Selasa, 3 Februari 2009

Hanya - Tuhan - Yang - Tahu

Hanya Tuhan yang tahu.... itu yang mampu ku ungkapkan setakat ini bagi mengambarkan betapa bersimpang siurnya hati ini dalam mengharungi kehidupan sebagai pencinta yang abadi....

Entah mengapa di kala aku menghitung hari, menyelesuri hidupku yang semakin lesu ini, bisikan kasih menyapa diri yang amat sukar untuk di tafsirkan oleh akal yang waras.....

Kadang-kadang aku sedar, kadang-kadang aku tidak sedar.... takkala waras kurang menjelma, aku berasa tiada lagi kecapi nikmat seperti sejarah lama.... takala waras kembali nyata, aku seolah sedar sebenarnya aku perlu berpijak pada bumi yang nyata....

Berbicara pada hati yang sentiasa berparah dengan mainan cinta yang belum kesudah, aku tidak dapat menerima lagi apa yang perlu diterima seadanya..... kerana cinta itu adalah indah... perlu aku untuk berusaha mengecapi keindahannya....

kini, dilema itu menjelma lagi... sudah lepas meninggalkan aku pada sejarah lalu... kembali semula pada insan yang sentiasa mendamba cinta sejati... apakan daya nasib aku yang telah ditetapkan begitu.... aku pasrah dan aku hanya mampu berdoa pada Ilahi.... kerana itu semua hanya bakal menyaksikan drama bersiri yang bagai tiada episod akhir.....

Kepada Mu ya Tuhan.... aku berdoa dan aku berharap agar Kau limpahi segala kurniaMu dan rahmatMu kepada insan ini dan berikanlah kekuatan untuk aku menempuh hidup yang penuh pancaroba ini.... hanya padaMu aku berserah dan padaMu jua aku akan menyerah selaku hambaMu yang hina ini..... HANYA TUHAN YANG TAHU betapa aku sangat mendamba kasihmu yang tulus.....

1 ulasan:

  1. salam...''hanya Tuhan yg tahu'''... hanya DIA yg tahu sgalnya..DIA la sebaek2 pengatur kehidupan.. DIA menguji hambanya sbb DIA rindukan suara hambanya n sbb dia sygkan hambanya ini... sabarla klu diuji,, yg penting jgn mudah mengalah sbb d sebalik kesusahan da kemanisan yg sgt manis faizal.. dlm meniti perjalanan yg berduri, kaki perlu dikorbankan tp dgn akal yg de kita bleh mencari strategi tuk mengurangkan kesakitan tersebut...bergantung pd dri kita tuk menghadapinya...skadar perkongsian wat sahabat dr sahabat...salam...

    BalasPadam