!!!!
so akhirnya tercetuslah idea...
sambung blog!!! yess... sambung!!

nasib bawak balik lappy kesygn ni...
jd kwn2 semua... aku nk jd blogger semula!!
blogger yg sendu mcm dlu... kah3!!!
so doakan aku berjaya yer... hahahahah!!!

POST ini
teaser untuk yang seterusnya...
tak boleh terus post content kan... terkejut beruk peminat2 semua...
kah3....
ok sebelum aku melalut tak tentu pasal sbb PKP ni...
aku fullstop dulu di sini...
kita jumpa lagi pada next post okeh~~

thanks yang sudi membaca hingga sini...
bye!!!
-WASSALAM-
-abaiis-