Ahad, 4 Julai 2010

penolong - pegawai - penyelidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni aku terbangun awal dr biasa. Ntah kenapa boleh macam tuh. dan tiba-tiba aku terasa nak menulis dalam blog ni. huhuh~~ Sekarang, demam piala dunia sedang berlangsung di setiap pelosok tempat. Aku tak la fans sangat, namun tersungkurnya Brazil pada suku akhir di tangan Belanda membuatkan aku rasa tersentap gak. Aku kan penyokong setia Brazil. heheh~~ (kata tak fans tadik) ape2 lah... Anyway, post kali ni bukan pasal world cup. Tapi kerjaya sementara aku sebelum aku posting. Insyallah.

Selepas aku tamat praktikum atau Latihan Mengajar, aku mendapat tawaran untuk menjadi Pembantu Penyelidik (RA) di bawah Ketua Projek Dr. Shafrin iaitu lec aku semasa aku belajar dulu. so, tanpa berfikir panjang aku terima jer tawaran ni untuk tambah pengalaman selain dari mengisi masa lapang. Alhamdulillah. rezeki Allah nak bagi kan. Tak elok tolak2. Aku dengan sorang kawan lagi yang juga baru tamat LM datang pada 2hb Mei 2010 untuk lapor diri.

Selepas aktiviti lapor diri selesai, maka aku dapat surat lantikan sebagai Penolong Pegawai Penyelidik- N26 (guna STPM). Alhamdulillah, sekarang ni office ak di Unit Penyelidikan Pendidikan Asas, Universiti Sains Malaysia. So, sekarang dah lebih dua bulan aku bergelar PPP nie.

Nak cerita sikit pasal keje aku ni. Aku sekarang under geran RU (Research University) di bawah Dr. Shafrin selaku Ketua Projek. So, sekarang aku sedang setelkan mengenai geran yang bertajuk PEMBINAAN TANDA ARAS, MATRIKS DAN DESKRIPSI EMOSI REMAJA MALAYSIA. Sebab tu awal bulan jun rituh aku n opismate kene outstesen untuk menjalani penyelidikan di beberapa buah sekolah yang terpilih di putrajaya dan sekitar Johor Bharu.

Sekarang ni fasa memasukkan data sebelum data dianalisis dan di akhiri dengan fasa penulisan. Kehidupan aku macam biasa jer. tadak pape yang lain pun. Kerja penyelidikan ni kerja yang pernah juga aku buat ketika belajar dulu. So sekarang aku harap aku dapat kerja nie hingga aku dapat posting Insyallah (geran ni tamat hujung tahun ni).

aku rasa sampai sini saja kut. tiba2 rasa pening kepala. thanks yang sudi baca. kita jumpa di lain masa. adios. wassalam.

2 ulasan:

  1. biler agaknya ader peluang lepak2 ngan akak nii?..hmm, busy jerk kamu memanjang...menyampah...huhu

    BalasPadam
  2. Been there, done that..
    hehe..(sy pon penah keje RA/RO @ kuli lecturer sblm masuk kpli)
    Sabar..mesti dapat punya GSTS tu..
    Senang baitu..

    BalasPadam