Isnin, 10 September 2012

ALLAH - pun - tak - boleh - tolong - kamu

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
hari ini aku nak post pasal apa yg aku rasa hari ini...

title post kali ini? huhuh...
itu adalah statmen drpd seseorang... siapa dia???
biarlah rahsia...
walaubagaimanapun... kalau sesiapa yang berkaitan yg baca hal ini...
dan tahu sapa dia yg buat statmen ini... biarlah kita sahaja yang tahu...

papepun... aku tak faham... kenapa statmen sebegini boleh terkeluar...
hanya kerana TAK BAWA KALKULATOR dalam peperiksaan...
sehingga nama ALLAH dipermainkan...

statmennya lebih kurang begini...
"...Kamu semua tak bawa KALKULATOR dalam peperiksaan, 
macam mana nak jawab?? 
ALLAH pun tak boleh tolong kamu!.." (nada marah)

aku tak tahu la apa niat sebenarnya...
tapi bagi aku
ALLAH ITU MAHA KUASA
tak boleh sebarangan menghukum tak tentu hala...
YA, memang statmen itu dikeluarkan oleh orang bukan ISLAM
tapi aku sebagai MUSLIM, aku rasa mcm dipermainkan...
INI bukan kali pertama... ada banyak lagi... tapi aku hanya diamkan...

AKU tak mampu menegur sebab kalau ditegur katanya akan melawan...
ENTAHlah... atcly hari ini aku sangat STRESS


sebab apa??? ...sebab PMR semakin dekat...
aku tension... macam2 usaha aku lakukan...
tapi keputusan kurang memberangsangkan...
sehingga dalam perhimpunan tadi SEJARAH meniti di bibir sang kuasa...

trial kali ini memang ada peningkatan...
aku syukur dan ALHAMDULILLAH...
namun, perjuangan belum lagi tamat...
aku sanggup lakukan apa sahaja demi kejayaan anak2 ku...
TAPI apa lagi mampu aku buat???
tinggal kurang dr 30hari lagi peperangan bakal tercetus...

dengan bebanan yang tak henti2...
makian, cacian, hinaan, tohmahan, surat, dsb...
aku tanggung dengan penuh kesabaran...
MUNGKIN INI DUGAAN DARIPADA TUHAN
terdetik di hati...

RABU ini ada mesyuarat... tak tahu la apa lagi nak kena hentam...
ASYIK mengejar peratus... semua orang tension...
aku tak tahu di mana KEBAIKAN semua ini...
HANYA niat aku nak tengok anak2 aku BERJAYA... amin~
itu sahaja... pasal lain??? semua soal ke-2...

YA ALLAH YA TUHAN KU
AKU memohon kepada MU moga beri ketenangan...
PERMUDAHKAN segala urusan...
KAU berilah kejayaan kepada anak2 ku...
KAU berilah hidayah dan petunjuk kepada MEREKA yang berniat tidak baik...
DALAM memperjuangkan agama suci ini YA ALLAH...
kepada MU aku berserah... dan kepada MU jua aku mohon pertolongan...
amin ya rabbalamin...

-abai.is-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan