Khamis, 30 September 2010

Root - Canal - Treatment - Saluran - Akar - Gigi - Endodontik


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini dah masuk hari ke-5 gigi aku sakit dan bibir serta muka aku bengkak. Azab nya hanya aku dan orang yang pernah alaminya tahu betapa siksanya. Kata orang, sakit gigi ni adalah yang ke-2 paling sakit bagi lelaki (pertama-MATI) dan ke-3 paling sakit bagi perempuan (pertama-MATI, ke-2-MELAHIRKAN ANAK). Aku redha apa yang telah berlaku pada diri aku yang hina ini. Bila ALLAH tarik balik nikmat sihat tu, baru aku nak terkapai2 dan terjerit2 betapa siksanya azab dunia ni.


Aku jumpa doktor dan option yang diberikan adalah cabut atau buat rawatan akar. HAH!!? Rawatan akar?? Apa tu? Aku tak pernah tahu dan memang tak tahu. Dalam duk sakit gigi ni, aku berusaha google cari apakah rawatan akar itu? Dan akhirnya. Aku dapat jawapan sendiri. Di sini dapatan yang aku dapat.


Latar belakang

Rawatan salur akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah dijangkiti atau rosak atau mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.


Apakah ciriciri gigi yang memerlukan rawatan akar?

Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.

Gigi yang telah mati


Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?

Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat

mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.


Apakah akibatnya jika rawatan ini tidak dilakukan?

Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk

Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut

Gigi itu mungkin terpaksa dicabut


Prosedur

Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temujanji.

Salur akar (kanal) gigi akan dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan peralatan dan ubatan sebelum ianya ditutup.


Bagaimana dengan penjagaan gigi?

Amalkan penjagaan kesihatan gigi seperti biasa. Ingat untuk :

berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan ubat gigi berflourida.

kurangkan kekerapan pengambilan makanan manis.

dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala


Soalan yang kerap ditanya

1. Adakah rawatan ini menyakitkan?

J: Kebiasanya rawatan ini tidaklah menyakitkan. Bius setempat kadang – kadang digunakan jika perlu.

2. Adakah saya memerlukan korona selepas rawatan salur akar?

J: Rawatan salur akar tidak semestinya memerlukan korona. Rawatan korona hanya perlu jika kehilangan struktur asal korona gigi sangat teruk.

3. Di mana saya boleh mendapatkan rawatan ini

J: Anda boleh ke klinik pergigian yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat, pemeriksaan dan maklumat lanjut mengenai rawatan ini.


Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Rawatan%20Salur%20Akar.pdf


imej dari : http://www.maximbaini.com/pages/ourservices/endo.htm


Itu dapatan yang aku dapat. Dan aku goole image gak pasal rawatan ini. Yayy!!! Memang ngeri la aku tengok! Macam nak kena bedah pulak! Tapi…. Sebab sakit kan. Tak tahan rasanya… dengan bengkak muka dan bibir lagi. Aku kena jugak la buat rawatan ini. Bila survey. Adoi!!! Kalau buat kat private clinic, memang mahal! Mencecah RM300 – RM1000. Tapi kalau government katanya RM4-RM5 jer. Hurm…. Aku dilemma sekarang…


Dah la aku duk tunggu result posting. Lepas tuh datang pulak penyakit ni kan. Memang dugaan sangat! Mesti ada hikmah di setiap kejadian. Aku pasrah. Aku berdoa pada ILAHI semoga dikurniakan semangat dan kekuatan bagi aku menempuhi dugaan ini. Dan juga dipercepat aku sembuh dari azab dunia yang siksa ini… Amin…


p/s : Aku dah buat temu janji dengan dr. kat penang tapi hujung bulan 10. Tak boleh sebab posting. Maka aku plan nak pi Sungai Petani pulak buat temu janji dengan dr. di sana. Kalau lewat jugak. Maka private la last choice. Tak kisah. Janji sembuh! Aku dah tak tahan….!!!! Urm~~~

2 ulasan:

  1. boleh jadi gila kalau biar lama-lama

    BalasPadam
  2. yer2... mau kene bunuh n bakar jer org yg duk kaco2 ni... sensetif! huhuh...

    BalasPadam