Ahad, 19 September 2010

Harapan - 24

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Semalam aku menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-24. Wah! Dah tua aku sebenarnya… kedut muka dan tambah satu… apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi utuskan ucapan Happy Birthday dan Selamat Hari Jadi melalui kiriman SMS. Terharu rasa bila ada kawan-kawan yang mengingati hari bersejarah dalam hidup aku. Dan kepada insan yang aku sayang dan rindu selalu dan selamanya, sungguh terkesima hadiah yang diberikan dan sambutan yang dibuat. Nangis dalam hati dibuatnya. Huhuh~~

Tatkala umur aku menjangkau 24 tahun ini, aku masih menunggu keputusan penempatan yang dijangka antara hujung bulan september atau awal bulan oktober. Aku sentiasa berdoa, berdoa, berdoa dan terus berdoa kepada Mu Ya Rabbi moga aku berada dalam keputusan penempatan ini. amin... pengharapan ini cukup bermakna buat diri aku yang sudah meningkat umur ini untuk masa depan aku.

Bila dah umur 24 tahun ni. Seperti insan-insan lain, sesungguhnya aku berharap dan memohon agar kehidupan aku diperbaiki menjadi lebih baik. Terutama kerjaya aku. Setelah bertungkus lumus selama 4 tahun belajar di menara ilmu tercinta, maka bermulalah pula masa aku memiliki kerjaya yang baik dalam memperbaiki kehidupan aku serta keluarga. Ramai yang tertanya, kenapa dalam pilihan penempatan aku pilih Labuan dan Sabah. Susah bagi aku ingin menjelaskan kenapa itu yang dipilih. Sedangkan banyak lagi negeri di semenanjung. Sebenarnya, kalau nak ikutkan diri aku, tak kisah pun ditempatkan di mana-mana, kerana aku percaya rezeki ada di mana-mana. Maaf kiranya jawapan aku tidak memuaskan hati mana-mana pihak...

Facebook. Hurm... ramai yang bertanya kenapa aku tutup facebook aku. Jawapan yang sama aku berikan ialah ingin berehat sekejap dari facebook. Sampai masa aku dah bersedia untuk ON semula. Aku akan ON. Terima kasih yang mengambil berat terhadap diri aku. Aku sangat menghargainya. Dan aku sebenarnya juga merindui kawan2 di facebook. Umur panjang, kita semua akan ketemu lagi. Maaf jika aku ada menyusahkan sesiapa disebabkan penutupan fb ini...

Yahoo Messenger (YM). Aku baru sahaja membuat emel baru aku di alamat faizal.ismail86@yahoo.com. Kepada kawan2 yang kenali aku, add la aku menggunakan alamat emel baru ini. alasan aku buat baru sebab aku nak nama aku yang tersemat di emel sendiri. Maaf sekiranya aku dah menyusahkan mana-mana pihak. Ini antara persediaan aku dalam mengharungi kehidupan selepas ini.

Hingga ke saat ini, dalam fikiran aku hanya tertumpu mengenai kerjaya, kelurga dan si dia! Aku amat berharap dan memohon kepada DIA YANG MAHA KUASA untuk memberikan aku semangat dalam mengharungi kehidupan aku pada masa mendatang. Amin. Dan aku juga ingin memohon kepada kawan2 untuk mendoakan aku kebaikan dan kesejahteraan kita semua. Amin.

Sekian dari fbisp. Wassalam.

2 ulasan:

  1. yeah.. selamat menyambut kelahiran yang ke 24 abg senior! hahahahha
    semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki slalu

    BalasPadam
  2. dal, hehhe... thnks 4 da wish! i wish u too... ahks! ;)

    BalasPadam