Selasa, 14 Julai 2009

come back!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Fuh... dah lame aku tak nulis dalam blog nieh.... bukan tanak tulis... tapi mengambil masa berbicara bersama diri sendiri yang lara.... bermuhasabah dan berfikir sejenak mengenai masa hadapan yang entah masih punyai ruang untuk aku trus berkelana di dalam dunia ini.....

fikiran aku sentiasa ligat berfikir, berfikir, dan terus berfikir mengenai cita-cita, impian, misi dan visi, masa depan, harapan dan macam-macam lagi.... entah mengapa aku terdiam seketika di dalam penulisan blog ini.... mungkin ingin memberi ruang dan peluang kepada kehidupan sendiri untuk menentukan apa yang perlu terjadi pada keesokannya....

sekarang semester baru sudah bermula.... aku dah masuk tahun yang ke-4... seperti biasa, aku meneruskan perjuangan dalam merangka kejayaan dan kegemilangan di bumi Minden ini demi masa hadapan..... pejam celik, pejam celik, rupa2nya aku dah tahun final... dah senior... teringat waktu kali pertama melangkah ke USM pada tahun 2006 dulu.... bila melihat budak2 1st year yg masuk sekarang, terimbau diri mengenang kembali pengalaman yang membawa seribu satu erti dalam kehidupan ini....

hurm.... juz nak ucappak selamat kembali kepada sume kawan2 dalam meneruskan cita-cita masing2 dan tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas... dan kepada kawan2 yang dah abes blajar, tunggu nak grad bulan 8 nieh, aku merindui korang sumer..... dan kenangan kita sumer sentiasa terpahat di dalam diari hidupku.....
wassalam....

1 ulasan: