Rabu, 22 Oktober 2008

Politik - Melayu - Islam: - Kemelut - dan - Penyelesaian




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Aspirasi untuk Mahasiswa Bersatu....

Semalam iaitu pada 21hb Oktober 2008 hari Selasa, aku ke Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia kerana telah diadakan satu siri syarahan ISDEV yang ke-7 yang bertajuk Politik Melayu-Islam: Kemelut dan Penyelesaian. Syarahan ini telah disampaikan oleh YB. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin iaitu menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Syarahan ini yang sepatutnya dijadualkan bermula pada 9.30pagi tetapi telah bermula hanya tepat pada pukul 10.10pagi iaitu dengan ketibaan YB. Ini bermakna aku n myrumate(helmi) serta myfriend(Sani) telah tunggu 1jam lebih sebab ketibaan kami yang tidak disambut oleh sesiapa pun tepat pada pukul 9pagi di Dewan Budaya yang akan bertukar nama kepada Pusat Budaya USM nanti (sebab status Universiti Apex).


Siri syarahan ini telah dianjurkan oleh Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen. Syarahan yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu Cik Mat PRO USM. Ketibaan YB telah disambut oleh Tn. Hj. Azman Abdullah (Pendaftar USM) yang mewakili Naib Canselor USM, Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Pengarah ISDEV dan orang-orang lain yang terasa pentingnya. ahks!!!...


Kehadiran orang ramai yang terdiri daripada bukan sahaja para pelajar, malah termasuk para pensyarah, penganalisis politik, dan orang ramai (termasuk masyarakat daripada Permatang Pauh)... Oleh itu, sememangnya tajuk syarahan ini dinantikan oleh mereka yang ingin mengetahui senario politik di Malaysia khususnya... dan mungkin ada juga seorang dua yang hadir hanya untuk menganggu majlis (sebab ada orang yang terpekik-pekik tak tahu kenapa sewaktu YB memberi syarahan- tapi terkawal...).... Majlis dimulakan dengan bacaan Asmaul-Husna..


YB. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin memulakan syarahannya dengan bacaan ayat suci al-Quran dengan tenang.... dan cuba membawa para hadirin untuk mengimbau kembali sejarah Kesultanan Melayu Melaka (kerana perkaitan politik Melayu-Islam amat rapat dengan sejarah tersebut) sehingga berlakunya penjajahan asing yang akhirnya berlakunya keruntuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka....

Secara rangkumannya, syarahan yang diberikan oleh YB adalah berkisar mengenai senario politik yang berlaku selepas pasca Pilihan Raya Umum yang ke-12 iaitu pada bulan Mac 2008... Naib Presiden UMNO itu berkata beliau tidak menduga dengan kekalahan UMNO sebagai parti politik yang tertua di Malaysia yang akhirnya beliau berpendapat bahawa kuasa politik Melayu telah tergugat... dan kekalahan ini kerana beliau berpendapat adalah disebabkan oleh persepsi dan mindset masyarakat kepada kerajaan yang memerintah (seperti corruption, kroni, ketidakadilan, ketidakkeikhlasan, dsb)... Calon Timbalan Presiden UMNO itu juga sentiasa menyentuh aspek Kontrak Sosial yang masih ada pihak terutama golongan muda yang belum memahami konsep tersebut.

sewaktu soal jawab, para hadirin berkesempatan untuk meminta penjelasan daripada YB dalam pelbagai perkara... ada yang tanya dengan nada yang tenang, ada yang bernada gugup dan ada juga yang bernada emosi!!!!aku dapat lihatlah YB sentiasa bersedia untuk menjawab pelbagai persoalan yang timbul... beliau juga sentiasa berhati-hati dalam menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan...

Siri syarahan tamat pada pukul 12.30tghr dan diadakan jamuan di luar dewan... (sedap ooo makanan time tengah hari tue...) dan YB bergerak ke press conference....Setakat ini sahaja ulasan yang dapat aku bagi (walaupun sebenarnya nak tulis banyak lagi)...apa-apa pun, kita sebagai warga Melayu yang beragama Islam, kembalilah ke pangkal (nasihat YB dalam syarahannya) kerana sesungguhnya kita akan berada kembali dalam suasana seperti sediakala...

Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan