Ahad, 19 September 2010

Ulang - Tahun - Kelahiran - Ke - 24

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembuka bicara,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kurniaan nikmat dan rahmat NYA, aku masih lagi bernafas di bumi penuh fatamorgana ini... Selawat dan Salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda...

Tanggal 18hb September 2010 bersamaan 9 Syawal 1431 merupakan hari bersejarah buat diriku yang bernama MUHAMMAD FAIZAL BIN ISMAIL. Tatkala negara menyambut Hari Malaysia pada 16hb September, ummat islam masih menyambut Aidilfitri, diri aku pula menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke-24. Alhamdulillah...


Sejambak penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada kedua-dua ibu bapa aku yang tidak jemu mendidik dan membesarkan aku sehingga menjadi besar macam sekarang. Tidak lupa juga kepada keluarga yang tercinta kerana bersama-sama aku dalam mengharungi medan perjuangan hidup aku ini. Kepada yang tersayang, terima kasih daun keladi kerana sudi bersama-sama menyambut ulang tahun kali ini dan terima kasih dengan pemberian hadiah yang cukup berharga buat diriku. Kepada kawan-kawan yang mengutuskan ucapan, ribuan terima kasih diucapkan kerana masih mengingati hari bersejarah diriku ini.


Dan kepada diriku sendiri, aku ingin ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-24… Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudah segala urusan… amin.


Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan