Ahad, 23 Ogos 2009

Salam - Ramadhan - Untuk - Semua

Saya tujukan ucapan ini kepada

Ibu Bapa dan keluarga yang tercinta....
Yang tersayang....
Guru-guru, pensyarah-pensyarah,
Rakan-rakan, sahabat handai,
adik-adik, abg-abg, kakak-kakak,
pakcik-pakcik, makcik-makcik,
datok2, datin2, tan sri, puan sri,
tun teja, hang tuah, hang jebat,
dan seluruh muslimin muslimat,
mukminin mukminat yang berpuasa untuk Ramadhan kali ini...

Semoga ALLAH SWT memberkati dan merahmati kita semua... Amen...

ikhlas daripada fbisp.....

Isnin, 10 Ogos 2009

Eksklusif : Nur - Qasiff - 'Aisyaa

Nie la anak buah aku yang baru..... he3....




Comey macam pakcik dia tak...???? ahks!!!!

Jumaat, 7 Ogos 2009

dihari - persandinganmu

Salam.... tetiba aku rasa nak post lirik lagu di bawah ini dalam blog aku.... memang menyanyat hati bait lirik dan lagu ini.... walaupon lagu ini di nyanyikan oleh artis veteren, tapi cukup mencengkam kalbu aku pabila menghayatinya...... lagu ini aku dapat daripada seorang rakan.... terimalah....


Di Hari Persandingan Mu
Yunizar Hussein

Dalam sepi ku terbayang
Wajahmu bermain di mataku
Lantas bercucuran airmata
Berlinangan dipipiku

Mengenangkan peristiwa
Di suatu masa kita berdua
Bermesra dan saling menyinta
Namun perpisahan akhirnya

Betapa sedih betapa pilu
Melihat kau berdua di situ
Bersama duduk di atas takhta
Di hari persandinganmu

Burung-burung pun turut berkicau
Menyanyikan lagu indah
Sanak saudara sekelian yang ada
Semua turut gembira

Selamat ku ucapkan padamu
Semoga kau bahagia dengan pilihanmu
Selamat ku pinta izin pergi dahulu
Membawa diriku ke alam baru

Selamat wahai pengantin baru
Semoga bahagia ke anak cucu
Selamat tinggal oh! sayangku
Semoga gembira selalu

klik pada link nie http://www.youtube.com/watch?v=RcNvMAk0joc untuk melihat video lagu tersebut.....

wassalam.....

Khamis, 6 Ogos 2009

minggu - dugaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

untuk post kali ini aku nak stori sket, minggu lepas merupakan minggu yang sangat menduga aku. takkala keluarga aku menyambut ahli keluarga baru (anak ke-2 kakak aku), tiba-tiba aku dikejutkan dengan kemasukan ayah aku ke hospital akibat di serang strok!!! namun Alhamdulillah, hanya satu malam dimasukkan ke hospital, ayah aku pulih seperti sedia kala. kata kakak aku, darah tinggi ayah sangat tinggi. jadi mulai sekarang, family akan buat apa sahaja demi menjaga kesihatan ayah.

Dan nak dijadikan cerita, aku balik rumah pada hari Selasa (28hb Julai 2009) untuk menjenguk ayah aku dan baby kakak aku. dan bermula hari itulah sehingga sekarang aku diserang demam yang belom kebah lagi. sekarang nie panas badan dah turun tap selesema, batok dan pening kepala belom hilang. Risau takut dijangkiti wabak yang menyerang dunia sekarang, dua kali aku ke klinik tapi Alhamdulillah, dr. kata nie demam panas biasa. cuma dia bagi kata dua gak la kat aku. ahks!!

sebab itulah, minggu lepas (kecuali hari isnin) aku tak g kelas. huk3.... berkampung di rumah sendiri. Apa2 pon, aku nak nasihatkan kepada semua orang agar menghadkan diri kita dalam berada kelompok orang ramai. pesanan daripada penaja.

Wallahu'alam.