Isnin, 3 September 2012

KEMERDEKAAN - 55 - 31 - OGOS - 2012 - JANJI DITEPATI


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55

31 Ogos 2012 tiba lagi...
walaupun post ini melepasi tarikh tersebut...
 namun semangat kemerdekaan tak pernah luntur...
APA YANG MENARIK KALI INI...
logo MERDEKA tahun ini menjadi polemik atau isu hangat!
selain itu tema MERDEKA juga dijadikan isu...
yang lain seperti biasa setiap tahun tentang isu PATRIOTIK...
dan tak kurang isunya tentang penceritaan kekejaman...
sama ada zaman JEPUN, zaman KOMUNIS...
mahupun zaman BRITISH~~

yang paling lucu bagi abai ialah...
ada yang pertikai kita asyik memomok kekejaman...
JEPUN dan KOMUNIS...
kekejaman BRITISH tidak pula dimomokkan...
sehingga wujud satu persoalan bahawa...
ADAKAH MALAYSIA KAWAN BAIK BRITISH???
kalau macam tu gayanya...
ada banyak lagi PENJAJAH yang datang ke Tanah Melayu ketika dulu...
contohnya Portugis dan Belanda...
SO kenapa tidak dimomokkan juga???

bagi abai mudah... 
kalau engkau rasa nak momok... 
kau buat filem ke, ape ke, tentang benda yang kau tak puas hati...
tak ada halangan kot... asalkan bertepatan dengan fakta...
buat apa nak PERTIKAI itu ini... 
banyak CAKAP daripada bertindak...
menyampah!

kembali kepada isu panas tentang LOGO dan TEMA...
seperti biasa... akan dijadikan bahan POLITIK...
semua ini berkaitan dengan SEJARAH, KENEGARAAN, PATRIOTIK...
abai tak mahu komen lebih2 sangat...
ada pro dan kontra...

tapi bagi abai... untuk menunjukkan semangat cinta akan negara...
BERDOALAH KEPADA ALLAH
BERSYUKUR di atas NIKMAT KEMERDEKAAN yang kita kecapi...
umur TANAH MELAYU baru 55tahun...
dalam perkhidmatan awam pun, sbnrnya belum pencen lagi kata orang...

SO thats mean masih muda sbnrnya...
banyak lagi yang kita perlu pelajari...
jangan terlalu rasa senang dan selasa dengan apa yang kita ada...
abai suka dengan kenyataan seorang kawan dalam facebook...
BUAT APA KITA CARI TITIK PERBEZAAN
MARILAH KITA CARI TITIK PERSAMAAN
UNTUK KESEJAHTERAAN SEMUA...

YES... itu yang patut kita lakukan...
kalau tak puas hati, beri kritikan yang membina...
bukan dengan cara yang macam tah pape...
KATA, ORANG MELAYU PENUH ADAB SOPAN dan sebagainya...
kaum lain ketawa tengok orang MELAYU...
tak malu ke? mana nilai MALU???
kata, hayati nilai-nilai ISLAM... 
bukankah dalam Islam ditekankan konsep HAYAK???

abai tak mahu kaitkan semua ini dengan suasana politik sekarang...
sebab PILIHAN RAYA... setiap pihak nak cari ISU....
so yang akan jadi mangsa adalah RAKYAT...
ini pemikiran dan pandangan abai...
tak memihak pada mana2...
cuma abai SAYANGKAN AGAMA ISLAM dan BANGSA MELAYU...

hanya pada MU YA ALLAH aku berserah dan memohon pertolongan...
SELAMATKAN bumi MALAYSIA daripada kehancuran
di tangan MANUSIA yang hanya dahagakan kuasa
sehingga sanggup menjadi PENINDAS rakyat sendiri...
ALLAHUAKHBAR
amin ya Rabb

sampai di sini sahaja telatah abai...
MOHON MAAF andai terkasar bahasa... terlanjur bicara...
apa-apa pun, marilah kita HAYATI NILAI KEMERDEKAAN...
WALLAHUALAM
-abai.is-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan