Khamis, 16 Julai 2009

Michael - Jackson - : - jangan - terlebey - suda - ....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? kali ini aku just nak kongsi pandangan buat kali pertama selepas berehat seketika dalam dunia penulisan blog ini. Masyarakat dunia sekarang semua bersedih dan meratapi permergian seorang yang cukup berbakat dan cukup hebat pada 25 Jun 2009 yang lalu. Siapa lagi kalau bukan Michale Jackson, Raja Pop Dunia. Cerita mengenai penyanyi ini kalau mengikut perkembangan seninya sejak kanak-kanak lagi. Pelbagai kisah, kontroversi, gosip dan sehingga cara kematiannya termasuk hak milik hartanya mendapat liputan media seantero dunia. Secara peribadi, saya juga terasa pemergian Raja Pop yang pernah popular dengan lagu Thriller ini kerana ketidaksampaian untuk melaksanakan konsert siri jelajahnya yang telah dirancang.

Saya rasa semua orang mengikuti perjalanan kisah selepas kematiannya. kenapa dia mati, bagaimana dia mati. dan pelbagai citarasa dan kehendak perbicara berbincang mengenai Michale Jackson.

Cuma terdetik di hati saya, ratapan masyarakat dunia terhadap Raja Pop yang sangat popular sehingga jualan album yang sangat meletup ini macam terlebey suda!! (kata Stacy..). apa yang terlebey? Iaitu cara masyarakat dunia terutama di Malaysia meratapi pemergian MJ. lagu2nya dimainkan sama ada melalui stesen radio, MP3, atau apa cara sekali pun sehingga ke hari ini. tiada masalah nak dengar lagu nya sebab lagu2 MJ memang best. saya pon dengar gak. tapi jangan la sampai mcm ke tahap yang mengagung-agungkan penyanyi MJ. macam tak berapa elok dengan norma ajaran Islam.

Lagi cerita perjalanan kematiannya. memang di seluruh dunia mempunyai peminatnya. saya pon peminat MJ. cuma yang saya rasa terlebey suda, kontroversi-kontroversi yang di buat oleh pihak media sudah semacam membuatkan permergian MJ menjadi tidak tenteram. bak orang cakap, apabila seseorang itu tidak kira baik atau buruknya meninggalkan dunia ini, biarlah dia pergi dengan tenteram dan aman. kita mendoakan kesejahteraannya. semua orang tahu, MJ tertekan dengan hidupnya. jadik, jangan menekan lagi kehidupan selepas kematiannya. tak gitu??

Saya tak tahu la apa pandangan orang lain terhadap hal ini. bagi saya setiap orang ada pandangan tersendiri. saya pon peminat MJ. tapi saya takut disebabkan peminat MJ yang over, akan menyebabkan orang menyampah dengan keadaan sebegini. yang penting kita rakyat Malaysia hormati dan jangan terlebey suda...

Wassalam...

*Teringin kalau orang alim ulamak atau golongan cerdik pandai yang meninggal dunia di havoq sebegini juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan