Jumaat, 24 Oktober 2008

Souls - Code

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Aspirasi Untuk Mahasiswa Bersatu...

Semalam, pada 23hb Oktober 2008 aku planing nak gi tengok wayang cerita Fligh of the Living Dead tapi akhirnya cerita tue dh tak ditayangkan... aku gi tgk kt GSC Queensbay Mall, Penang... so time tue aku kena buat pilihan untuk tgk filem apa yang ada (kena tgk gak sebab dh sampai Queensbay dgn bayaran tiket bas hanya RM1 dr Sg.2 USM)....

Time tu tayangan ada citer Max Payne, Eagle Eye, Bangkok Dangerous, Hogh School Musical dan mcm2 lah.... so, aku ngan kawan aku time tue buat keputusan tgk citer Souls Code... aku tatau papa langsung pasal citer nie... best ke tak, apa dia punya citer.... tp masuk jer lah tgk....

Pada mulanya time aku tgk poster citer tue kat luar, ingatkan citer dr Hong Kong ke, atau China... tapi rupa2nyer citer dari Thailand.... tapi aku tau la citer tue genre nyer horror... ahks!!!






So apa lagi, kitorg smpai Queensbay Mall kol 4pm, tayangan kol 5.10pm.... gi makan la dlu.... hu3.... smpai jam nak dekat kol 5pm, kitorg bergerak ke GSC Queensbay Mall....

Aku masuk Hall GSC yang ke-8, lengang.... ada la dua orang yang masuk awal.... dlm ati aku, myb awal lagi kot... yer lah, time tue dok iklan mcm biasa sblm wayg mula.... tempat duduk aku mula2 kat tengah2 bahagian belakang, tapi aku ajak kawan aku kita dok tengah2 bahagian tengah2 gak!!! ahks!!! seb bek tadak orang tempah tempat tue.... erm...

Citer Souls Code ni aku bg skit la sinopsis yang aku copy n paste dr website nyer.... http://www.soul-codethemovie.com/


Sinopsis Souls Code

“This movie is dedicated to every soul that awaits for the murderes to be punished”

This story begins with the police discovery a dead naked, an unknown high school girl shoved into the box. Her hands and feet were tighten with a monk’s robe. Sacred alphabets were written on her forehead in order to suppress the hatred and haunting soul, according to an ancient belief.

Pengarah citer nie namanya Adsajun Sattagovit dan pelakonnya ialah Premsini Rathanasopa, Nuttakorn Taewakul, Patiwat Ruengsri dan lain2....

sini aku review skit pasal citer nie..

1. citer nie bagi aku genre Horror + Sadis + Thriller + Cintan Cintun la... dan memang layak dapat gred 18PL.... so, sapa yg dh cukup umor, bleh la tgk citer nie.....

2. Aku bg filem nie 3 setengah bintang drpd 5 bintang...

3. kalo kat Barat ada CSI tapi di Thailand ada DSI (Department Special Investigate)...

4. CSI di barat cari pembunuh dengan kaedah saintifik dan soal selidik tp DSI di Thailand lagi hebat.... Saintifik + Soal Selidik + bantuan roh magsa yang kena bunuh......

5. jadikan semangat roh sebagai pembantu peribadi anda dalam menyiasat kes pembunuhan.

6. Kepada penyanyi pop lelaki, jangan bercouple dengan model sebab anda akan mati akhirnya....

7. kepada perempuan plak, jangan couple dengan penyanyi pop lelaki sebab nanti anda akan di pukul dengan trofi yang dimenanginya oleh perempuan yang suka padanya....

setakat nie jer yang aku bleh review sbb aku pon tak brapa nak faham sgt ngan citer nie.... tapi aku puji pengarah sebab dia berjaya hidupkan cerita ni smpaikan kawan aku menjerit kat tepi aku.....!!! terkejut aku.... ahks!!!!

Selamat menonton!!!!!

Rabu, 22 Oktober 2008

Program - Sepetang - Bersama - Pemimpin

YB. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin b. Mohd Yassin
Dewan Budaya USM
21hb Oktober 2008
2.00petang
anjuran Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR)
dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen
Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam aspirasi untuk mahasiswa bersatu...

Sebelah pagi pada tarikh yang sama telah diadakan siri syarahan yang aku dah post sebelum ni... sebelah petang plak IKMAR telah mengambil inisiatif untuk bersama-sama Naib Presiden UMNO itu untuk menganjurkan satu majlis sepetang bersama pemimpin (sebab YB merupakan orang Johor).. majlis yang dipengerusikan oleh En. Kharul Erwan (Pegawai HEP) itu telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwan dan Pembangunan Pelajar), Prof. Madya Dr. Omar Osman dan penasihat IKMAR iaitu En. Mohd Maliki.... Kehadiran dipenuhi oleh para pemimpin pelajar daripada pelbagai kelab dan persatuan termasuk daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUSM)...


ucapan daripada YB tidak beza banyaknya dengan ucapan sewaktu beliau memberi syarahan pada sebelah pagi... cuma, YB menasihatkan kepada golongan pelajar khususnya untuk mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam membangunkan negara pada masa hadapan....

dalam sesi soal jawab, bagi aku soalan-soalan yang ditanya tak berapa nak menarik sebab jawapan yang diberikan oleh YB hanya jawapan berbentuk pengulangan (iaitu soalan2 ini sebenarnya dah ada jawapan sebelum ini)... contoh konsep soalan yang diberikan seperti tuntutan penglibatan mahasiswa dalam politik luar, masalah seperti Hindraf adakah disebabkan oleh tak tahu sejarah Malaysia??, AUKU, peranan mahasiswa dalam meningkatkan perpaduan di dalam kampus, agihan ekonomi yang tidak sekata di sabah dan sarawak dan ulasan mengenai dasar buruh upah minima....

cuma yang aku tertarik hanya dua soalan yang terakhir iaitu mengenai agihan ekonomi di Sabah dan Sarawak dan pendapat YB mengenai dasar buruh upah minima yang masih hangat diperdebatkan di Parlimen....

bagi aku sepatutnya mahasiswa perlu mengambil kesempatan pada masa itu untuk bertanya kepada YB seperti soalan bagaimana kerajaan menangani masalah graduan menganggur, meningkatkan lagi peluang graduan untuk menceburi bidang profesional di peringkat antarabangsa, memperluas jalinan kerjasama antara negara dalam membangunkan RnD dalam pelbagai bidang, menyediakan mahasiswa untuk mendapatkan peluang pengalaman yang profesoinal dalam lthn industri seperti menghantar pelajar LI di luar negara, dsb.... mungkin sewaktu itu para mahasiswa tak dapat mencari idea kot nak tanya soalan (sebab petang) atau dalam kepala otak mahasiswa sekarang hanya nak berpolitik jer......

tah ler, aku pon tak faham... (masalah sekarang, sesetengah mahasiswa yang suka berpolitik ni bukan dapat pointer yang bagos sangat...) ...politik memang penting, tapi sebagai mahasiswa, sepatotnya kita kena bijak untuk mengatur kehidupan kita.... sebab itu nasihat YB sewaktu syarahan sebelah pagi ialah kita kena kembali kepada pangkal.... bukan bermaksud nak suruh belajar sahaja, tetapi perlu pandai membahagikan masa dalam menceburi pelbagai bidang bagi menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama.... baru boleh jadi mahasiswa yang dinamik dan holistik!!!!...

dan nak berpolitik pon jangan la guna cara kotor (nasihat untuk mereka yang nak bertanding dalam Pilihanraya Kampus nanti)..... negara kita ada undang-undang... hormatilah perlembagaan key...

(habis jer program (arround kol 3.10pm), terus aku pecut sebab kol 3pm ada kelas kat Pusat Bahasa...)

sadakallahulaim....

Politik - Melayu - Islam: - Kemelut - dan - Penyelesaian




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Aspirasi untuk Mahasiswa Bersatu....

Semalam iaitu pada 21hb Oktober 2008 hari Selasa, aku ke Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia kerana telah diadakan satu siri syarahan ISDEV yang ke-7 yang bertajuk Politik Melayu-Islam: Kemelut dan Penyelesaian. Syarahan ini telah disampaikan oleh YB. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin iaitu menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Syarahan ini yang sepatutnya dijadualkan bermula pada 9.30pagi tetapi telah bermula hanya tepat pada pukul 10.10pagi iaitu dengan ketibaan YB. Ini bermakna aku n myrumate(helmi) serta myfriend(Sani) telah tunggu 1jam lebih sebab ketibaan kami yang tidak disambut oleh sesiapa pun tepat pada pukul 9pagi di Dewan Budaya yang akan bertukar nama kepada Pusat Budaya USM nanti (sebab status Universiti Apex).


Siri syarahan ini telah dianjurkan oleh Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen. Syarahan yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu Cik Mat PRO USM. Ketibaan YB telah disambut oleh Tn. Hj. Azman Abdullah (Pendaftar USM) yang mewakili Naib Canselor USM, Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Pengarah ISDEV dan orang-orang lain yang terasa pentingnya. ahks!!!...


Kehadiran orang ramai yang terdiri daripada bukan sahaja para pelajar, malah termasuk para pensyarah, penganalisis politik, dan orang ramai (termasuk masyarakat daripada Permatang Pauh)... Oleh itu, sememangnya tajuk syarahan ini dinantikan oleh mereka yang ingin mengetahui senario politik di Malaysia khususnya... dan mungkin ada juga seorang dua yang hadir hanya untuk menganggu majlis (sebab ada orang yang terpekik-pekik tak tahu kenapa sewaktu YB memberi syarahan- tapi terkawal...).... Majlis dimulakan dengan bacaan Asmaul-Husna..


YB. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin memulakan syarahannya dengan bacaan ayat suci al-Quran dengan tenang.... dan cuba membawa para hadirin untuk mengimbau kembali sejarah Kesultanan Melayu Melaka (kerana perkaitan politik Melayu-Islam amat rapat dengan sejarah tersebut) sehingga berlakunya penjajahan asing yang akhirnya berlakunya keruntuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka....

Secara rangkumannya, syarahan yang diberikan oleh YB adalah berkisar mengenai senario politik yang berlaku selepas pasca Pilihan Raya Umum yang ke-12 iaitu pada bulan Mac 2008... Naib Presiden UMNO itu berkata beliau tidak menduga dengan kekalahan UMNO sebagai parti politik yang tertua di Malaysia yang akhirnya beliau berpendapat bahawa kuasa politik Melayu telah tergugat... dan kekalahan ini kerana beliau berpendapat adalah disebabkan oleh persepsi dan mindset masyarakat kepada kerajaan yang memerintah (seperti corruption, kroni, ketidakadilan, ketidakkeikhlasan, dsb)... Calon Timbalan Presiden UMNO itu juga sentiasa menyentuh aspek Kontrak Sosial yang masih ada pihak terutama golongan muda yang belum memahami konsep tersebut.

sewaktu soal jawab, para hadirin berkesempatan untuk meminta penjelasan daripada YB dalam pelbagai perkara... ada yang tanya dengan nada yang tenang, ada yang bernada gugup dan ada juga yang bernada emosi!!!!aku dapat lihatlah YB sentiasa bersedia untuk menjawab pelbagai persoalan yang timbul... beliau juga sentiasa berhati-hati dalam menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan...

Siri syarahan tamat pada pukul 12.30tghr dan diadakan jamuan di luar dewan... (sedap ooo makanan time tengah hari tue...) dan YB bergerak ke press conference....Setakat ini sahaja ulasan yang dapat aku bagi (walaupun sebenarnya nak tulis banyak lagi)...apa-apa pun, kita sebagai warga Melayu yang beragama Islam, kembalilah ke pangkal (nasihat YB dalam syarahannya) kerana sesungguhnya kita akan berada kembali dalam suasana seperti sediakala...

Wallahualam...

Selasa, 21 Oktober 2008

BBQ - Nitez


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Aspirasi Untuk Mahasiswa Bersatu....

pada 19hb Oktober 2008 ritu, ari Ahad kol 8pm diadakan BBQ Nitez di Bilik Rehat Pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan yang dianjurkan oleh wahida (meletop tak??) ahks...

Sebenarnya BBQ Nitez nie diadakan untuk mengucapkan terima kasih terutamnya kepada mereka yang terlibat dengan Program Inspirasi Pendidik yang ke Sabah bulan Mei lepas... tapi malangnya sambutan agak dingin skit sbb mungkin setiap orang ada hal masing-masing (yer ker..???) kepada yang datang tue, saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian anda hadir bagi memeriahkan BBQ Nitez nie....


Antara tetamu jemputan yang hadir pada malam tersebut ialah Dekan PPIP, Penasihat Persatuan Ilmu Pendidikan iaitu Dr. Fadzilah Amzah dan Dr. Aziah Ismail... mantan YDP PIP pon datang iaitu sdr. Mohd Jefri b. Ali Basah...

Menu malam tue ringan2 jer... mcam ayam bakar (menu wajib), sosej, bihun, nasi goreng, nasi himpit, bahulu, dll.....

walaupun majlis mendapat sambutan yang dingin (sbb org2 yang konon2 vouge tak datang) namun malam tersebut tetap meriah dan enjoy!!!!

Moga ukhuwah kita semua terus dipelihara oleh Yang Maha Esa...

Sadakallahulazim......

Isnin, 20 Oktober 2008

Latest - Dewan - Masyarakat

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam Aspirasi untuk mahasiswa bersatu.....
Minggu lepas aku balik rumah sebab dua minggu lepas aku tak balik.... jadi seperti kebiasaan aku akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang menyeksakan di Penang ni untuk aku pulang ke halaman desa yang tercinta.... dan bila sampai di stesen bas Sungai Petani, terus aku ke kedai buku yang berdekatan untuk mncari majalah aku yang tercinta iaitu.... Dewan Masyarakat...
Dewan Masyarakat bagi aku merupakan sebuah majalah ilmiah yang memberi pelbagai maklumat sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan, global, sukan, ICT, dan sebagainya.... analisis dan kritisan yang dibuat oleh keluarga editor dan penulis dalam Dewan Masyarakat sangat memberi perangsang untuk aku menambahkan ilmu pengetahuan...
tetapi malangnya, di Pulau Pinang ni khususnya di area aku belajar sangat sukar untuk aku mendapatkan Dewan Masyarakat... memang keluaran majalah kesayangan aku ini sangat terhad... sebab itu aku sanggup balik ke Sungai Petani, Kedah untuk aku mendapatkan majalah yang hanya berharga RM5.50 untuk semenanjung Malaysia dan untuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura berharga 5.50 (ikut mata wang negara masing2)...


Dan edisi yang terbaru iaitu keluaran Oktober 2008 Dewan Masyarakat telah memaparkan rencana utama iaitu isu pelacuran. Selain itu juga, DM telah menganalisis isu-isu lain seperti dalam laporan khasnya mengenai belanjawan 2009, analisis isu politik mengenai Anwar Ibrahim dan sebagainya... (post akan datang aku akan review majalah kesayangan aku nie)....
Jadi aku nak nasihatkan kepada seluruh masyarakat seluruh pelosok dunia (over tak..??), bacalah Dewan Masyarakat..... kerana majalah ini akan memberi pelbagai input yang menarik....
nantikan post review aku untuk DM Oktiber 2008...
Sekian...

Jumaat, 17 Oktober 2008

Women - Drivers - Award

Award 10th PlAce GoeS tO :-


9th PlAce GoeS tO :-


8th PlAce GoeS tO :-


7th PlAce GoeS tO :-


6th PlAce GoeS tO :-


5th PlAce GoeS tO :-


4th PlAce GoeS tO :-


The Bronze Medal Winner is :-


The Silver Medal Winner is :-


And Finally, here is our Women Drivers Award

Gold Medal Winner is.....


ahks!! setuju tak...??? heheheh....

Photographer - easy - job?











senang tak jadik jurufoto..????

Fact - JAPAN




Percaya tak??? di Jepun, fetus atau baby yang dah meninggal dunia boleh dibeli dengan harga 10 000 yen hingga 12 000 yen..... Nak tau untuk apa..???
untuk menu makanan BBQ or Grill Baby!!!!!!! so, how do you feel??? belive it or not??? belive it....

Cetusan_Minda - LTR.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Korang pernah dengar istilah long term relationship?? atau akronimnya ialah ltr?? atau dalam bahasanya ialah hubungan atau pertalian dalam jangka masa yang panjang???
kalau pernah, dari mana korang dengar?? apakah maksudnya yang sebenar?? siapakah yang terlibat dalam ltr ni?? di manakah kerelevenan ltr dlm kehidupan manusia?? apakah keistimewaanya?? apakah kepentingannya??

Kepada mereka yang belum pernah mendengar, thats very important to all of you to know how to define and feel the ltr nie... dan kepada mereka yang pernah mendengar atau pernah merasai ltr ini, pasti setiap korang adalah berbeza pandangan dan keadaan nya yang tersendiri....

ltr ini sangat subjektif. setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai ltr. ada yang cakap ltr berkaitan dengan hubungan persahabatan, ada juga mereka yang menyatakan bahawa ltr ini adalah untuk menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja dan tidak kurang hebatnya ada yang beranggapan bahawa ltr ini digunakan hanya untuk mereka yang mempunyai hubungan songsang!!! jdi, dimanakah sebenarnya kedudukan ltr?? adakah ltr ini hanya bertaut kepada nafsu dan perasaan semata-mata?? kepada mereka yang bercouple, adakah korang merasai ltr ini???

Terpulanglah pada setap individu untuk mencirikan maksud yang sebenar ltr ini.... bagi aku, konsep ltr ini lebih daripada satu hubungan yang sangat murni dan sangat suci.... ltr ini boleh dikatakan satu perhubungan yang didasari dengan nilai-nilai yang murni seperti kasih sayang, keikhlasan, kejujuran, hormat menghormati, dan sebagainya... dalam erti kata yang lain, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.... sama-sama bersuka duka....
sebab itu aku rasa ltr ada dalam pelbagai hubungan.... suami isteri, persahabatan, dsb... satu persoalan yang aku ingin wujudkan, bolehkah ltr berada dalam dunianya yang tersendiri...???

Aku ingin berkongsi fakta daripada Dr. Sternberg iaitu seorang pakar psikologi yang mengkaji mengenai love... secara ringkasnya menurut beliau, disebabkan cinta ini mempunyai pelbagai definisinya yang tersendiri, oleh itu ada tiga kompenan yang diperlukan untuk membina sebuah hubungan cinta yang sejati iaitu keakraban (intimacy), perasaan cinta yang kuat (passion), dan komitmen.

intimacy atau keakraban menurut dr. Sternberg perkara pertama untuk membina hubungan yang sejati, hal ini melibatkan pembinaan hubungan persahabatan seperti kamu suka memluangkan masa bersama-sama dan sewaktu inilah kita mencuba untuk close dengan pasangan kita... menilai hati budinya...

selepas kompenan intimacy ini berjaya, teruskan dengan langkah yang kedua iaitu passion iaitu perasaan cinta yang sangat kuat atau keghairahan atau kemesraan yang sejati. sewaktu ini menurut dr. Sternberg, ramai yang kehilangan nilai perhubungan sebelum ini dek kerana ciri-ciri intimacy yang tidak lengkap. kerana apa ramai yang kehilangan hubungan tersebut?? sewaktu passion, sesuatu hubungan meningkat kepada satu tahap yang menyebabkan perubahan persepsi kepada pasangan masing-masing. oleh sebab itu sewaktu intimacy perlulah setiap pasangan menilai dan mengenal diri setiap pasangan masing-masing bagi membolehkan hubungan cinta itu mekar...

dan yang terakhir ialah komitmen. menurut dr. sternberg lagi, komitmen ini terbahagi kepada dua iaitu short-term dan long-term. short-term komitmen iaitu perkara-perkara yang berbentuk sederhana seperti "I am willing to love this person". kenyataan ini bukan sesuatu yang perlu dalam long-term komitmen, tetap pilihan untuk kita mengadakan hubungan yang panjang. manakala long-term komitmen pula ialah pilihan yang tinggal untuk melangkah kepada hubungan yang lebih erat.

Itu yang diulas oleh dr. sternberg dalam satu topik mengenai how to have a long term relationship (http://www.wikihow.com/Have-a-Long-Term-Relationship) ...secara konklusinya, dalm ltr ini juga perlu ada persaan cinta yang sejati...

oleh itu, jawapan sebenar mengenai persoalan-persoalan ltr ini hanyalah terletak pada tangan anda.... andalah yang menentukan segala-galanya... yang penting bagi aku, biarlah kita ikhlas dan jujur dalam sesuatu perhubungan walaupun hubungan itu dalam masa yang hanya sekejap sahaja....

terima kasih...

Ahad, 12 Oktober 2008

film: The - House - Bunny

Assalamualaiakum dan salam sejahtera...

semalam aku n myfriends mie gi tgk wayang kat sunway carnival mall... kitorg tgk citer baru... The House Bunny... citer ni dibintangi oleh Anna Faris iaitu actress dalm filem scary movie.... mula2 aku tatau pun apa2 pasal citer nie... aku follow like bufflow jer myfriends sbb dia kata nak tgk citer lawak... aku nie kurang skit tgk citer2 lawak... tp klu org dah nak blanja, tak kisah ler citer apa pun aku tgk jer... ha3...


ini aku punya review la pasal citer nie...

1. citer nie bleh la diketogorikan sbg citer komedi...

2. diklasifikasikan U (iaitu untuk tontonan umum) tp mcm citer 18sx.... tak caya, bawak la korang punya family atau sapa2 tak kira umor (sbb klasifikasi U) tgk citer nie , pastu wat penilaian sendiri...

3. Klu korang nak tarik ramai ahli tuk join korang punya persatuan ke, kelab ke, ape ke, cari la sesaper yg korang rasa dia seksi ker atau leh jadi siombol seks untuk edarkan flyers...

4. pi rumah penjagaan orang2 tua, kena pakai seksi2, pastu bukak lagu kuat2 ajak orang2 tua kat situ menari... 'baik untuk kesihatan'

5. kaum lelaki, letakan bintang stiker kat nipple korang untuk mengelakkan kaum perempuan cubit korang punya nipple (sbb bila pompuan cubit nipple lelaki, lelaki akan ikot arahan perempuan)

6. adakan pesta mengorbankan sapa yang masih dara...

7. kaum perempuan, nak ngorat lelaki yang suka buat kebajikan, pastikan korang penuh ilmu di dada termasuk tahu pasal sejarah US dan pakai cermin mata yang kantanya sangat tebal... pasti korang dapat bungan daripada lelaki tue....

8. imej seksi adalah segala2nya.....

inilah serba sedikit aku punya komen pasal The House Bunny yang telah diklasifikasikan U oleh lembaga penapisan filem....

paper pun, aku pi tgk citer nie memberi aku pelbagai somthg.... selamat tegok citer tue.... ahks!!!! thanks mie kerna belanja me...

Sabtu, 11 Oktober 2008

Hanya + Untukmu.....

Aku dedikasikan sebuah lirik lagu ini kepada 'kawan' yang aku sayang.....

ku doakan moga dirimu bahagia selalu....


HANYA UNTUKMU

Bulan bintang
Cahaya mu menyinari lagi
Dinihari berganti zaman
Malamkan hiba

Siulan irama
Aku menjadi saksi mu
Jendela bumi di hujung dunia
Akan ku teruskan nyawaku untuk mu

(Korus)
Kan ku junjungkan namamu ke pintu syurga
Kan ku pejamkan mataku buat selamaya
Dirimu menyinari bagaikan Sang Helang tiba
Akan kuteruskan langkahku untukmu

Kan ku kibarkan sayap melindungi mu
Kan ku binakan mahligai istana
Hanyalah untuk mu sayang
Hanyalah untuk mu saja

Pejamkan mata mu
Jangan kau lihat hariku
Hadirmu jua bagaikan janji
Akanku teruskan nyawaku untuk mu

ltr....

Khamis, 9 Oktober 2008

copy - paste 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Post sebelum nie mengenai lelaki, jadi sekarang aku nak berdondang dendang pulak mengenai perempuan (juga copy and paste dari my blog friendster aku)....

RAHSIA WANITA

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Fahamilah hati setiap wanita yang berdamping dengan anda.."


....setuju tak WANITA???

copy - paste 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Post ini aku copy n paste daripada blog friendster aku jugak... post ini sesuai dibaca oleh MEREKA yang ingin mengenali lelaki....

CINTA SEORANG LELAKI

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.
Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia.
Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.
  • Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
  • Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
  • Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
  • Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
  • Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
  • Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
  • Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
  • Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
  • Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.
  • Lelaki yang jujur dan cukup ‘mabuk’ dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya.
  • Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

copy - paste

Assalamualaikum....

Diari Lembaran Hati 1

assalamualaikum dan salam sejahtera…
aku rasa gembira kerna bleh dpt blik tulis diari yang mcm ni… last aku tulis diari time form1… tue pon hangat2 taik ayam!!! tapi skrg dh hampir 8 tahun ak tk tulis diari cmni… dan hari ini aku tulis balik… klu dlu guna buku diari dan skrg dh moden, aku guna laptop aku!!! mgkin kali ini aku tak kan tulis tiap2 hari tapi tujuan aku smbg balik tulis diari cmni sbb kekadang bila aku baca balik diari lama2, aku terkenang dan hal ini membuatkan aku bermuhasabah diri aku… aku pon taktau sejauh mana kehebatan outlook nie bleh simpan kata2 aku, klu satu ari diari ini terburn mcm tue jer, aku redha jer lah… herm… untk kali pertama ni aku mgkin nak luah sesuatu yg dok trpendam dlm ati aku… myb hal ni aku dh slalu citer kt kwn2 aku, tp skrg ni aku nak luah melalui kata2 tulisan plak… sapa2 yg terbaca tulisan aku nie, kira bertuahlah dpt tau isi hati aku tika ini… herm… kesihatan aku skrg agak tidak memuaskan…. peningkatan ketara dlm hidup aku adlh berat badan aku!!! he3… aku dh taktau cmner nak bg turun berat bdn nie…bla tak makan, kg tak turun, tp bla makan, kg naik plak!!! ishk, aku heran btui… smbil aku dok tulis nie, aku dok men msg ngan baiyah!!! dia dok ngadu pasai kwn2 dia kt kuis… herm… jap, aku nak bls msg dia jap…

herm… apa lah kwn2 baiyah nie, memeningkan kapla aku jer…. ok kita lupakan mslh baiyah, kembali pd topik asal!!! td pasai berat bdn, skrg pasai aweks!!! slalunya org laki nie nak sgt ada awek yg cun, sedap mata memandang dan mcm2 lah… tp aku!!!??? herm…. smpai bila ler hati aku nie nak terbuka untuk cari aweks sorg!!! yg aku herannya, kwn2 aku sumer tak cayer aku takdak aweks!!! ishk3… aku taktau nak ckp mcm mana…. kekadang tue aku ada la suka gak gadis2 yg berjaya memikat hati aku, tapi bila pikiaq nak angkat depa jd aweks aku, trus hati aku tutup rapat!!! pelik kan….! yang penting my 1st lover sbnrnya adlh kwn aku time aku kechik2!!! anak jiran aku waktu aku dok lgkwi…. anak kpd teacher che amah n cik bakar!!! namanya siti khatijah!!! he3… mau meletop klu dia baca diari aku nie… tapi tue dlu la… aku tak penah pon lafaz apa2 kat dia… iyer lah, time tue kechik lagi… mana la aku terpikiaq nak ckp i love u kat dia!!! tp mmg time tue aku suka sgt kt dia!! kwn2 aku dlu suka kata aku ngan dia… tp skrg… herm…. aku pon taktau dia dok buat apa… dh berpunya atau blom aku pon taktau!!! aku cukup takut ngan parent dia!!! terutama mak dia!!! garang btui!!! kali terakhir aku jumpa dia time pom5 kot tak silap aku!! jumpa kt skol dia, SMKAK!! time tue ada show hijjaz n mestica! so aku pon pi skol dia ngan mursyid n tetiba leh jumpa dia… itulah kali terakhir aku tgk wajah dia…. yg sebenar2nya aku dh lost contact ngan dia sejak dr pom1 lagi… aku g maktab mahmud n dia g smkak!!! herm… myb bkan jodoh aku kot!!! takpa lah, aku nk tunggu n lihat sapa jodoh aku!!!! minta2 la dia tue aku knal ngan baik n dia pon knal aku ngan baik!!! yg aku takut, pompuan yg suka aku tp aku tak suka dia!!! mmg slalu jd cmtu dlm idup aku!!! eee…. menakutkan!!!

erm…. baru lepas antaq msg kt baiyah!!! dia dok nangis plak sbb sedih kwn2 dia dok biulkan diri dia!!! herm… aku doa2 agar dia tabah menghadapi cabaran yg mendatang lps nie….AMIN…. ok, skrg msuk topik!!! apa lagi arr… aku sbnr nya bnyk mslh skrg nie… tapi aku nie jenis pendam skit!!! taktau lah…. bila umoq aku meningkat, aku bnyk pikiaq pasai diri aku!!! kekdg nek pelik bin heran ngan diri sendiri…. klu aku bleh nasihat diri org, knapa aku tak leh nak nasihat diri sendiri yer…?? makin truk jdi lagi ada!!! nasihat suruh org jd bek, aku plak jd tak bek!!! huk3… pelik2… aku nie sbnrnya senang nak trima sapa2 jd kwn!!! aku nie mudah berkwn!!! tp ntah lah… pikiran aku jd celaru bla pikiaq pasai diri sendiri!!! masalah org aku senang jer setel, tp mslh aku ishk3…. amat payah!!! aku pling tak suka mslh yg wujud dlm hbgn!!! pling tak suka mslh dgn org yg aku sayang sbb bila timbul mslh cmni, aku tau apa kesudahannya… pasti aku akn kalah!!! herm… mungkin nasib badan aku kot dan mgkin sbb nie lah aku takt nk bercinta!!! aku nie seboleh2nya aku nak jaga hbgn tapi mesti org yg aku syg tue dh muak ngan aku!!! pasaipa yer…?? apa silap aku!!! last2 aku gak yg salah… nasib2…

apa lagi ya aku nak tulis!!!??? sbnrnya aku nak tulis bnyk lagi tp hati aku skrg nie gelisah jer…. tak tau pasaipa… aku takut tulisan aku akn mengguris hati sesaper n yg pling aku takut kontroversi yg bakal timbul!!! mgkin mslh nie takkan wujud untuk tulisan aku yg pertama tapi mgkin akn wujud bila ada org terbaca tulisan aku yg sterusnya….
mgkin tulisan aku yg seterusnya aku akn citer tntg kisah2 idup aku time aku budak2, time aku membesar di lgkawi, time aku blajar kt maktab mahmud lgkawi, pastu kat maktab mahmud alor star, pastu time aku pi khidmat negara, time aku masuk pom6 kat skol kota kuala muda, pastu aku msuk usm dan mcm2 lah… aku rasa mcm dok ngarang biografi jer…. ahaks!!! insyAllah, aku nak describe tntg sejarah hidup aku…. mgkin sumer nie akn mnjadi kezutan bg mrk yg nak kenali aku n yg dah knali diri aku…. aku agak jer… klu org yg dok baca nie tak terkezut, kira bagus ler…. he3…. sbnr2nya aku tak terpikir pon nak tontonkan diari aku nie kt org, tapi bla aku pikiaq, apa salahnya aku kongsi citer aku kat semua…. herm…. tp bg tulisan aku yang sensor, penuh dgn kategori 18sg, 18sx, 18pl, dan 18pa mgkin aku takkan siarkan sehingga time aku dah bersedia nak tontonkan semua itu…. aku namakan diari ini sbg DIARI LEMBARAN HATI AJ@i

02/06/2007
3.20am

P/S sesaper rasa nak komen ker, aper ker, dialu2kan….


...sebenarnya diari ni aku tulis taun lepas dan dah di post di blog friendster aku.... (www.friendster.com/ajaisp) saja jer aku letak dalam blog aku nie plak....

thanks berusaha membaca sampai abes.... ahks!!!

Post Pertama di blog ke-2

Assalamualaikum,

Baru aku delete tadi blog aku yang pertama dan ini blog yang diupdate (jadi blog yang ke-2).... entah kenapa tetiba blog aku dihukum sebagai spam blog padahal aku baru dok bertatih guna blog nie..... erm...

Sebenarnya di blog yang pertama, aku telah membuat satu post belangsungkawa Allahyarham AD Marzuki (guru merangkap inspirasi hidup aku sewaktu di SMK Kota Kuala Muda).... Oleh itu, aku dedikasikan sebuah lirik ke atas pemergian sebutir mutiara yang telah gugur dari dunia ini.... Al-Fatihah....



LILIN SEORANG GURU

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Aku mendoakan agar arwah ditempatkan di syurga bersama para solehin.... amin....