Ahad, 29 Julai 2012

Hak - Etnik - Rohingya - Dinafikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
hari ini apabila abai melihat satu gambar masjid di Burma telah dibakar... 
hati abai meruntun hiba... mengenangkan nasib saudara seagama...
Etnik Rohingya yang hak mereka dinafikan di sana...


Sebelum ini abai ada melihat gambar-gambar lain...
tentang kezaliman, pembunuhan, penindasan...
yang berlaku terhadap etnik Rohingya...

Mayat etnik Rohingya yang dihumban di dalam longkang
hiba hati apabila terfikir...
wajarkan etnik yang beragama ISLAM ini dilayan...
seolah-lah mereka TIADA HAK UNTUK HIDUP DI ATAS MUKA BUMI ALLAH ini...

YA ALLAH...
siapa golongan yang berani membunuh...
melawan KUASA YANG MAHA ESA...
menentukan nasib umat ISLAM di sana...
hati ini terus hiba dengan persoalan itu...

setakat abai tahu tentang etnik ini...
baru-baru ini... konon PEJUANG DEMOKRASI MYANMAR
Aung San Suu Kyi juga MENOLAK etnik ini di Myanmar...
ALLAHUAKBAR... dugaan etnik ini cukup hebat...

Aung San Suu Kyi
pada permulaanya, SIAPAKAH ETNIK ROHINGYA ini???
abai mula google untuk mencari jawapannya...
dan akhirnya, melalui 
ada menceritakan tentang etnik ini...
abai ingin berkongsi dengan rakan semua...

Siapakah umat Islam Rohingya?

Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.


Apakah nasib mereka?


Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
Anak-anak Rohingya menagih simpati dunia antarabangsa.

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan.

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar.

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.


itu adalah serba sedikit tentang etnik Rohingya...
kalau rakan-rakan nak tahu lagi tentang etnik ini...
try google lagi...
banyak sangat maklumat yang akan dijumpai...
ALLAHUAKBAR...


Di Malaysia, rakyat baru tersedar...
setelah katanya selepas segelintir etnik ini yang bekerja di Malaysia...
membuat demontrasi untuk memohon bantuan...
apa-apa pun... marilah kita memohon dan menadah tangan...
berdoa kepada ALLAH YANG MAHA ESA...
untuk selamatkan saudara seagama kita di sana...

**YA ALLAH YA TUHANKU, di bulan yang mulia ini, KAU selamatkanlah saudara ku di sana... KAU berikanlah perlindungan kepada mereka... dan KAU berilah balasan yang setimpal kepada golongan yang menindas mereka... Sesungguhnya KAU jua YANG MAHA MENGETAHUI lagi MAHA BERKUASA... AMIN YA RABB~**

-WALLAHUALAM-
abai.is

Tiada ulasan:

Catat Ulasan