Isnin, 20 Oktober 2008

Latest - Dewan - Masyarakat

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam Aspirasi untuk mahasiswa bersatu.....
Minggu lepas aku balik rumah sebab dua minggu lepas aku tak balik.... jadi seperti kebiasaan aku akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang menyeksakan di Penang ni untuk aku pulang ke halaman desa yang tercinta.... dan bila sampai di stesen bas Sungai Petani, terus aku ke kedai buku yang berdekatan untuk mncari majalah aku yang tercinta iaitu.... Dewan Masyarakat...
Dewan Masyarakat bagi aku merupakan sebuah majalah ilmiah yang memberi pelbagai maklumat sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan, global, sukan, ICT, dan sebagainya.... analisis dan kritisan yang dibuat oleh keluarga editor dan penulis dalam Dewan Masyarakat sangat memberi perangsang untuk aku menambahkan ilmu pengetahuan...
tetapi malangnya, di Pulau Pinang ni khususnya di area aku belajar sangat sukar untuk aku mendapatkan Dewan Masyarakat... memang keluaran majalah kesayangan aku ini sangat terhad... sebab itu aku sanggup balik ke Sungai Petani, Kedah untuk aku mendapatkan majalah yang hanya berharga RM5.50 untuk semenanjung Malaysia dan untuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura berharga 5.50 (ikut mata wang negara masing2)...


Dan edisi yang terbaru iaitu keluaran Oktober 2008 Dewan Masyarakat telah memaparkan rencana utama iaitu isu pelacuran. Selain itu juga, DM telah menganalisis isu-isu lain seperti dalam laporan khasnya mengenai belanjawan 2009, analisis isu politik mengenai Anwar Ibrahim dan sebagainya... (post akan datang aku akan review majalah kesayangan aku nie)....
Jadi aku nak nasihatkan kepada seluruh masyarakat seluruh pelosok dunia (over tak..??), bacalah Dewan Masyarakat..... kerana majalah ini akan memberi pelbagai input yang menarik....
nantikan post review aku untuk DM Oktiber 2008...
Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan