Jumaat, 17 Julai 2009

USM - di cerca....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mungkin semua orang terkejut dengan aku punya tajuk post kali ini kan. hurm.... beginilah al-kisahnye....

Semalam bersamaan 16/7/2009 aku bersama seorang kawan dan dua orang pensyarah aku keluar makan tengahari same2. jadi, macam2 topik bualan kami bincangkan sambil makan tengahari yang dibelanja oleh salah seorang pensyarah. sampai la satu topik iaitu mengenai kesilapan teknikal USM sewaktu menyenaraikan calon yang berjaya masuk ke USM bagi sidang 2009/2010 nie....

Biasa la, sekarang nie semua warga USM agak boleh berbangga dengan pengiktirafan oleh kerajaan sebagai universiti APEX yang pertama di Malaysia.... mengalahkan 3 universiti yang di senarai pendekkan iaitu UM, UKM dan UPM. jadi, bila dah berlaku kesilapan sebegitu rupa, ramai la yang menunding jari ke arah USM yang dalam proses untuk memperkembangkan mercu APEX. ramai orang mempertikai, bagaimana universiti APEX boleh membuat kesilapan teknikal sebegini???

Dalam perbualan kitorang hari tu, semua mengakui, biasa la, bila dah diiktiraf, semua nak cari kesalahan. yang baiknyer datang la 10 kali pon, blom tentu orang nak layan. tapi, yang paling aku sentap sekali, bila kawan aku bagitau yang ada junior nya dapat masuk ke salah sebuah IPTA yang agak tersohor juga (bukan USM la...) sewaktu orientasi pelajar baru junior kawan aku tuh cakap, USM telah diperlekehkan, dicerca, di hina.... apa yang di hina tuh??? telah dikatakan bahawa ada la pegawai IPTA tuh menempelek USM bahawa IPTA nya tak jadi apa2 masalah teknikal pon berbanding USM yang telah diiktiraf sebagai APEX yang pertama di Malaysia.... jadi pegawai tu cakap, IPTA nya lebeh bagos la daripada USM sebab tadak masalah teknikal pengambilan pelajar baru!!!!!

wah.. memang menyakitkan hati... aku tak mau la bagitau IPTA mana yang buat macam tuh. nanti jadik isu plak. cuma aku pelik. manusia nie. kalau selagi dia busuk hati. tak puas hati. selagi tuh dia akan terus menyerang dan menghaburkan kata2 nista. hurm... kalau aku, boleh jer balas mcm nie, IPTA pegawai tuh tak perlu nak pilih2 mcm USM student nya sebab UPU dah buatkan untuknya. At least, USM mampu berdikari sebab mempunyai sistem pemilihan pelajarnya yang tersendiri..... kalau bab kesilapan, Havard Universiti pon pernak buat kesilapan. sebab aku percaya, mana ada benda yang perfect atas muka bumi nie.... tapi itu lah, manusia...... hurm....

sebenarnya, IPTA yang mencerca USM nie memang dah tak puas hati dari dulu lagi selepas USM di iktiraf sbg APEX. sebab aku pernah tengok satu program bual bicara yang menjemput 2 Naib Canselor IPTA (bukan NC USM dijemput) dan wakil dari KPT yang membincangkan mengenai APEX. memang nampak sangat apabila NC IPTA ini mempertikai kenapa IPTA nya tidak mendapat pengiktirafan APEX. tapi dengan penuh hemah (bagi aku la...) wakil KPT pon menjawab, "kalau tak, memang kita nak bagi semua IPT mendapat status APEX tapi disebabkan kos dan peruntukan, kita iktiraf satu IPTA dulu".....

Sampai mcm tuh skali..... ishk3..... tengok la selepas nie.... aku percaya, mata2 yang sedang memerhati USM smakin bertambah..... dan mata2 ini akan sentiasa mencari kesalahan USM untuk dijadikan isu.... tunggu dan lihat...... hurm... apap2 pun, aku nak ucapkan thanks a lot kepada lec aku yang belanja makan tengahari tersebut...

wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan