Sabtu, 10 Oktober 2009

rayuan - rindu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pembuka Bicara…

Sudah lama aku tak mencoret apa-apa di dalam blog ak nie… terakhir pon, rasa hati sebelum raya dan yang terbaru lagu I don’t wanna miss a thing. Sebenarnya, dalam hati terpendam niat untuk menulis semula penulisan dan blog seperti pada awal-awal kemunculan blog aku ini. Namun, dek kerana kesibukan melayani karenah dunia dan hati yang petah ragamnya, tak ketersampaian aku nak melakar apa-apa di dalam blog ini… kali ini, aku bersyukur terlebih dahulu kepada Tuhan kerana di beri kesempatan kepada aku untuk mencoret selayang tinta dalam melabuhkan sedikit runtunan idea dan rasa dalam pemikiran yang kerdil ini….

Pertama sekali, ucapan kepada YANG TERSAYANG dengan lafaz Selamat Memasuki Fasa Baru dalam Kehidupan bermula minggu hadapan ini. Aku berdoa agar dia tabah menempuh cabaran yang mendatang dan sentiasa happy selalu… aku sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan dia… jangan lupa daku di sini… hope u enjoy with ur new life… jaga diri dan jaga kesihatan… moga hari-harimu penuh dengan keceriaan dan kegembiraan… amen…..

Yang ke-dua ialah mengenai stadi aku. Bulan 11 nie dah final xzam untuk sem1 sidang 2009/2010. Pejam celik pejam celik, aku dan berada dalam semester 7 dalam stadi aku di USM nie… semester 2nd last ak… dan semester hadapan, ak akan menjalani praktikal dan keputusan awal penempatan praktikal (Latihan Mengajar) pon dah keluar.. aku dapat LM di SMK Bandar Sg. Petani… ramai kawan-kawan yang dapat LM di SP… hope we r enjoy praktikal di SP awal tahun hadapan nnt…

Ak nak hold dahulu pasal cerita LM, sebab hati aku sekarang dalam keadaan yang hiba kerana semester ini merupakan kehidupan ak yang terakhir di USM… teringat aku ketika baru memasuki USM pada tahun 2006. Hampir 4 tahun ak di sini. Pelbagai cerita dan cereka. Ada yang suka dan ada yang duka. Banyak ak belajar di USM sehingga ak jd ak skrg….

Yang ke-3 ialah isu-isu semasa yang sentiasa mengamit perhatian aku. Dari isu local sehingga ke isu global. Isu politik, ekonomi, social, pendidikan, alam sekitar, dll. Mcm2 ragam dan rencam ak perhati. Ak cuba cerap setiap isu dan aku cerna dengan idea ak sendiri. Berfikir di luar Kotak!!!! Yah… itu yang aku cuba lakukan… baru kita dapat melihat dunia yang sebenar…

Dan yang terkini, isu yang paling dekat dengan aku dan isu yang sangat mengerikan ramai pihak ialah isu PENEMPATAN GURU pada tahun hadapan. Tahun ak lah tuh….. semua gara-gara paparan dan cetusan yang digarapkan di nak tahu dengan lebih lanjut, klik kat link tuh dan cari isu penempatan guru….

Sebenarnya, macam-macam dalam kepala otak aku…. Tapi kerana kesuntukan masa dan kesengsaraan jiwa yang diterkam rasa rindu dan sedih yang bergelora (Hanya Kau Yang Tahu), aku berhenti di sini dahulu… aku harap aku lebih tabah dan bersemangat pada masa hadapan.. doakan aku….

Wassalam….

3 ulasan: