Selasa, 21 Julai 2009

Kaki - Wayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam (20hb Julai 2009), aku pi tengok wayang dengan sorang kawan kat queensbay, penang. Aku pi tengok dua filem iaitu filem Skrip 7707 (4.10pm-5.30pm) dan filem Drag Me To Hell (5.50pm-7.45pm). aku malas nak bagi ulasan yang panjang lebar mengenai filem2 ini. Bukan sebab tak best tapi malas nak menaip. ahks.

Mengenai Skrip 7707 filem ini bagi aku, produksi cuba berusaha untuk keluar daripada unsur steriotaip, namun agak kurang berjaya sebab penonton seperti sudah menjangka apa yang akan berlaku selepas itu. Dan dilihat filem ini semacam kurang kekuatan dari segi jalan penceritaan seramnya dan juga realistiknya.

Filem terbitan Primeworks Studios Sdn. Bhd. ini menggunakan barisan pelakon yang cukup ramai dan 9 buah cerita seram disatukan di dalam filem ini bagi aku agak menjadi kelam kabut sebab sesuatu cerita yang dikisahkan seakan hanya seperti melampiaskan batuk ditepi tangga. Bagi aku yang mengharapkan cerita yang total seakan tidak puas kerana tiadanya kekuatan penceritaan yang baik dan mantap.

Mengenai Skrip 7707 ini, filem ini sebenarnya telah tamat pengambarannya sejak 3 tahun yang lalu. sebab itu, penonton boleh melihat pasangan kontroversi iaitu Abby Abadi dengan Norman Hakim masih boleh berlakon bersama-sama serta pelakon veteren iaitu M.Rajoli sebelum beliau sakit. aku bagi 3 daripada 5 bintang untuk filem Skrip 7707.

Kalau korang nak baca sinopsis filem ini, boleh type URL ini http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Skrip_7707_583

Seterusnya, selepas kelam kabut aku keluar daripada panggung, aku ajak kawan aku g makan dulu sebab aku kata filem seterusnya lambat lagi nak start (sebab beli tiket filem ke-2 sama-sama dengan tiket filem pertama). Filem pertama (skrip 7707) habis dalam kol 5.30pm. dan aku ingat filem ke dua (drag me to hell) start pukul 6.50pm. jadi ada masa lagi la nak pi makan. rupa2nya, perhitungan aku silap, kawan aku cakap filem ke-2 start pukul 5.50pm, bukan 6.50pm. wah...... 'berlari' la aku..... tak sempat nak memanaskan badan (sebab dah sejuk tengok filem pertama), sambung pulak menyejukkan badan untuk filem ke-2... ahks!!!!Jadik, aku cakap kat kawan aku harap2 filem Drag Me To Hell ini ini best dan tak akan menyebabkan aku terboring dalam panggung (sebab filem pertama mcam sket boring la....)...

Al-kisah mengenai filem Drag Me To Hell, seperti yang dipercayai filem terbitan Universal Pictures dari USA ini berjaya membuatkan aku tersumpah dengan jalan penceritaan yang sangat menarik.

Dengan hanya menggunakan elemen binatang iaitu lalat sebagai alat sumpahan dan syaitan yang membuat kacau, telah menyebabkan ada penoton yang menjerit di dalam panggung. dan aku ucapkan syabas kepada pihak produksi kerana keluar dari steriotaip cerita kerana agak jarang melihat filem yang sad ending. mungkin bagi aku, produksi mahu menunjukkan relevennya tajuk filem ini, maka dipertontonkan scene 'Drag Me To Hell'.

Tiada apa yang perlu komen bagi aku sebab teknologi dan kreativiti pihak poduksi barat dalam menghasilkan sesuatu filem memang sentiasa memberi kepuasan kepada para penontonnya. kalau nak tahu maklumat filem ini, boleh tekan URL ini http://www.dragmetohell.net/
4 daripada 5 bintang aku bagi untuk filem Drag Me To Hell.

Hujung minggu ini insyAllah, aku nak gi tengok crite Harry Potter and the half blood prince pulak iaitu filem yang sentiasa aku nanti-nantikan sequelnya......
Filem Transformers aku dah tengok minggu lepas. tapi aku tak mahu komen sebab memang SUPERB!!!!!! 5 Bintang aku bagi untuk Transformers!!!!

Sekian.

2 ulasan:

  1. Citer Harry Potter X best.. xde bintang aku bagi.

    BalasPadam
  2. hahaha
    ak dh tgk harry potter..
    bg ak not bad r...
    tranformers is the best movie eva...
    hiks3...

    BalasPadam