Rabu, 22 Oktober 2008

Program - Sepetang - Bersama - Pemimpin

YB. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin b. Mohd Yassin
Dewan Budaya USM
21hb Oktober 2008
2.00petang
anjuran Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR)
dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen
Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam aspirasi untuk mahasiswa bersatu...

Sebelah pagi pada tarikh yang sama telah diadakan siri syarahan yang aku dah post sebelum ni... sebelah petang plak IKMAR telah mengambil inisiatif untuk bersama-sama Naib Presiden UMNO itu untuk menganjurkan satu majlis sepetang bersama pemimpin (sebab YB merupakan orang Johor).. majlis yang dipengerusikan oleh En. Kharul Erwan (Pegawai HEP) itu telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwan dan Pembangunan Pelajar), Prof. Madya Dr. Omar Osman dan penasihat IKMAR iaitu En. Mohd Maliki.... Kehadiran dipenuhi oleh para pemimpin pelajar daripada pelbagai kelab dan persatuan termasuk daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUSM)...


ucapan daripada YB tidak beza banyaknya dengan ucapan sewaktu beliau memberi syarahan pada sebelah pagi... cuma, YB menasihatkan kepada golongan pelajar khususnya untuk mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam membangunkan negara pada masa hadapan....

dalam sesi soal jawab, bagi aku soalan-soalan yang ditanya tak berapa nak menarik sebab jawapan yang diberikan oleh YB hanya jawapan berbentuk pengulangan (iaitu soalan2 ini sebenarnya dah ada jawapan sebelum ini)... contoh konsep soalan yang diberikan seperti tuntutan penglibatan mahasiswa dalam politik luar, masalah seperti Hindraf adakah disebabkan oleh tak tahu sejarah Malaysia??, AUKU, peranan mahasiswa dalam meningkatkan perpaduan di dalam kampus, agihan ekonomi yang tidak sekata di sabah dan sarawak dan ulasan mengenai dasar buruh upah minima....

cuma yang aku tertarik hanya dua soalan yang terakhir iaitu mengenai agihan ekonomi di Sabah dan Sarawak dan pendapat YB mengenai dasar buruh upah minima yang masih hangat diperdebatkan di Parlimen....

bagi aku sepatutnya mahasiswa perlu mengambil kesempatan pada masa itu untuk bertanya kepada YB seperti soalan bagaimana kerajaan menangani masalah graduan menganggur, meningkatkan lagi peluang graduan untuk menceburi bidang profesional di peringkat antarabangsa, memperluas jalinan kerjasama antara negara dalam membangunkan RnD dalam pelbagai bidang, menyediakan mahasiswa untuk mendapatkan peluang pengalaman yang profesoinal dalam lthn industri seperti menghantar pelajar LI di luar negara, dsb.... mungkin sewaktu itu para mahasiswa tak dapat mencari idea kot nak tanya soalan (sebab petang) atau dalam kepala otak mahasiswa sekarang hanya nak berpolitik jer......

tah ler, aku pon tak faham... (masalah sekarang, sesetengah mahasiswa yang suka berpolitik ni bukan dapat pointer yang bagos sangat...) ...politik memang penting, tapi sebagai mahasiswa, sepatotnya kita kena bijak untuk mengatur kehidupan kita.... sebab itu nasihat YB sewaktu syarahan sebelah pagi ialah kita kena kembali kepada pangkal.... bukan bermaksud nak suruh belajar sahaja, tetapi perlu pandai membahagikan masa dalam menceburi pelbagai bidang bagi menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama.... baru boleh jadi mahasiswa yang dinamik dan holistik!!!!...

dan nak berpolitik pon jangan la guna cara kotor (nasihat untuk mereka yang nak bertanding dalam Pilihanraya Kampus nanti)..... negara kita ada undang-undang... hormatilah perlembagaan key...

(habis jer program (arround kol 3.10pm), terus aku pecut sebab kol 3pm ada kelas kat Pusat Bahasa...)

sadakallahulaim....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan