Khamis, 6 Ogos 2009

minggu - dugaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

untuk post kali ini aku nak stori sket, minggu lepas merupakan minggu yang sangat menduga aku. takkala keluarga aku menyambut ahli keluarga baru (anak ke-2 kakak aku), tiba-tiba aku dikejutkan dengan kemasukan ayah aku ke hospital akibat di serang strok!!! namun Alhamdulillah, hanya satu malam dimasukkan ke hospital, ayah aku pulih seperti sedia kala. kata kakak aku, darah tinggi ayah sangat tinggi. jadi mulai sekarang, family akan buat apa sahaja demi menjaga kesihatan ayah.

Dan nak dijadikan cerita, aku balik rumah pada hari Selasa (28hb Julai 2009) untuk menjenguk ayah aku dan baby kakak aku. dan bermula hari itulah sehingga sekarang aku diserang demam yang belom kebah lagi. sekarang nie panas badan dah turun tap selesema, batok dan pening kepala belom hilang. Risau takut dijangkiti wabak yang menyerang dunia sekarang, dua kali aku ke klinik tapi Alhamdulillah, dr. kata nie demam panas biasa. cuma dia bagi kata dua gak la kat aku. ahks!!

sebab itulah, minggu lepas (kecuali hari isnin) aku tak g kelas. huk3.... berkampung di rumah sendiri. Apa2 pon, aku nak nasihatkan kepada semua orang agar menghadkan diri kita dalam berada kelompok orang ramai. pesanan daripada penaja.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan