(klik pada gambar untuk besar)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Alhamdulillah, pada 18hb Okotober 2010 harituh keluar pula keputusan panggilan temuduga nak jadi guru/pensyarah MARA. Dan permohonan aku telah berjaya. Syukur...
Walaupun dalam kalangan kawan-kawan aku kurang yang apply untuk jadi guru MARA (aku tak tahu kenapa diorang tak apply; antara tak tahu atau buat2 tak tahu), ada juga yang aku tahu tidak dapat untuk panggilan temu duga ini. Yer lah... mungkin persaingan sangat sengit sebab sesiapa sahaja sama ada yang ada ijazah pendidikan mahupun tidak ada boleh memohon nak jadi guru MARA.
Setakat yang aku tahu, nak jadi guru MARA bukanlah mudah. Tambahan untuk pengambilan kali ini (berdasarkan pendapat orang ramai juga) adalah bertambah ketat. Kalau dulu, tak ada pun (katenyer...) ujian personaliti (sesi 1 - yang akan aku ambil sabtu ni) ni... dulu hanya pengajaran mikro dan temu duga macam biasa... tapi mungkin disebabkan persaingan yang hebat, maka MARA wujudkan ujian personaliti ini mungkin untuk memilih calon yang benar-benar layak menjadi guru (sebab yang apply macam2 jenis orang)...
Mengenai ujian personaliti ini, aku pun tak dapat gambaran yang jelas apakah bentuk dan jenis soalan yang bakal di tanya... ada yang ckp macam MTeST (test KPLI) dan ada yang cakap mcm MedSI (test yang pohon ijazah pendidikan)... kalau ikutkan pengalaman, aku pernah ambil ujian INSAK (test jadi guru KPM), ujian personaliti SPA, ujian Munsyi (nak masuk USM) dan ujian kecenderungan kemasukan MRSM (pun ada ujian personaliti)... maka, yang mana satu formatnya?
Ujian personaliti sesi 1 untuk pengambilan guru MARA ni seperti yang dinyatakan di dalam gambar di atas, dijalankan selamat 45 minit dan semua soalan berbentuk objektif. Berapa soalan? kalau ikutkan pengalaman, selalunya ujian macam ni memang banyak... 100 hingga ke 300 soalan. hurmmm.... cuma tips yang aku dapat dari kawan aku (yang dah kerja jadi guru MRSM) jawab kecenderungan jawapan ke arah bidang yang kita pilih... kita tengok jer la Sabtu ni macam mana... kalau berjaya, maka akan layak untuk ke Sesi 2 (Pengajaran Mikro) dan Sesi 3 (temu duga)....
Selamat Berjaya semua!!! amin...
Wassalam.
Hey, I stumbled upon your blog by Googling "Ujian Personaliti guru MARA". Anyways, same as you, I will be attending the same test this Saturday, too. But mine will be held in Kolej Kemahiran MARA in Beranang, Selangor. Do your best and good luck! :)
BalasPadamthank you for visiting my blog. how your test? hope we all succeed. Q: * I have not been gossiping about someone. ohh damn! so 'nice' that question! haha ~ ~
BalasPadamagak-agak bila ek result ujian personaliti nih...huhu..
BalasPadamekyn, waktu ambil test arituh... yg jaga test tuh ckp dua minggu lagik bleh chek rezat... tgk la minggu 1 atau 2 bulan 11 ni...
BalasPadamowh yeke...thanks for da info..saya amik ujian tuh arituh kat jawi..lupa lak nk tnya diorg...
BalasPadamgoogle result tuk ujian ni keluar belog kamu plak,,
BalasPadamhee~
rase mcm nk taw dpt ke microteaching atau tak sbb skrg tgh serabut dgn ujian PTD plak,,
uwaaa~
btw, gud luck tuk cikgu geografi ni,,
hee~
ekyn, welkam! ;)
BalasPadamcik yana, yer k? huhuh~~ rituh time amek test diorg ckp lagi dua minggu... nanti check la kt website MARA... ujian PTD? Gudluck yer... ahks! ;)
Salam, jangan lupa follow my blog k -its all about photography
BalasPadamhttp://fkphotography-kk.blogspot.com/
:)