Khamis, 26 Mac 2009

kisah - minggu - ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Betapa berat diri ini untuk berkongsi bersama-sama ceritera hiba yang terjebak tanpa perancangan yang tersusun rapi. Minggu ini yang penuh ranjau berduri serta liku-liku yang perlu ditempuhi sementelah menyelusuri kehidupan yang penuh pancaroba..... Dengan kudrat yang tersedia, kekuatan yang dikurnia, kaki ini melangkah penuh longlai menghadapi segala macam dan rencam yang tidak terpernah diteroka oleh fikiran yang hilang kewarasan seketika.....

Minggu ini adalah minggu yang sukar bagi aku untuk berhadapan dengan tohmahan dan ujian yang berlaku.... Takkala kesibukan yang berlangsung di dalam hidup yang fana ini, satu demi satu getiran rintangan datang melanda tanpa belas kasihan.... menerkam dan terus menerjah ke dalam lubuk hidupku tanpa memberi salam yang suci.....

Kemelandaan keresahan mula melanda takkala Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan iaitu pusat pengajian aku tidak mengotakan janji-janji yang ditaburi oleh mereka.... takkala diri ini terasa tertipu dek kerana mereka yang berkuasa, ramai orang yang menjadi mangsa.... seiring dengan perhimpunan UMNO yang sedang berlangsung pada ketika ini, seiring dengan itulah mangsa-mangsa keadaan akan dilanda kecewa tanpa berbelah bahagi.... persoalannya, KENAPA HARUS MEREKA YANG MURNI PERLU DIHITUNG KEWAJARANNYA??? sedangkan yang bermaharajalela adalah mereka yang senantiasa menebarkan dogma dusta secara rakus....!!!! apakah ini dikatakan keadilan yang suci di atas muka bumi ini??????
.....hanya aku yang mampu mengerti kegetiran ini..... dan aku terima segala-galanya selaku hamba yang hina ini.... Aku hanya mampu berdoa kepada Ilahi mudahan mereka yang menzalimi agar diberi petunjuk yang sewajarnya.... kerana itulah doa orang yang teranianya akan dikabulkan oleh Yang Maha Esa......

Tidak terhenti likuan di situ, kerana di hadapan itu ada satu lagi likuan yang sangat menikam terus di kalbu ini.... kata orang, kita hidup mesti perlukan pengorbanan.... likuan di hadapan ini memang sangat mengajar aku erti pengorbanan yang sangat perit nilainya... menjangkau 22 tahun 6 bulan 8 hari iaitu kehidupan aku sebagai manusia di atas dunia ini, memang banyak perkara dan likuan yang mengajar aku dalam pelbagai perkara bagi mematangkan aku dalam membuat keputusan.... dan sememangnya bagi manusia adalah untuk mengelak kegagalan yang serupa berulang dalam kehidupan pada masa akan datang.... tapi bagi mereka yang bergelar manusia, sifat atau lumrah ketidaksempurnaan dan kelemahan itu adalah sangat sinonim dalam kehidupan manusia... tiada siapa yang mampu menghalangnya...

Wassalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan