Rabu, 25 Ogos 2010

Nuzul - Quran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 27hb Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1430h, sejarah diungkap kembali dalam bulan yang mulia apabila turunnya kitab mulia suci ummat Islam. Di sini diceritakan sedikit mengenai peristiwa tersebut. Sama-sama kita menghayati peristiwa Nuzul Quran ini.

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Wallahu'alam.

Khamis, 12 Ogos 2010

Perkara - yang - membatalkan - puasa

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera,

Di sini nak la kongsi2 dengan anda semua sempena bulan Ramadhan yang mulia ni. Kadang2 kita terlupa kan. Jadi, mari la kita saling ingat mengingati...

Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:

Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.

- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam

Info di ambil dari laman web MUIS.

Wallahu'alam.

Selasa, 10 Ogos 2010

Marhaban - ya - Ramadhan

Salam Ramadhan diucapkan kepada keluarga tercinta, kepada yang tersayang, kepada cikgu2 dan pensyarah2, kepada kawan2 dan kepada seluruh muslimin muslimat, mukminin mukminat. Moga Ramadhan kali ini membawa 1001 makna kepada kita. Mudahan kita diperoleh rahmat dan berkat. Kedatangannya disambut dengan penuh kesyukuran.

Marhaban ya Ramadhan!!!

Isnin, 9 Ogos 2010

convocation - USM - fbisp

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, tanggal 6hb Ogos 2010, pada hari Jumaat hari penuh berkat, aku telah berjaya menggenggam segulung ijazah setelah penat lelah selama 4 tahun belajar di Universiti Sains Malaysia, menara ilmu tercinta. Aku telah dianugerahi Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (Kepujian). Di sini aku paparkan beberapa gambar sebagai kenang-kenangan aku di hari konvokseyen tersebut.




bersama-sama rakan2 tersayang... :-)


photo on stage...




bersama keluarga tersayang.... :-D

Akhir sekali, aku ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga aku terutama ayahanda Ismail bin Osman dan ibunda Fatimah Ab Razak dan yang Tersayang yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang tak terhingga sehingga aku berjaya memegang segulung ijazah. Tak lupa juga kepada cikgu2 dan pensyarah2 aku yang tidak jemu menyampaikan ilmu kepada aku sehingga aku berjaya. Kepada kawan2 aku juga, aku sangat berterima kasih banyak2 kerana banyak membantu aku dan memberikan kenangan yang tidak mungkin aku lupa sehingga akhir hayat aku. Aku harap, kita semua berjaya kelak dengan haluan masing2. Doakan aku yang kerdil ini berjaya meneruskan hidup yang penuh pancaroba ini. Aku akan merindui campus life di USM.... Miss So Much!

Wassalam.