Khamis, 1 Julai 2010

Latihan - Mengajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aku baru saja tukar tamplate baru untuk blog ni. Dah lama rasanya aku tinggalkan penulisan blog yang pernah satu ketika dahulu aku sentiasa memikirkan apa yang patut aku tulis dalam blog setiap hari. Anyway, aku tetap berusaha untuk memastikan blog ini tidak mati di sini sahaja.

Kali ni, aku ingin meluangkan masa untuk bercerita pengalaman aku ketikan Praktikum atau Latihan Mengajar (LM) aku yang tamat pada bulan april yang lepas. Banyak ceritera yang dapat dikongsikan di sini. Kalau korang perasan, aku ada post pic2 anak2 murid aku sebelum ini. Aku LM di SMK Bandar Sungai Petani, Kedah. Sangat dekat dengan rumah aku. Jadi, aku bersyukur la sebab dekat. Save baget.

Aku ditugaskan mengajar untuk subjek Geografi (major aku) bagi tingkatan 1 dan Sejarah (minor aku) untuk tingkatan 2. Maka, secara tak langsung aku kena la mengajar untuk sekolah sesi petang sebab tingkatan 1 dan 2. Jadual aku hanya 9 waktu satu minggu. Suasana sekolah di situ aku suka, rakan2 guru sangat membantu dan pihak pentadbir yang ok bagi aku (walau ada sorang dua yang suka wat kacau).

Menjadi seorang pendidik sebenarnya sangat mencabar. Faktor kemenjadian pelajar perlu diutamakan dalam sistem pendidikan kini. So, aku sentiasa sedaya upaya memastikan setiap pelajaran sampai kepada pelajar. Di dalam kelas, aku cuba memberikan suasana yang selesa kepada pelajar supaya mereka tidak tertekan untuk belajar. Aku sentiasa ingatkan murid2 aku supaya mereka sedar akan sebab kenapa mereka harus belajar.

Selaian tugas mendidik, aku juga sertai acara2 dan program2 yang diatur oleh pihak sekolah. Aku selaku guru pelatih sedaya upaya membantu pihak sekolah dalam mencapai misi dan visi sekolah walau untuk seketika. Rakan2 guru sangat sporting dan baik. Mereka selalu beri tunjuk ajar (walau aku rimas kat sorang yang nak aku join bisnes ape tah..)

Aku tak mahu ingat benda2 yang menyakitkan hati ketika LM (sebab ada yang aku moody ketika LM) tapi aku sangat merindui suasana LM. Aku harap aku dapat posting ke sekolah yang baik dan OK segalanya.... sekarang ni, semua tinggal kenangan.... aku merindui anak2 murid aku dan semuanya.... aku doakan mudahan murid2 aku berjaya di dunia dan akhirat. amen....

Wassalam.

2 ulasan:

  1. ok kapiz... im also... :-) msih duk blajar nk wat layout yg cool untuk blog... harap mintak tunjuk ajar... huhu~~

    BalasPadam